Friday, October 29, 2010

Sessi karaoke hahahahah :-D

Okey aku tak nak cerita pasal kejadian masa karaoke TAPI aku nak cerita pasal LAGU karaoke. Housemate aku pilih nyanyi lagu ni yang menyebabkan aku rasa nak gelak pasal lirik dia..

Babe, sorrylah weh, tapi lirik dia serious kelakar :-)

Thursday, October 28, 2010

My All Time Fav :-)

Really love this song...



Hubby, Love you very much..

Cikgu Alien

Semalam pergi aerobic. Dah 3 minggu tak dapat pergi. Jadi semalam memang tekad lah nak pergi aerobic tu. Badan dah rasa lemau je. Aku ni aerobic memang nak make sure stamina aku di tahap yang cergas! Yeah!!

Adoyai... rupanya disebabkan dah 3 minggu aku tak pergi, sekali nak mula balik rasa macam nak terkehel urat.Tapi sebab dah best, aku layankan je lah. Whoa..ramai gak muka baru yang muncul. Dah ada sorang Indian dan sorang tu aku tak psti bangsa apa. Macam Indon ada, macam Melayu pun ada. Tak kisah la...

Cikgu aerobic aku ni, Chinese, tinggi dan rasanya badan dia tu features lelaki punya badan. Sungguh extreme steps yang diajarnya. Ermm, mungkin tak la extreme sangat tapi kalau step yang goyang Inul tu keluar,kick boxing, punching, pastu ada satu step tu aku rasa macam lucah gak la. Hahahahaha aku tak nak la describe apa step yang aku rasa lucah tu sebab nanti tak pasal-pasal aku kena buat demo pulak :-p

Aku rasa cikgu aku ni alien sebenarnya sebab dia tak penat pun buat benda-benda tu. Oh ya lupa nak bagitau yang dalam step aerobic tu, ada jugak kena guna dumbell tu. Dumbell yang kami guna (termasuk cikgu la) setiap satunya 2kg. So totalnya 4kg la. Pastu suruh buat macam-macam step guna dumbell tu. Antaranya, kena berdiri dan bengkokkan lutut pastu angkat dumbell tu, pastikan lengan tu separas bahu (straight). Hah, pegangla dumbell tu sampai dia habis kira. Lenguh weh...

Pastukan, ada sekali tuh dia suh kitorang buat aksi ala-ala macam nak pumping tu, tapi sebelah tangan pegang dumbell dan ke belakangkan. Pastu hold lah sampai dia habis kira. Fuuhhhhh...memang tegang la urat-urat aku...

Aku pelik bila tengok cikgu aerobic ni, dah la buat macam-macam aksi yang ekstrem, dia siap boleh gelak-gelak lagi. Tak penat ke weh...???

Sebab tu aku rasa dia ni alien..

Wednesday, October 27, 2010

Special Entry Untuk Nieza

Okey, entry ni special untuk Ex-staff aku yang aku sayang, Nieza (yang lain-lain aku sayang jugak ye). Baru-baru ni dia ditukarkan ke Baling, Kedah. Pertukaran ni atas permohonan dia jugak sebab katanya lebih dekat dengan keluarga. Alhamdulillah, doanya dimakbulkan. I'm happy for you.

Aku?? of courselah sedih sebab Nieza ni salah seorang staff aku yang BEST. Masa aku dapat tahu dia dapat tukar tu, aku sedih sangat sebab aku akan kehilangan someone yang bukan sekadar staff tetapi lebih kepada seorang kawan. Maklumlah aku ni kan sorang-sorang kat sini. Jadi, aku dah anggap warga MTAS ni keluarga dan kawan-kawan aku.

Mula-mula tu aku terfikir nak beli apa sebagai tanda kenang-kenangan daripada aku untuk dia. Bagi pihak Unit aku, kitorang buatlah makan-makan skit dan belilah hadiah untuk dia. Aku tak tahu lah apa yang dorang belikan. Pasal makan-makan tu, aku tak suka sangat sebab acara makan-makan ni macam happy je kan, aku pulak mana boleh nak happy kalau tengah sedih. Kalau time aku pindah nanti, aku taknak lah ada jamuan..

So, balik pada citer hadiah tu, aku pun ajaklah officemate aku si Dayah pergi Tesco kot-kot ada benda yang boleh dijadikan hadiah. Mula-mula tu nak beli hadiah yang macam boleh letak kat meja tu, ala yang ada tulis-tulis "Friendship" la, "Success" la etc. Tapi tiba-tiba aku nampak frame and teringat nak buat satu sijil penghargaan kat dia. Yes!!!! Aku tak fikir panjang dah. Terus ambik frame tu bayar and pergi ke Popular pulak untuk beli kertas sijil tu.

Aku mintak tolong Dayah jugaklah untuk tulis and design sebab tulisan dia cantik. Hehehe... So, bila dah masuk opis balik, agak-agak dah tak banyak kerja sangat, aku memulakan misi bersama Dayah membuat sijil tu.

Nah, tengok jelah gambar ok.




nilah yang membantunya...thanks mate!


nilah hasilnya :-)


hadiah disampaikan oleh YA

lain-lain picture aku rasa tak payah la sebab dah ada dalam FB..

Aku harap Niza bergembira di tempat baru, kerja rajin-rajin (ni memang tak dinafikan)dan seterusnya menempuh kehidupan yang membahagiakan. Semoga dia tak lupakan aku... T____________________T

Rama-rama dalam tummy :-)

Huhuhuu..cuak la pulak...Tiba-tiba kena jadi emcee untuk majlis perpisahan kat tempat kerja.. Wah..kalau buat tak best sure malu satu Unit. Nanti aku citer ye (lepas majlis tu lah, esok)

Tuesday, October 26, 2010

FFM yang BOSAN!!!!!

Semalam tertengok lah FFM (Festival Filem Malaysia). Ya Rabbi, BOSANNYA!!! Okay, tertengok sebab housemate yang lain sibuk nak tengok FFM ni. Start dari red carpet sampailah ke event. Aku bagi 2.5/5 je. Baju buruk, make-up huduh, show pun tak best. Huh, nama festival, tapi cara berlangsungnya pada pendapat aku boleh kata tahap "Hari Persembahan" je.

Aku kalau acara-acara macam ni, sukalah tengok baju-baju yang artis-artis ni pakai. Ermm..ada jugak time live kat red carpet tu aku tak kenal pun sape, hahahahah...nasib lah ye.. Kalau aku tak kenal korang, means korang belum glemer lagi la.. :-p

Ok, aku tak minat nak letak gambar artis-artis tuh. Kalau korang nak tengok, Google sendiri ok :-)

Monday, October 25, 2010

Sambungan Bebel

Okey, ni sambungan entry yang sebelum ni.

2. Staff yang "ado"

Staff ni sangat menyakitkan hati. Buat kerja lambat, asyik bagi alasan, malas, kadang-kadang nampak dia suka berangan. Dia ni dah ditukarkan bahagian 2-3 kali jugaklah. Yelah, konon-konon nak tengok di bahagian mana dia bole berkerja tapi tetap hampeh. Aku rasa officer kat sini (tak termasuk yang baru) dah tak larat nak marah dia. Aku je yang belum marah dia lagi. Aku tak tau la mcam mana nak marah dia ni. Memang nampak muka tu muka yang keras kepala degil tahap otromen ni. Macam mana la nak buat?? dah la tu, hari tu dah buat salah, dia boleh buat tak tau je. Tak reti nak mintak maaf ke, apa ke... Eeeeiiiii!! Memang rasa nak lesing jer!!

Okay, cukuplah dulu bebelan. Tetibe je jadi panas hati bila teringat pasal ni.

Kembali Menaip :-)

Ye, aku bukanlah penaip blog yang rajin :-( dah kata namanya pun "selambabebel", kan?? So, kadang-kadang tu nak membebel tapi mulut lagi laju dari tangan hahahahah :-D
Sepanjang minggu lepas memang lah minggu emo aku. Banyak benda yang buat aku rasa nak membebel tapi aku tahankan jugak sebab tahap membebel tu dah jadi tahap marah. Aku ni memanglah kalau dah marah tu...ermm..tapi, entry ni, memang ada benda yang aku nak bebelkan. Kita mula satu-satu lah.

1.Agent Kelate Penipu Bongek

Aku ngan hubby dalam perancangan nak beli rumah. So, ada lah berkenan satu rumah ni. Kat iklan tu tulis sila contact Agent bla..bla..bla.. Jadi encik suami pun dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi membuat urusan untuk melihat rumah tu dan hal-hal lain lah. Dipendekkan citer, before raya tu kami bank in lah duit sebanyak RM5K dalam akaun agent tu. (Ye, agak bodoh disini sebab agent tu cakap duit ni akan di akaunkan ke agency punya akaun). Tapi taklah bodoh sangat sebab aku dah suruh hubby buat agreement dan di sign oleh kedua-dua pihak. Tapi entah apalah malangnya, rumah tu rupanya tak boleh dijual. Jadi hubby mintaklah balik duit RM5K itu. Aku tak campur tangan sebab dah kata hubby yang uruskan, so aku nak dia uruskan sampai habislah. Tapi Agent ni dasar PENIPU KELATE BONGEK, kan... banyak sangat cekadaknya. Nak tak nak, terpaksalah aku masuk campur dan menggunakan "BUDI BAHASA" yang hanya boleh difahami oleh "PENIPU BONGEK" itu. Ye, semua bahasa yang tidak elok itu tidak dapat ditahan daripada mulut yang sexy ini (wawawawaa...perasan lagi nih). Antara ayat last aku cakap kat agent ni "saya nak duit RM5K tu petang ni sebelum pukul 5 petang, cash!!!" Memang aku takde bagi pilihanlah kan. Alhamdulillah, duit tu masuk dalam akaun hubby dengan selamatnya.
Nah, amik lah nombor agent ni untuk dimaki

Nama : Azie
Tel : 0196650879

adoi...malas dah nak taip yang kedua... sambung nanti la hahahha :-)

Suka lah lagu ini... :-D

Wah... suka lah lagu ini
Lirik yang simple tapi ada mesej yang jelas
Tune pun catchy dan memang boleh buat kepala goyang-goyang.. best!!

Monday, October 18, 2010

Emo lagi!!

Ni lagi satu hal, ada ke patut boleh kuar statement 'bila kau betul-betul redha dengan apa yang berlaku kat kau ni, barulah pertolongan Allah tu datang kat kau". Hoi!! ko ni apa ha?? Ko ni melebih-lebih pulak pengetahuannya daripada Allah ye? Mana kau tahu yang Allah hanya berikan pertolongan bila kau redha dengan apa yang berlaku??

Tolongla, walaupun aku ni jahil, tapi seingat aku dalam sifat 20 Allah tu, takde "Maha Zalim" ye.. Allah sentiasa ingat kita, tengok kita, sayang kita, WALAUPUN kita (aku) kadangkala (selalu) lupa dia, alpa kan suruhanNya.

Fine...
Aku tahu, aku ni bukanlah alim.. tapi apa hak kau untuk cakap pasal keredhaan Allah? Siapa kau nak menetukan Redha Allah tu?

Pleaselah, aku tak menjawab bile kau kuarkan statement tu sebab aku respect kat ko yang aku rasa ilmu agama lebih daripada aku. Jadi, sekarang kau mungkin ingat aku macam ni. Takpe, semoga Allah memberkati kau.

Aku percaya..
Allah sentiasa ada untuk hambaNYA...tidak ada pilih kasih di situ..dalam memberikan KEREDHAANNYA...

Mood Swing

Sejak dari semalam aku moody je. Tak tau la kenapa, mungkin sebab bulan mengambang so emosi jadi agak mengarut sikit. Tapi kebiasaannya aku tak macam ni. So, aku pun buat la kajian kenapa la aku ni moody sangat...

First, biasalah semalam kan hari Ahad, aku baru sampai "sini". Ala-ala moody sebab kena tinggal yang tersayang tu.. Aku dah tak larat nak hadapi kehidupan macam ni. Tapi, aku tak ada pilihan dan disebabkan the other half tu masih belum super kaya, terpaksa lah aku sama-sama kerja dan menjalani hidup macam ni.

Second, aku batuk. Tak tau lah kenapa dan dari mana datangnya batuk ni, aku batuk tak berhenti-henti. Dan batuk ni pun ada time jugak contohnya aku batuk bila aku dekat-dekat nak tido or after aku bercakap banyak. Dia ala-ala gatal kat tekak dan tak selesa kat dada so terus batuk.

Third, aku terpandang calendar dan aku tengok dah bulan 10 nak masuk bulan 11. Means, dah half year aku "macam ni". Sampai bila??? Alang-alang dah cerita kan, meh aku luahkan sikit kat sini cerita terbaru yang buat aku agak tersentap. Kat sini, aku ada sorang officer merangkap immediate bos (dia bukan bos tp aku report to her la). Dia baik and aku rasa dia ni ada la jugak melayan mood swing aku yang suka nangis kat bawah meja bila tertekan sebab "benda ni". Ceritanya, aku dapat tahu dia kena transfer ke satu tempat ni tapi tiba-tiba tak jadi sebab dia orang penting kat tempat aku ni. Kiranya dia ni in charge untuk satu sistem la kat sini. Ermm..pada aku, pasl sistem ni, boleh je orang lain yang mungkin akan datang ganti tempat dia (kalau dia remain transfer) untuk sambung kerja dia tu. Adatla, memamng la susah sikit mula-mula tapi lama-lama sure okay. Yang buat jiwa aku lagi sentap bila aku dapat tahu dah 2 kali dia "diselamatkan" daripada transfer ni atas alasan yang sama. Entahla, aku terfikir gak, memang la kalau ikutkan tempat yang dia kena transfer ni bukan negeri yang sama, tapi.. masih dalam lingkungan kawasan yang sama (Utara, Barat, Timur, Selatan, Tenggara etc.) Adil ke??

Aku tak salahkan dia. Dah mungkin nasib dan rezeki dia. Tapi serious, aku nangis masa aku tau cerita ni. Jiwa aku sentap sangat. Hati aku hancur. Kenapa nasib aku macam ni?? Aku bukan tak bersyukur dengan nikmat-nikmat lain yang Allah kurniakan aku, tapi, aku hairan kenapa mereka yang katanya berkerja mendukung keadilan ni tak berpaut pada adil tu sendiri??

Aku sedih sangat-sangat... nangis je..

Errmmm...apa lagi ye alasan-alasan yang aku jumpa yang sebabkan aku moody ni.. So far, aku arasa 3 perkara nilah yang bermaharajalela dalam fikiran jiwa raga aku..
Tapi, Alhamdulillah, walaupun aku moody ni, aku takdelah buat benda bukan-bukan macam marah-marah orang sekeliling aku sesuka hati. Aku moody dengan cara aku banyak termenung, buat kerja lambat, driving pun khayal (bahaya gila) and yang paling ketara..aku nangis je..

Tolong la aku...

Wednesday, October 13, 2010

Kalau Jadi Boss..

Kalau jadi boss, jangan kutuk anak buah sendiri..
jangan marah-marah anak buah sesuka hati...
jangan pilih kasih suka-suka hati..
jangan layan cerita yang muncul sendiri...
dan yang penting
jangan syok sendiri...
macam lah anak buah kau suka sangat kat kau...

eee...menyampah dengan pompuan tua nih..mujurlah bukan direct boss aku..