Monday, January 31, 2011

Okey, tiba-tiba teringat.

Huh, baru tadi post tak tau nak blogging pasal apa. Sekarang tiba-tiba teringat. Ok, aku tak tau samada nak cakap entry ni berunsur mistik atau apa. Tapi, buat-buatlah seram ok?

Minggu lepas, buat pertama kalinya aku naik bas dari Kajang ke Alor Setar pukul 8.30 malam. Biasanya aku naik yang pkul 11 malam so that aku tak la sampai Alor Setar awal pagi sangat. Tapi disebabkan tiada pilihan, naiklah aku yang pukul 8.30 malam. Aku target akan sampai Alor Setar dalam pukul 3 pagi tapi meleset jangkaan tu sebab aku sampai dalam pukul 4 pagi. Dalam hati cakap "takpelah, dah pukul 4 pagi, tak la awal pagi sangat..."

So, biasalah dekat stesen-stesen bas ni kan sure ada ramai driver-driver teksi menunggu penumpang-penumpang yang turun dari bas. Aku pun tak terkecuali lah di approach. Yang approach aku ni sorang mamat ni, tak muda sangat, tak tua sangat. Perbualan kitorang lebih kurang macam ni.

Mamat teksi  : Cik, cik, teksi cik? Nak pi mana?
Aku              : Taman Muhibbah
Mamat teksi  : Ermm, kat mana ye?? (dengan muka blur)
Aku              : Dekat Taman Uda
Mamat teksi  : Err..(blur lagi)
Aku              : Dekat belakang Shell (dalam hati dah bengang, apahal driver teksi tak tau tempat...)
Mamat teksi  : Oh tau-tau..
Aku              : Tau ? Ala dekat tanah perkuburan tu?

Huh, by this time muka mamat teksi tu berubah. Dia diam je and terus angkat beg aku and letak dalam teksi. Sepanjang bawak teksi tu dia diam je and pasang ayat-ayat quran.

Aku pulak buat tak tau la. Dah kata mengantuk, kan. Fokus nak sampai umah and tido. So, bila sampai dekat area aku nak pergi tu, aku pun tunjuklah jalan nak ke umah. Nak dijadikan cerita , rupa-rupanya adik-adik rumah aku semua takde. Means takde kereta - kereta lain kat porch. Ada kereta aku and satu motor je. Sebelah rumah aku pulak, rumah tinggal. (actually rumah tu ada owner. Owner balik jarang-jarang and just untuk bersihkan rumah. Tapi keadaan luarannya macam scary la sikit, lagi-lagi waktu malam)

So, elok je aku turun dari teksi tu, teksi tu terus speed. Terkejut gak aku sebab kenapa teksi ni tiba-tiba speed?

Huh, baru aku ingat. Takkan la aku ni hantu brother???? Patutla dia pasang ayat-ayat Quran. Mentang-mentang aku mention "dekat dengan tanah perkuburan", terus mamat tu diam. In fact, aku tak tau pun tanah perkuburan tu kat mana. Aku cakap je sebab aku nampak ada sign board kat area umah aku. SABAR JE LAH!   

Moral of the story : Jangan mengada-ngada sebut nama semua signboard yang kau nampak kat area rumah kau.

Oh lamanya...

Lamanya tak berblogging. Biasalah, tiba-tiba satu bebanan kerja menimpa-nimpa sampaikan nak bersuka ria pun kena postpone. Kalau time sibuk tu, idea nak blogging mesti macam-macam. Tapi sekarang, susah betul nak keluarkan satu entry. Yang lagi parah, nak re-call pun tak dapat!

Jadi, nak blogging pasal apa ye???

Tuesday, January 25, 2011

Sentap!

Huh, lama gile tak blogging. 2 hari kot. hahah POYO!. Ok, ni entry sentap> Aku tak tau la pasal apa ada sorang minah ni macam tak puas hati dengan aku. Padahal, aku rasa masa dia mula-mula kenal aku, ok je. Ok, tipu, tak la ok, aku dah boleh agak dia ni trouble skit orangnya. Ermm..maksud aku, dia ni trouble macam "aku bos, pegawai, so korang kena dengar cakap aku". huh, malslah nak citer lebih-lebih apa yang aku rasa pasal minah ni, memang sentap sampai esok pagi lah.

Camne ye, nak hilangkan rasa sentap??

Saturday, January 22, 2011

Nousha dah besar la...

Huhuhuh..rasanya macam baru je semalam Nousha lahir. Tau-tau sekarang dah nak masuk 3 tahun. Cepatnya... bila duk tengok picture dia ni, macam tak sangka je aku dah ada anak :-D







Kenapa budak kecik cepat besar? Tolong jawab bole???

Setiap kali aku tanya dia "Nousha nak adik?"
Confirm dia jawab "Tak nak!"

Kalau tanya "Nousha nak baby?"
Confirm dia jawab "Tak nak!" jugak.

Eh, tapi dia faham ke soalan-soalan aku tu?

jakun

Adalah jakun kerana baru belajar blogging guna BB. Sekian terima kasih.

Friday, January 21, 2011

Tolonglah mandi kalau nak naik bas ekspres!

Hari ni aku dah selamat ada kat umah. Semalam aku naik bas ekspres dari  Alor Setar and sampai sini dalam pukul 10.30 malam. Ha, yang sebenarnya dah lama aku nak bebel pasal topik ni tapi asyik lupa je. Tapi hari ni sementara aku ingat, biarlah aku bebel puas-puas.

Okey, kalau lah korang ni ada yang nak kena traveling jauh-jauh naik bas ekspres, aku nak mintak sangat TOLONGLAH MANDI DULU. Bukan apa, supaya tak menyumbang kepada pencemaran udara dan bau. Aku tak tipu ye, aku dah beberapa kali experienced benda ni. Sakit betul hati. kalau jadi macam ni, aku sanggup telan Panadol just to make sure aku akan tido and tak sempat terdedah kepada penghirupan pencemaran bau ni.

Okey, macam semalam, mula-mula perjalanan tu memang nice. Wangi je. Lagi-lagi bas yang aku naik tu ada gantung ambi pur. Bas pun bas baru. Tapi, dah separuh perjalanan tu...terbitlah aroma yang dari celah mana aku tak tau. Huh, sabar jelah sangat-sangat.

Mula-mula, bolehlah aku cover tutup hidung dengan pashmina, tapi bila orang yang duduk seat double selari dengan aku dah start sembur-sembur minyak wangi, aku tau bukan aku sorang je yang tersiksa. Aku keluarkan jugak minyak wangi aku and sembur kat sekeliling aku. Tapi tak la banyak-banyak sebab nanti pening pulak orang lain (bau wangi + busuk).

Hurm.. memang sabar je lah masa naik bas semalam. Harap-harap lepas ni takdelah aku mengalami masalah pencemaran udara dan bau yang kronik macam ni. Moral of the story, sediakan minyak wangi kalau kena naik bas ekspres.

Thursday, January 20, 2011

Mari Hilangkan Stress :-D

Entry ni keluar sebab aku nampak Post oleh sedara aku yang sekarang ni mengajar. Post dia tu sekali baca memang dah taulah dia stress. Kesian pulak bila aku try membayangkan dia yang dengan suara lembutnya nak bagi kesedaran sivik pada segelintir students dia yang takde kurang sivik. Haish...

Aku pun selalu gak stress dengan kerja, lebih-lebih lagi aku duk jauh ngan hubby and anak. Hurmmm, malas nak citer lebih, nanti stress pulak aku nak menaip.

Okey, ni ada sikit Tips yang aku rasa boleh di share sekiranya stress. Chekidout!
  •  TIDUR
Aku tak la sesuka hati nak tidur waktu kerja. Aku tidur time aku free. TV memang aku tak tengok sangat. Selalunya kalau dah pukul 10 malam tu, aku mesti dah siap-siap nak tidur.
  • KETAWA
Staff aku ada jugak tanya kenapa aku ketawa sorang-sorang.. Heheheh aku cakap la "saya tengah stress ni, so saya ingat la benda-benda kelakar yang jadi pastu ketawa". Aku tak tipu, ketawa memang boleh hilangkan stress.

  • BERJALAN/TUKAR POSISI
Maksud aku kat sini, kalau kita duk terperap je dalam bilik, ataupun duduk je tak bangun-bangun dari tempat duduk kita, memang boleh menambahkan stress. Jadi aku biasanya akan bangun dan jadi MEM BESAR jalan sambil kacau tengok staff buat kerja. Tapi jangan pulak buat lama-lama, takut nanti orang lain pulak stress dengan korang.

  • MENYANYI
Tak kisah la suara sumbang ke, sedap ke, lagu dangdut ke, lagu jerit-jerit ke, yang penting korang boleh menyanyi. Adik rumah sewa aku, malam-malam time buat assignment depan TV dia suka nyanyi lagu Iklan. Korang sure pernah tengok iklan yang lirik dia lebih kurang camni "ku bermain penuh minat, melompat berlari bla..bla.." (aku lupa iklan apa tapi iklan ni ada senikata sekali untuk korang follow nyanyi). Hah, kalau keluar je iklan ni, adik umah aku ni boleh berenti buat kerja and ikut nyanyi sama. KELAKAR SGT tgk dia. Tapi aku tau, tu cara dia hilangkan stress dia.

  • SOLAT, DOA, TAFAKUR
Ini cara yang aku rasa WAJIB di gunapakai oleh setiap manusia yang mengalami Stress. Tak kisahlah apa kepercayaan korang, tapi mengadu atau meluahkan apa yang kita stress tu memang boleh buat kita rasa lega sangat. Yelah, kadang-kadang nak mengadu ngan orang lain, malu, takut,, segan, ego sume ada. Jadi mengadu dalam cara yang aku sebut kat atas tu, Insya allah lega sebab aku percaya DIA MAHA MENDENGAR.


So, sikit sebanyak, nilah cara aku untuk hilang kan stress. Hopefully boleh bagi manfaat kepada sesiapa yang baca entry ni. Dah, tak mau stress-stress tau!






Wednesday, January 19, 2011

Persoalan Demi Persoalan (dengar lagu Ziana Zain masa taip entry ni)

Kenapa dia jadi macam tu?

Takkan dia tak sedar yang orang tak suka dia?

Kalau dia sedar, kenapa dia boleh buat tak tahu?

Takkan tak sedar-sedar?

Orang dah malas nak bercakap dengan kau

Orang dah meluat tengok muka kau

Atau kau ingat orang buat apa kau suruh sebab orang hormat kau?
 
Memang TAK la jawapannya

Kenapalah dengan kau ni???




Tuesday, January 18, 2011

BIARLAH ORG NAK KATA APA , AKU SUKA LAGU NI

Thanks! Thanks! Thanks!


BERJAYA AKHIRNYA!

JAKUN KAN???

What U Give, U Get Back!

Beberapa bulan yang lepas, masa aku dengar case, tiba-tiba ada 3 file yang peguam tak datang. So, disebabkan hati yang baik, aku dengan baiknya telah menyuruh staff aku tepon firm tu and tanya ttg hal ni. Nak tau apa jawapan encik lawyer itu? Dia cakap biasanya untuk keadaan mcm ni, lawyer tak perlu hadir.

WHAT????? Dah tu, yang aku bagi tarikh tu apa?? Suka-suka nak buang ink pen??? Yang lagi hot, bila yang bercakap dengan aku tu, STAFF je. STAFF OK??? Bery da bery da rude!

Tapi dah kata aku ni anggun kan... Aku rilex je. Dalam hati cakap "takpe, takpe, satu hari nanti kalau umur panjang ko kena mengadap aku jugak..."

Ye, dan satu hari itu adalah HARI INI!!! Huhuhuhu... dia datang jeng jeng jeng!!! aku tgk je file dia, aku dah buat-buat garang. Tak cakap banyak sambil belek-belek fail dia mencari kesalahan. Huh, jahat, kan aku?? CARI KESALAHAN huhu!

YES!!! Memang ada kesalahan. Dengan tidak membuang masa, aku bagi bebelan yang paling bingit di pagi hari. Antara ayat aku "macam mana ni counsel, tak complete ni??? U datang court macam ni??"

Muahahahahahahah :-D aku tak mau cakap banyak kat sini. 2 perkataan je "PUAS HATI!!!"

Monday, January 17, 2011

macam mana ni..??

ala, tolongla ajar aku yang rabun dan buta IT ni..
aku nak buat tulisan kaler-kaler dalam blog ni. pastu, kalau aku type je nama orang tu, trus link blog dia kuar. camne?? camne?? huhuh...

Tuesday, January 11, 2011

Ha.. kan dah nyaris terlupa :-D

Di satu pagi yang tak berapa nak indah.

Encik Z : Dengan izin Puan, saya Zzzz menyebut bagi pihak ...

(belum sempat Encik Z itu habiskan ayat)

Puan N : Eh, ni kat sini tulis nama awak sebagai Peguam, kenapa menyebut pulak?

Encik Z : Opps! Maaf Puan, tersasul. Ye, saya Zzzz bagi pihak ...

Hahahahaha.. memang control gelak habis lah tadi. Yelah, sebab dah selalu sangat menyebut kes orang lain, sampai terlupa diri sendiri ada kes. :-D

Sunday, January 9, 2011

Naik flight pun nak berlumba ke?

Hah, ni aku nak cerita pasal naik flight. Aku teringat pasal benda ni sebab terjadi kat aku masa aku nak naik flight dari Alor Setar ke Kl. Cerita perlumbaan ni start bila dorang announce masa pelepasan and minta penumpang-penumpang beratur. Okay, aku pun sebagai seseorang yang mematuhi arahan ikut lah arahan tu. Masa beratur tu aku dah perasan ada sorang pompuan ni, pakai tudung dengan bonggol unta kat kepala, make up bagai walaupun sah-sah sampai KL nanti pukul 10 lebih (malam), pakai beg tangan Carlo Rino, bawak paper bag Ariani and satu beg galas kat belakang.

Aku memang cam lah sangat sebab dia ni lah yang macam nak berlumba @JAKUN masa naik flight ngan aku. Okay, aku ni pakai biasa je, jeans, selendang, jersi Harimau Malaya + cardigan ngan sandal kaler purple, satu beg galas and satu beg tangan. Muka of courselah natural beauty hehehe...(nak make up apanya malam-malam?? sah-sah sampai KL tu pun aku nak balik rumah tidor je). Pompuan tu duk tengok kat aku macam "eh ko ni pehal, naik flight gaya tak glamour sungguh". Mula -mula aku buat tak tau je sebab "alah, biarlah orang nak tgk camtu, dah kata natural beauty..."

Tapi, aku start geram bila time naik tangga nak masuk flight tu dia bole nak tolak-tolak beg galas aku. Aku tak tahulah apa masalahnya dia nak cepat sangat masuk flight tu. Bukannya kalau ko naik lambat ko kena berdiri dalam flight tu. Pastu bila sampai dekat dengan pintu airplane tu,dia duk tolak aku suruh bagi laluan kat dia nak masuk dulu. Huh, ko ingat aku nak bagi? memang tak la sebab aku pun memang tak bole nak undur atau ketepi. So, aku masuklah dulu dan pompuan tu ada belakang aku.

Masa ni aku dah start doa dah, janganlah dia ni duduk satu row ngan aku. Ye, kadang-kadang apa yang kita mintak tu tak dapat. Pompuan tu duduk SEBELAH AKU. Benci. Aku diam je lagi, still boleh senyum-senyum kat dia. Jadi masa kat seat tu aku nak letak la beg galas aku dalam upper cabin tu. Elok je aku bukak, pompuan ni boleh cakap kat aku "awak duduk sini ke? saya nak letak barang ni". Ek eleh.. ruang tu luas, ada je tempat lain ko boleh letak barang ko, yang kalut dengan aku tu kenapa? Tapi aku tak la jawab macam tu, aku cakap " ye, saya duduk sini, bagi saya letak barang saya dulu".Dia diam je masa aku cakap macam tu. Sebelum nak duduk, aku tengok seat aku yang paling luar, meaning to say, seat dia sebelah dalam. Sebagai seorang yang berbudi bahasa aku pun cakap kat dia " seat u sebelah dalam kan, u masuk lah dulu". Nak tau apa dia jawab? " Nanti kalau seat yang tepi tingkap tu ada orang nak masuk camne??" Hahahahahah...aku gelak besar dalam hati. Gaya punyalah macam maid Indon pergi dating tapi soalan dush..dush..dush.. Aku pulak dengan selamba katak je jawab "habis, u nak berdiri je kat laluan ni??" Masa aku cakap ni aku tengok muka orang lain yang berdiri belakang dia dah senyum- senyum kambing. Huh, nampak sangat ko JAKUN ye...

Menyampah giler aku, gaya pandang aku macam ko lah yang paling VOGUE kat situ. Mentang-mentang aku pakai simple dengan wajah yang natural beauty tu, ko nak buat lekeh kat aku. Tengok sape yang malu sekarang?? Pelik aku. Agaknya dia ingat naik flight ni macam naik bas. Kalau lambat takde tempat duduk. Sengal.

Wednesday, January 5, 2011

Kemarahan merepek menggunung!

Huh, semalam waktu lunch pergi TESCO kat sini. Nak beli barang seketul dua je. Aku memang dah tau yang TESCO kat sini memang mcam siput khinzir bila tibe part kaunter. Entahla, budget buat kaunter punyalah banyak tapi yang bukak tak sampai 5. So, aku pun dengan berlaju-lajuan, telah memilih barang dengan sangat pantas dan jalan pun macam pertandingan Marathon semata-mata nak cepat beratur.

Okey, aku amik Pad, Listerine and pewangi kereta SAHAJA. Sume barang ni tak sampai 10 minit aku cekau and terus mata melilau cari kaunter yang tak panjang sangat barisannya. Huh, HAMPEH sebab kaunter yang bukak sumenya beratur panjang! Dahla takde fast lane, bukak kaunter sikit, cashier terkial-kial, memang dah nak gila meroyan aku beratur! Imaginelah, beratur dari pukul 1.15, sampai turn aku bayar pukul 1.55!

Benci tau jadi macam tu, dah la lapar, penat, stress sume ada. Elok sampai je depan kaunter tu, memang tak pasal-pasal meenachi cashier tu aku sembur "korang ni tak cukup pekerja ye nak bukak cashier banyak-banyak?". Pedulik hape aku kalau ko bukan manager pun tapi dah kata pekerja kat situ, takkan tak tau yang orang kat sini memang suka datang shopping kat TESCO walaupun di hari berkerja dan waktu lunch??

Huh, pelik betul, kalau yang datang membeli tu style pekerja-pekerja ROMEN GOMEN macam aku, bolehlah aku consider kenapa tiba-tiba waktu lunch di hari kerja pun manusia ramai. Ni tak, yang datang kebanyakan muka-muka yang bukan kerja Gomen (yela, kalau dah stok makcik-makcik surirumah, takkan ko pergi kerja pakai macam suri rumah?). Pelik. Tapi nak buat macam mana kan, mungkin tu jelah waktu yang dorang ni ada nak kuar shopping.

Tapi yang TESCO tu pun mengarut tak bukak kaunter banyak-banyak pasal apa???? Kan aku dah marah. Dahla, aku lapar. Nak makan.

Tuesday, January 4, 2011

Entry Gediks!!

Waahh...tiba-tiba aku rasa aku nak jadi gedik jap. Aku rasa aku tak nampak tua la. Serious, aku rasa aku nampak muda. Hahahahah... FERAHSAN!!!! La..tak percaya ke ? sila lihat gambar ni :


Well, dalam picture ni, sah-sah ada lagi anak-anak dara..And umur pun agak jauh beza. Tapi kalau tengok balik picture aku tu, nampak macam sebaya je kan?kan?kan?

Muahahahahahah!!!!

Ala ciannye...

Kesian sangat kat hubby sebab dia kena naik motor pergi balik tempat kerja. Dahla motor tu pun dah usang, kadang-kadang ada je yang tertanggal dari motor tu. Memangla enjinnya still ok, tapi bila ada masa dapat sms "sayang, tadi kat highway tetiba plug tanggal", tak ngeri ke dengar? Okay, walaupun aku tak tau apakah plug itu, tapi masih ngeri bila fikirkan hal ni.

Emm.. nanti lah sayang, I belikan motor yang macam u nak tu ok...




Tapi.. kalau hujan still basah, kan??

Monday, January 3, 2011

TOP 10 :-D

Okay, jom kita buat satu top ten list yang POSITIF yang telah berlaku dalam hidup kita untuk sepanjang tahun 2010. Motif buat list ni? Supaya kita bersyukur dan menghargai apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Aku rasa, perkara yang negatif tak wajar dikenang-kenang sangat sebab nanti sukar untuk kita memulakan perkara baru dengan POSITIF! Okay, berhenti membebel, start it now!

My TOP 10 list in year 2010

10. Program 1 percutian dalam 1 tahun berjaya dilaksanakan. Maksud aku, pergi bercuti yang kena bermalam kat satu-satu tempat tu and of course kena keluar dari kawasan umah. Kalau setakat pegi tido hotel depan umah semalaman, itu bukan bercuti ye :-)

9. Berjaya membuat karipap yang hubby kata SEDAP!!! hehehe..pujian dari hubby sungguh bermakna :-) and dia siap bawa pg opis bagi kawan-kawan dia makan..alhamdulillah, komennya, POSITIF!

8. Berjaya membuat TEPUNG PELITA yang adik and mak aku cakap "SEDAP la kak long, macam mana kak long tau buat kuih ni???".. huhuhu.. bangga kot :-p

7. Walaupun tak buat open house for Raya, setiap kawan-kawan yang datang ke rumah mesti dijamu makanan yang berat-berat. Signature dishes? Nasi Impit, Kuah Lodeh, Sambal Udang...yummy!!

6. Walaupun kesedihan tahap maksimum menguasai diri sebab kena transfer, aku sekarang dah ada kemahiran (tak la mahir sangat pun) dalam bidang Sivil...

5. Di saat aku kejauhan dengan hubby, Alhamdulillah aku masih lagi dapat meluangkan masa berdating berduaan dengan hubby seperti waktu kami berdekatan.

4. My Lil Nousha semakin memahami yang ibu dia adalah "subject to be transferred". Alhamdulillah.

3. Kerajinan menulis blog sedikit bertambah (macam mana aku bole lupa aku ada blog sblm ni??)

2. Hasrat memiliki rumah sendiri semakin tercapai (by the time publish entry ni, sebelah kaki dah masuk dalam rumah tu) Alhamdulillah...

1. Aku masih lagi mengenal erti SYUKUR kepada YANG MAHA ESA...INSYA ALLAH... ALHAMDULILLAH...

Ermm.. harapan aku supaya hidup di tahun 2011 ni semakin indah, seindah bila kita tengok statistik kerja kita semakin positif!

Aku nak tag, ermm sape ye.. Hah tag orang-orang ni :-

DATIN SRI RINY
ADIK
ED
YippiE!!!