Sunday, June 20, 2010

Pengalaman Hidup

Dalam kehidupan ni, aku percaya kita semua akan menempuh pelbagai peristiwa. Tak kiralah samada peristiwa tu menarik, pahit, manis atau pun masam..hehehe.. Yang penting bagaimana kita menangani setiap peristiwa yang mendatang tu.

Sekarang ni pun aku sedang menjalani satu peristiwa yang aku rasa sedikit sebanyak mematangkan aku dalam meniti perjalanan sebagai seorang ibu. Tanpa disangka-sangka, Nousha kena demam campak. Kesian dia. Mula-mula naik satu bintik kat bawah mulut dia, and kami ingatkan bintik tu bintik kena gigit nyamuk. Bila hari kedua, nampaknya macam membesar and terkopek. Jadi aku letakla creobic cream sebab ingatkan it was an infection. Selain tu, dia pun asyik meragam je. Badan pun panas sikit. Aku and hubby dah mula risau, tapi ingatkan dia saja meragam. Tambah lagi, kalau ikut bulan Islam, dia masuk umur 2 tahun (huhuhu...cepatnya besar). Yelah, orang cakap kadang-kadang bila budak ni nak masuk umur baru akan ada perangai-perangai baru. Tapi, naluri keibuan ni memang tak menipu...Malam semalam jugak aku and hubby bawa dia pergi clinic and doctor tu cakap, tanda-tanda campak tu memang kena lah dengan dia. Especially, aku tengok kat peha dia macam ada rashes sikit.

So, after check up sume, and bila dah sampai umah, pujuk dia makan ubat. Alhamdulillah, Nousha ni tak susah makan ubat. So, not a big problem kat situ. Lepas tu, pujuk dia suruh tido. Bila dia dah tido, aku pun memulakan operasi menyapu ubat (macam bedak sejuk berkapur je aku tengok) ke seluruh badan dia.

Well, bila dah sapu ubat tu, ingatkan bolehlah aku rest and buat assignment induksi, tapi...tak jadi juga sebab aku duduk je sebelah dia. Aku perhatikan dia tido cos takut dia tak selesa or garu tempat yang rashes tu. Bila dia berkalih sikit je pun cepat-cepat aku tengok kalau-kalau dia tak selesa. Kalau dia dah nampak tak selesa di tempat yang ada rashes tu, aku gosok perlahan-lahan and kipas. Kesiannya dia. Mas tu dalam hati duk cakap, kalau lah boleh ganti dengan aku, aku tak kisah aku yang sakit...

Emm, bila difikir balik, aku rasa pengalaman yang ni amat berharga untuk aku. Agaknya, macam nilah mak-mak kita dulu jaga kita... Dan yang pastinya, aku insaf dalam hati bila mana kuasa ALLAH SWT yang mendatangkan demam campak ni sewaktu aku ada di KL...

Saturday, June 19, 2010

~M.Y.O.B~

EEE.... aku memang sangat menyampah bila ada orang suka nak menyebok hal orang lain. Kalau mendatangkan faedah tak pe jugak, tapi ni mendatangkan huru hara. Nak kata muda lagi, tak cukup pengalaman hidup, rasa-rasanya kalau ikut hukum alam kau tu tunggu masa je nak "balik".

Aku memang tak faham kenapa ada orang yang suka berperangai macam ni. Kalau iya pun nak concern, ada cara yang betul. Ada saluran yang lebih berbudi bahasa. Aku tidak lah menidakkan sepenuhnya sikap sesetengah orang kita yang "busy body" ni kerana kadang-kadang sikap ni membawa kepada kebaikan. Contohnya, kalau orang tu "busy body" tengok jiran-jiran bujang yang kononnnya berstatus anak dara (kalau dara lagila...) keluar rumah dan balik pukul berapa. Bukan apa, siap ada cik abang sayang yang temankan. Kalau balik malam, esok pagilah baru cik abang tu balik... (ye, ini contoh di apartment aku, tunggu masa je nak report JAIS sebab takde bukti kukuh. Manalah tau kot-kot tu abang or adik dia kan. Jiran-jiran yang lain akan terus memantau huhuu...)

Tapi, kalau "busybody" menghasut, memfitnah, menyakitkan hati... Kau tanggunglah dosa tu sampai mati. Sorry lah ye, dengan kau, aku takde masa nak berlembut or cakap baik-baik. Semoga kau insaf sebelum aku hadiahkan kain putih buat baju :-)

Friday, June 18, 2010

I'm Happy Right Now :-)

Wa.... lama juga tak update blog. Pelik, time mood swing, takde masa nak berblog, time happy, lupa pulak nak berbelog.Habis, bila masa yang sesuai pun tak tau la. Takpe la, blog ni pun untuk diri sendiri, so sukahati la bila nak berblog.

Buat 2 minggu ni aku sangat happy sebab dapat duduk di rumah bersama-sama suami and princess comey bertuah tu. Sekarang ni tengah induksi, tempat tu dekat je dengan rumah. So, dapat la berulang - alik dari rumah.

Perasaan aku sekarang ni sangat bahagia. Berbunga-bunga cinta, seronok sangat dapat duduk rumah.Puas dapat memasak macam-macam untuk family. At least, untuk seminggu dua ni tak la hubby makan satu dua jenis lauk je. On top of all, dapat spend masa yang sangat best dengan Nousha. Dia pun manja semacam je sekarang. Kadang-kadang tengah main mainan, tiba-tiba dia datang peluk and kiss aku. Huhuhuhu..terharu..

Tapi...nanti kena separate balik..sedih :-(

Tuesday, June 1, 2010

Mari Bercuti :-)

Cuti datang lagi!!! Okay, selain cuti sekolah yang bakal menjelma hujung minggu ni, aku memang akan bercuti ke Langkawi dengan hubby and daughter. Yaaahhhooooooo!!!!! Best, tak sabar nak jumpa dorang. My hubby akan datang dengan my daughter pagi Khamis ni. So, aku dah ambil cuti hari Khamis tu untuk ambil dorang. Yeah, two thumbs up!

Tapi disebalik cuti tu, aku sebenarnya lebih excited sebab aku akan spend masa sebulan dengan dorang kat rumah sebab aku akan attend induksi selama sebulan! Masa yang ditunggu-tunggu since aku berada jauh dengan dorang.

oohh...cepatlah masa berlalu..tik tok tik tok...!