Monday, August 30, 2010

Teringat Menu Ini

Tiba - tiba teringat menu ni, Kerabu Jantung Pisang. Hari tu buat kerabu ni rasa mcm tak cukup (echewah, konon - konon sedap sangat la tu!!!). Alhamdulillah, sebiji jantung pisang tu, habis dimakan kami bertiga (me, the other half and sis in law).

So, ni nak tulis lah resepinya dalam cara yang paling mudah. So, kalau-kalau terlupa cara nak masaknya lepas ni, boleh lah refer balik kat blog sendiri. Hahahaha...

Okey, presenting...

~KERABU JANTUNG WARISAN MOK~

Bahan-bahan:
Jantung Pisang (dicelur selepas kulit luar yang keras dibuang)
Bawang merah (dikisar)
Serai (dikisar)
Lada Hitam (dikisar)
Ikan kembung/Selar (direbus dan kemudiannya diambil isinya)
Kerisik
Santan (agak-agak mencukupi untuk di gaul sebati dengan jantung tu)
Gula
Garam
Limau nipis

Cara-cara :
1. Jantung pisang yang dicelur tu kemudiannya dihiris halus-halus dan ramas-ramas agar air kesan daripada celuran tadi keluar.
2. Santan kemudiannya dimasak dalam periuk, atas api yang perlahan dan sambil itu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, kerisik dan ikan rebus.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Bila dah masak, tutup api dan gaulkan dengan jantung tadi.
5. Perahkan sedikit limau nipis dan gaul rata.

Okey, untuk amaun bahan-bahan yang digunakan, aku sengaja tak letak sebab kena berdasarkan jumlah jantung pisang yang hendak dibuat kerabu. TETAPI, lada hitam dan serai tu janganlah banyak sangat sebab nanti lain pula rasanya.

Sorry, takde gambar sebab teruja nak makan sampai lupa ambil gambar!!
Happy cooking :-)

Sunday, August 22, 2010

Saya Naik Bas Baru, Yeay!!

Actually, citer ni dah basi, tapi tak tertulis dalam blog ni sebab tak ingat kat mana aku letak gambar-gambar yang diambil. Memandangkan sekarang dah ingat bolehlah aku tulis dalam blog ni.

Nak dijadikan cerita, aku tak tahupun pada hari aku nak balik KL tu ada perasmian bas Shamisha. Tapi yang aku perasan, "wakil-wakil" penjual tiket yang selalu berlonggok depan tangga tu tak seramai biasa. Lepas tu aku ternampak ada 2 biji bas Shamisha yang cantik, siap ada belon lagi. Wah, teruja sakan tengok belon kat bas cantik.

So, aku pun pergilah dekat terminal and rupa-rupanya ada perasmian Kempen Membeli sambil Menderma. Kiranya, sambil membeli tiket bas Shamisha tu, dapatlah pakej menderma sekali.

Majlis tu menjemput YB Kedah sebagai tetamu kehormatnya. Pertama kali sebenarnya aku tengok satu majlis rasmi dibuat di stesen bas. Sampaikan dalam ucapan perasmian ada dinyatakan "selalu saya berucap depan manusia, tapi hari ni berucap depan bas". Hehehe... comel je ayat itu.

Majlis berlangsung lebih kurang 15 minit dan lepas tu, aku boleh naik bas tu nak balik KL. Okey, sangat teruja sebab dapat naik bas yang sangat baru dan duduk tingkat atas DEPAN SEKALI!! Oh ya, bas Shamisha ni, kebanyakannya bas baru. Ada yang setingkat dan ada yang 2 tingkat. That's why tadi aku tulis bas yang sangat baru. Lepas tu, masa dah duduk tu, ada pula wakil dari syarikat Shamisha tu naik atas bas dan bagi-bagikan kuih (satu polisterin) dan air mineral. Best weh, dapat makanan free :-)



Bas baru...


Berucap


ada banner lagi..

Kesimpulannya, ini pengalaman baru aku yang tengok satu majlis perasmian di stesen bas. :-)

Monday, August 9, 2010

Apakah???

Entry ini sebenarnya dah lama nak buat tapi asyik tertangguh je. Now, whatever it is, nak tulis jugak!! Well, how to say this, I think that I would easily put it in a question form. Have you ever felt weird when you are not so sure about something? Okay, to make it clearer, let me tell you the whole situation.

Katakanlah, korang ada kawan dan korang tak ada apa-apa feeling pun towards each other. Tapi entah macam mana korang tiba-tiba rasa pelik sebab ada seorang orang baru yang macam suka kat kawan korang tu dan menjadikan korang macam musuh dia. Yelah, tak nak bercakap dengan korang, kalau keluar pun nampak sangat dia tak selesa bila korang ada dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

So, kalau korang, apa korang akan buat? Aku sekarang ni buat tak tau je sebab aku tau kawan aku tu memang tak ada apa-apa dengan budak tu. Tapi, rimas juga sebab budak tu macam POYO sangat dengan aku.. huish..

Semalam dah chit chat dengan kawan aku kat sini (perempuan gak la), dan kitorang sepakat mengatakan yang budak tu memang ada masalah sikit sebab dia memang akan berperangai pelik dengan perempuan.Aku rasa dia rasa tercabar sebab kitorang lagi lawa dari dia (serius tak tipu!!!) ataupun dia rasa dia yang paling patut dapat perhatian since hanya dia yang bergelar anak dara kat sini. Alahai, dia tu katanya dah ada BF tp mungkin sebab PJJ, hubungan tu x sehangat biasa. tapi, apa masalahnya sampai nak ala-ala tak puas hati dengan aku?? haih...

So, macam mana ye,nak deal dengan orang macam ni??

Thursday, August 5, 2010

Ia kembali

Sedar tak sedar Ramadhan dah hampir tiba. Agak berdebar-debar dan sayu hati nak sambut Ramadhan kali ni.Maklumlah, kali ni aku berjauhan dengan family tersayang. Tapi, Ramadhan yang pertama tu memang aku ada dengan mereka kat sana.

Teringat pulak last year punya Ramadhan , kami bertiga celebrate dekat hotel Palace of Golden Horses.Sangat seronok dan memanjakan diri... Petang sebelum malam Terawih tu, kami semua berendam dalam kolam renang puas-puas. My Nousha pun memang suka lah sangat. Lagi best sebab at that time TAK ADA orang (sebab bukan hujung minggu). So, buatlah kolam tu macam kolam sendiri.

Lepas tu untuk sahur, banyak betul makanan.Macam berbuka pulak. Kami memang tak ada masalah bangun pagi tu sebab Nousha pun ikut sama bangun sahur.Jadi tak perlulah sorang turun ke cafe makan dan sorang lagi stay dalam bilik jaga anak.Masa kami sahur tu, ada jugalah dua tiga keluarga Muslim yang sama-sama bersahur.

Untuk tahun ni, aku dah cakap dengan the other half, untuk sahur di rumah je. Yelah, kenalah guna masa yang ada ni sebaik-baiknya.Tak tau lah apa nak masak untuk sahur sebab biasanya kami ni tak rajin sahur (err..sebenarnya aku yang tak suka sahur, setakat makan kurma dan minum air dah cukup). Tapi nantilah, nak tanya the other half apa dia nak makan untuk sahur pertama ni.

Eeee...tak sabarnya nak berpuasa..

Tuesday, August 3, 2010

this **%^@!! gurl

I dunno wat is ur problem, but plz, don't mess with me.
u won't like me when i'm angry!!!