Actually masa aku menulis ni pun aku sangat busy. Ni curi-curi masa sebab aku dilanda angin kus-kus afrika selatan yang menyebabkan aku takde mood nak berkerja. (sorry bos!). Tapi don't worry, aku akan cover balik masa yang aku guna ni dengan sejujurnya dan memastikan kerja-kerja aku siap mengikut waktunya! Boleh je aku nak paksa diri tapi kualiti kerja bukan 200% la. Setakat 100% semua boleh buat...
Emm, right now ada satu benda je yang aku teringat dalam fikiran...semalam (14.5.2011) aku menang GOLD untuk game Volleyball and SILVER untuk Netball! Hehehehe.. tak kusangka-sangka..Aku kan kalau orang tengok macam "eh,boleh ke minah ni main sukan??" Haaaa... tak kisah la boleh ke tak, yang penting, DAH MENANG pun :-)
Nama sukan ni JALSOA : Judicial And Legal ntahapeaku takhingat...tapi melibatkan AGC dan JUDICIARY i.e Attorney General Chamber a.k.a Jabatan Peguam Negara dan Judiciary a.k.a Kehakiman. And, ia hanya untuk Pegawai-Pegawai sahaja. Aku, mewakili Kehakiman Kedah/Perlis bergabung dengan DPP Kedah/Perlis. Yela, sejak-sejak bertransfer ke Utara ni, kenalah amik port sebab dah kata pegawainya tak ramai..kan..
Masa meeting awal-awal tak pasal-pasal aku dilantik jadi manager netball and kena main volleyball! Cuak weh, dah lama tak bersukan. Sebelum ni kalau sukan JALSOA ni, aku jadi AJK je.Takpela, cabaran dah diberi, buat je..
Kami tak praktis sangat pun, especially volleyball tu! Memang tak praktis langsung! Bukan senang nak amik masa berkumpul sesama kami. Dengan nak dengar kesnya, dengan nanti ada event lagi.. Adoi..Tapi takpe, dengan semangatnya, kitorang REDAH je! Ok, tak mau citer banyak..
Jom, share pic!
say it loud... "ZON UTARA!!!"
posing boleh, main sukan boleh, buat kes boleh, ish serba boleh la.. hahahaha!
kalau ada anugerah bergambar paling over, sure kami sapu!
US! walaupun dari jabatan berbeza, semangat tetap MANTAP! Jangan tak tau, kamilah yang main volleyball, kamilah yang main netball!
selepas perasmian with our CR!
err..tak tau nape pose aku camtu.. tapi ni pic lps MENANG!!
ni muka nak tunggu hadiah! konon-konon PENAT hehehe..
Siapa JUARA????
my Senior Officer! Dua-dua manager sukan :-)
Korang memang BEST!!!
Okey, masalah yang melanda selepas menang adalah...kami kena wakil Zon Utara pada 20.5.2011 di KL. Aku memang sukalah dapat balik KL. Boleh jumpa the other half. Rindu sangat-sangat.. Tapi..kalau kena main sukan.. ermm..
Heheh tak kisahla! Janji REDAH JE!!!










wah terror tol?aku taknak tanya berapa kali ko jaringkan..aku jas nak tanya brapa kali ko dapat pegang bola?haha :D joking :P
ReplyDeletemuahahahahahah WHATEVER!!!
ReplyDelete