Thursday, July 21, 2011

PJJ 143!

Heh, tajuk entry dah macam plet kenderaan. Ok, sebelum jadi apa-apa, meh aku terangkan. PJJ a.k.a Perhubungan Jarak Jauh. 143 tu refer to I Love You :-) Aku terasa nak citer pasal ni sebab masa last entry tu ada la beberapa pembacanya yang sentuh bab PJJ ni.

Seriously, aku tak pernah ada pengalaman PJJ SEBELUM NI. Tapi... sekarang, memang aku sedang mengalami PJJ! Wa... tak suka tau! Complicated je perasaan ni. Tu baru perasaan sendiri, perasaan si dia yang nak dijaga kat sana tu?? Yelah, kadang-kadang aku sendiri confuse dengan perasaan sendiri, blur dengan perasaan sendiri, apatah lagi la nak memahami perasaan si dia yang jauh tu kan? kan? Ala.. tak payah la nak cover - cover.. Ngaku je korang yang pernah or sedang mengalami PJJ pun ada perasaan complicated macam ni, kan? kan? kan?

Memang tak dapat dinafikan, kalau dah berjauhan tu, benda yang paling penting ialah TRUST. Kenapa? Yelah, dah korang tak nampak si dia depan mata, tak tau apa yang si dia buat masa berjauhan, kalau tak betul-betul sayang memang sure akan goyah! Pada pendapat aku, nak bina kepercayaan ni memang bukan keje senang. Kalau tak sebab sayang, tak terbinanya kepercayaan tu. Yelah, contohnya, kita kat sini punyalah menepis godaan-godaan yang datang, dugaan-dugaan yang melanda, dengan harapan si dia akan buat benda yang sama. Kena ingat ye, bila kita berada dalam fasa perhubungan, automatik dah sign surat perjanjian yang masalah tu akan jadi salah satu perencahnya. Suka or tak suka, itulah hakikatnya!
Next, selepas Trust ialah CONFIDENCE.

Korang mungkin rasa, eh nape plak nak confident-confident ni? bukan nak buat presentation ke apa.. Tapi percayalah cakap aku. Korang kena ada rasa confident ni sbb KALAU KORANG SENDIRI TAK CONFIDENT PADA PERHUBUNGAN KORANG TU SAPE LAGI???? Aku ada la jugak terbaca keluhan-keluhan "peserta-peserta" PJJ ni. Antaranya macam "ermm..aku tak sure la, dia camne dekat Penang tu" ataupun "Biasala duk jauh ni, kalau hati tersuka kat orang yang dekat nak buat camne" dan banyak la lagi contoh-contoh yang ada depan mata.

Kalau ada sesapa yang datang depan aku and cakap macam tu, silap-silap aku sekeh-sekeh je. Ko ingat soal hati dan perasaan ni boleh datang pergi macam tu je ke? Kalau spesis buaya darat or mata ke-ranjang or getis or gedik, tu lainlah. Jangan kata PJJ, sama-sama kat PJ tu pun boleh curang! Memang la orang cakap "Kita merancang tapi Tuhan menentukan". Cumanya, adakah untuk tidak yakin tu pun termasuk dalam perancangan korang?

Pada pendapat aku, kalau korang confident dengan perhubungan korang tu, dengan sendirinya korang akan berusaha untuk jadikan ia yang terbaik. Sekarang zaman teknologi ok. 3G, YM, SKYPE, FB etc..sume ada! Guanakanlah sebaik mungkin. And bila dalam PJJ bukan bermakna korang tak jumpa langsung, kan? Mesti ada masanya korang berjumpa. So, manfaatkanlah masa yang ada bila berjumpa tu. Janganla bila berjumpa tu nak ungkit-ungkit hal sms la, pakai baju tak match la, potong rambut huduh la...Buang karen je...

So, ingat ye.. CONFIDENCE..TAPI, jangan over... heheheh...

And last sekali.. DOA.

Tak perlu aku elaborate panjang kot. Sume orang tau apa itu doa, cara berdoa dan segala-gala yang berkaitan dengan doa. Cuma mungkin terlupa untuk menggunakannya. So, DOA, ya?

Well, finally dari aku.. kepada peserta-peserta PJJ, SELAMAT BERCINTA dengan indah!!!

Thursday, July 14, 2011

So, apa perasaan korang?

"Errmm i ada benda nak cakap dengan u"
"Cakaplah"
"I rasa, i dah tak boleh nak stay dalam relationship ni"
~D.I.A.M~
"I rasa, kita makin jauh. Keep in touch pun jarang-jarang. I jadi confuse. Memang i suka kat u, tapi bila tiba-tiba u senyap, i blur"
"U kena faham. Kita ni macam mana. Masing-masing ada komitmen. Jarak jauh memang macam ni la."
"I faham part komitmen tu tapi sekarang ada telefon, YM, e-mail, skejap pun tak bole call? sms?"
"Ada masa-masanya memang macam ni. Time i busy, i  tak bole nak keep in touch dengan u"
"sorry, i sayang u tapi i tak bole terima cara u"
~D.I.A.M~
"Yup, this is the ending for us.Thanks sebab pernah sayang i"

Mesti ada yang pernah melalui situasi macam ni, kan? Aku tak nak cerita pasal overcome break up, aku nak focus pada perasaan semasa melalui saat macam ni. Okey, soalannya, apa perasaan korang time melalui saat macam ni? Blur? Marah? Sedih?

Pada pandangan aku, kalau blur, mesti sebab korang rasa sebenarnya relationship korang ok tapi tiba-tiba kena putus. Kena tinggal. Padahal kalau nak ikutkan, korang dah cuba jadi yang terbaik untuk pasangan korang tu. Padahal everytime korang cakap tepon, sms, ym, jumpa, pasangan korang tu happy je. Ok je. Tapi takde angin, takde ribut, break up.

Marah? Part marah ni aku maksudkan korang marah time conversation tu. Bukan marah after sedih-sedih ya. Hah, yang ni aku rasa mesti sebab ego. Mungkin sebelum ni tak pernah ada orang minta break dengan korang. Selalunya korang yang putuskan. Tapi bila tiba-tiba diputuskan, korang terpukul sendiri.

Sedih, ni aku rasa normal untuk yang betul-betul sayangkan perhubungan tu. Yang betul-betul komited dan mengambil risiko dalam perhubungan tu. Sedih ni pun, datang dalam pelbagai cara. Ada yang terus nangis (pompuan la biasanya) and ada yang diam (lelaki la biasanya, takkan nak nangis depan awek, tak macho der...). Tapi pointnya, sedih. 
Pada pandangan aku, kalau sape yang rasa sedih tu, memang dia benar-benar mengharapkan perhubungan tu berkekalan. Memang dia dah curahkan komitmen dalam perhubungan tu. Tapi, mungkin ia bukan yang terbaik, atau usaha tu tak cukup untuk menjaga perhubungan tu.

So, apa perasaan korang?

Wednesday, July 6, 2011

Hati berbunga

Kadang-kadang kita tak tau kenapa hati kita berbunga-bunga. Nak kata dapat bonus, tak jugak. Nak kata dapat hadiah, tak jugak. Emm pendek kata sebenarnya takde sebab kenapa hati kita nak berbunga-bunga. Pernah tak korang alami macam ni? Pernah tak korang fikir kenapa hati korang berbunga-bunga secara tiba-tiba?

Aku ada jugak masa-masanya alami perasaan macam ni. Mula-mula aku tak pernah fikir pun kenapa aku boleh ada perasaan macam tu. Tapi lately ni, aku suka jadi pemikir (heheheh..P.O.Y.O). Aku fikir kenapa tiba-tiba hati aku berbunga-bunga. Kenapa tiba-tiba aku happy, senyum je. Padahal takde benda best pun yang berlaku. Nak tau apa yang dapat aku simpulkan? Hati tiba-tiba berbunga sebab sebelum ni dia pernah kelayuan TANPA SEBAB.

Jangan tipu aku hati korang tak pernah rasa KELAYUAN TANPA SEBAB pada masa-masa tertentu. Ok, takde kaitan dengan "moon coming" , gaduh dengan boyfriend, tudung sama dengan minah gedik tu atau pun sebab mamat hensem tu rupa-rupanya sengau! Ni yang bile bangun pagi rasa gloomy je. Pernah, kan? Kan?

Haaa... atas sebab tu la aku rasa ada ketikanya hati kita berbunga secara tiba -tiba. Kesian hati kita kan? Kita sebagai tuan/puan punya hati tak sedar pun yang hati kita sedang/telah mengalami gloomy period. Dan kebiasaanya, kalau sedar pun, kita akan kaitkan dengan benda-benda atau unsur-unsur di sekeliling kita. Itu yang aku rasa kita ni pernah terkena tempias orang yang tetiba "hangin", kan? Emm... bila dah jadi macam ni, panjang ceritanya, kan?

So, pada aku, kalau tetibe bangun pagi rasa gloomy TANPA SEBAB, baiklah diam je. Cuba minimize kan pergaulan dengan persekitaran dan tumpukan lebih kepada diri sendiri. Bukan apa, aku takut ada yang tersalah tafsir dengan kelakuan hari gloomy tu. Nanti, elok-elok hubungan OK, jadi kurreeengggg pulak.

And, bila hati berbunga secara tiba-tiba TANPA SEBAB juga..aku akan buat biasa je and senyum sorang-sorang. Hahahahahah...

Monday, July 4, 2011

Suka sibuk-sibuk

Haluu!! Agak buzy 2-3 hari ni. Maklumlah, aku kan kursus kat ILKAP, Bangi start 4-6 Julai ni. So, macam-macam benda aku nak buat. Aku ada benda nak cerita jugak ni, tapi aku KIV dulu, ok? So, ank cerita pasal apa ek?

Heh, gila buat entry macam ni...!