Sunday, June 5, 2011

Semangat! Semangat! Semangat!

Okey, itu adalah kata-kata semangat untuk diri sendiri supaya menulis dalam blog ni. Aku ni ADA banyak benda nak ditulis tapi masa menulis tu sangatlah terhad. Okey, i know bunyinya sangat POOOYYOOOOOO, kan?? Tapi, itu realitinya! Well, tak mau cakap banyak, sekarang ni aku nak cerita pasal CINTA :-)

Dalam hidup ni aku rasa benda yang paling dekat dengan diri, jiwa, minda kita adalah CINTA. So, topic CINTA aku ni aku nak share beberapa perkara kreatif yang kita boleh buat sebagai tanda CINTA kita kepada seseorang yang kita CINTAkan tu. Aku buat secara general je, so mana yang boleh pakai tu, pakai la ye..

Tulis Nota
Hah, ni bukan tulis nota nak exam ke apa. Ni tulis nota kecik-kecik untuk diberi kepada orang tu. Contohnya, korang buat la kata-kata puitis ke, kata-kata cute-comel ke or kata-kata apa-apalah yang BEST dan yang paling PENTING IKHLAS dari dalam hati. Buatlah untuk seminggu or sebulan and bagi kat dia ikut hari. Faham tak?Camni, katalah korang start dari 1hb hingga 7hb, korang tulislah kat luar nota tu tarikhnya. So that biar dia baca ikut tarikh. Camne nak bagi hari-hari kalau berjauhan? heheh itu atas kreativiti sdri. Salah satu caranya korang pos sume tu sekaligus tapi suruh dia bukak ikut hari. Tak pun korang upah Pos Malaysia je la :-)

Call/SMS/MMS
Okey aku tahu ramai yang buat benda ni TAPI apa yang aku maksudkan kat sini adalah something yang diluar kebiasaan. Katalah korang slalu call dia pukul 8.30 pagi, apa kata sesekali call waktu lain. YES!! SURPRISE kan dia :-) Hah, kalau SMS pulak, sesekali tu SMS la kata-kata motivasi or yang comel-comel and yang boleh buat dia rasa terharu or happy. Kalau boleh MMS lagi suwiiitttt!!!

HADIAH
No no no no.. ni bukan bagi hadiah harijadi or anniversary ke 30 hari or yang sewaktu dengannya. And bukan jugak hadiah yang mahal-mahal (kalau korang mampu, tak salah la..). Ini lebih kepada yang akan keluar reaksi "eh, you bagi hadiah sempena apa ni? (dengan muka blush)" hehehe.. Ala tak perlu yang mahal.. Yang penting ingatan dan ikhlas. Contohnya korang tau dia suka tudung selendang, so belikan dia (bukan mahal pun, yang RM10 pun belambak yang cantikk!) tudung selendang tu and pos laju ke tempat dia. Sure dia senyum sampai ke belakang kepala hari tu :-)

KELEBIHAN DIRI
Katalah korang pandai bermadah pujangga, pandai main gitar ke, pandai nyanyi ke, pandai masak ke...Haaa... inilah masanya. Gunakan kelebihan korang tu untuk menyemai perasaan CINTA korang tu. Sesekali call dia malam-malam tu and mainkan lagu yang dia suka dengan gitar korang tu, sure dia cair.. Atau kalau rasa berani terlebih, korang rekod and upload ke YOUTUBE!!

KELAINAN
Kalau selalu korang keluar makan and tengok wayang, apa kata sesekali korang ajak dia pergi rumah anak yatim ke, joging kat taman ke (AKU CAKAP JOGING YE! KALAU JADI BENDA LAIN, AKU TAK NAK TANGGUNG.)  atau ajak dia pergi dengar ceramah-ceramah keagamaan atau motivasi. Motif?? Supaya korang berdua lebih kenal antara satu sama lain and realize bahawa dalam perhubungan ni korang adalah serius dan nak share semua benda dengan dia. Bukan hanya setakat bersuka-ria. Faham???
    
So far aku rasa, inilah benda yang aku boleh share dengan korang. Cukuplah dulu. Nanti kalau ada tips-tips lagi, aku share kat sini :-)


No comments:

Post a Comment