OMG!!! AKU SUKA CITER DIA!!! Action dia best, bunyi pun best and watak-watak dia Pergghhh!!Boleh buat korang nak sign borang join jd gangster gak la kalau ada muka-muka camtu hahahah... Fine, aku tau akan ada yang cakap "eleh, apa sangat la,action penipu tak hengat??" Well, aku tak kisah sebab aku tau tak semua cerita perfect. Tapi, yang ini boleh dibanggakan. Meh, aku tunjuk skit watak-watak dalam KL Gangster ni.
Nah, kasi satu poster dulu utk dilayan. Walaupun Aaron Aziz a.k.a Malik hero utama dlam citer ni, aku lagi suka Ady Putra a.k.a Jai a.k.a adik Malik. Hot weh..
And aku suka gak watak mamat yg pakai baju hijau kuning belah dalam tu. Watak Ajib kot namanya. Sempoi. Ayat dia suka guna "sengat". Ada part akhir tu, aku ingat dia mati dah, rupanya hidup lagi. Siap bole kuar ayat lawak lagi hahahaha !! Si Ajib ni baik, slalu back up Malik.
"Malik" (picture from limauais.com)
Aku tau ramai yang cair dengan dia since Nora Elena kuar. Tapi, sorry ek, aku tak tgk Nora Elena. Kecairan aku pada dia sbb dia cam cool je dlm filem ni and lawan pun macho. Cuma, muka dia mmg tak bole jd jahat la. Tak sampai feel jahat tu kat aku.
Aww... tak mampu nak kata apa dah.. melt mcm chocolate M&M dalam mulut..
Yup, pujaan hati aku semenjak malam tadi selepas nonton wayang ini. Pada aku, aku boleh rasa la ke"saiko"an dia. Giler tapi hot.Body Best. Gaduh-gaduh tak takut mati. Ada ayat dia "wa tak takut mati,tapi wa tak nak mati lagi" Kellas!!! Ada satu part tu, dia jalan-jalan kat kaki lima, pastu ada 2 budak tido kat kali lima tu. Memula dia jalan terus je, pastu dia patah balik, tengok budak tu, bagi duit dalam RM100 kot(masukkan kat poket budak tu sebab budak tu tgh tido) and selimutkan badan budak tu betul-betul. Huh, GUA TERHARU...
Hah, asal mamat ni kuar je aku gelak. "abang Long Dil hahahahahah!!!" Lu memang terbaik la Zizan!
Emm ni kira watak paling jahat la. AKu tak tau nak komen apa ngan watak dia ni. Agak menyampah dengan cara dia bercakap tp tatu dia cool dalam citer ni.
Overall, aku rasa puas hati la dengan cerita ni. Di sebalik Gangster dia tu, ada motif yang cuba di sampaikan. Dan semuanya atas penerimaan kita. Kalau kau dah memang tak gemar cerita Melayu, tak payah la tengok. Tapi, kalau mcm aku yang jenis nak tahu dan tak salah rasanya untuk aku bg sokongan, aku tak rasa rugi bayar tiket wayang :-)
Aku tinggalkan korang dengan watak kegemaran aku:-)







No comments:
Post a Comment