Thursday, September 27, 2012

Sungguh aku tak faham

Ok, entry ni memang aku nak membebel. Nak dijadikan cerita, aku ada kenal, (ermmm tak la kenal sgt, tapi taula org tu yg mana satu) sorang hamba Allah ni. Pompuan. Aku memang tak bekenan dari dulu sebab aku rasa dia tak jadi diri sdri. Kadang-kadang aku jumpa dia nak jadi ala-ala tomboy, tapi gediknya yang lebih. Tapi aku takdelah nak jadikan dia musuh ke apa, just tak bole "masuk" je la.

Ntah sejak bila, tapi lately ni katanya dia dah berubah ke arah Islamic. Dulu pun Islamic jugak tp sekarang more Islamic. Alhamdulillah. Aku suka je sebab sape yang tak nak berubah, kan? Cumanya...aku tengok, dia ni macam dah tak reti cakap MELAYU. Dia ni rajin jugakla update status kat fb and sumenya dalam bahasa omputeh. Aku tak kesah sbb ikutsukati ko lah kan... Tapi, kemuncak ketidaksukaan aku bila ada terbaca satu update dia yang bunyiknya lebih kurang gini " I don’t care much about being Melayuness and it’s not about me being like "matsalehness". I do speak Malay (although sounds a bit
un-Malay) and it is my first language and still is communicating with my family using it." Heh, sbnrnya nak relate lbh kpd agama status ni tp...perlu ke???
 
EH, setahu aku, dr dulu ko cakap Melayu elok je. Tetibe pulak kata sounds a bit un-Malay. Geli ok. Meluat. Nasib baikla ko bukan tergolong kawan aku yang aku akan selalu jumpa. Aku ada kenal raaaaammmaaaaiiiiii org yg aku tau penggunaan English dorang sgt superb, tapi tak pernah sorang pun antara dorang ni nak cakap ayat macam tu. Heeee!!! Tolongla!
 
Oh, one more thing, bagus gak Hamba Allah ni sbb dia suka jugak update status2 kemanusiaan, agama etc. Yela, sedih bila tgk pelarian Rohingya, kebuluran etc. Bagi tazkirah pasal aurat. Tapi, aku tgk dress up dia ermmm mmgla yg bagus tu bagusla, pakai jubah, stokin, tapi pakai skirt and tuck in pun ada..Hurmmm perhaps hijabster wannabe??? 
 
Ok, dah la, jgn meroyan banyak-banyak. 


Us



Wednesday, September 19, 2012

Melepaskan Pergi

I was so damn furious for the past few days. Pasal keje la of cos. Kadang-kadang pelik sebab aku rasa aku tak kacau orang, aku kawan dengan semua orang and aku buat keje-keje aku sendiri. Tapi, memandangkan aku memang dilahirkan untuk buat keje *ehem* dengan sungguh-sungguh and talented dalam banyak benda (muahahahaha) mungkin ramai yang rasa tercabar??? So, berlakulah drama sentap, tunjuk kuasa, emo tak bertempat. Serious weh, menyampah and rasa nak maki. Tapi sebab aku seorang yang *ehem* gorgeous, *ehem* elegan, dan sewaktu dengannya, aku simpan je makian tu dalam hati.

Persoalannya sekarang, bila sesuatu benda tu disimpan je, perasaan tak puas hati tu meronta-ronta minta dilepaskan. Sebab tu tajuk aku ni "Melepaskan Pergi". Aku tau setiap di antara kita mempunyai sesuatu yang nak dilepaskan pergi. Pilihan yang ada hanyalah sanggup atau tidak. Risiko yang tertinggal adalah kenangan seumur hidup. Yang mana satu pilihan korang?

Aku pilih sanggup. Tapi hanya masa menentukan secepat mana aku melepaskan pergi, adakah sekaligus atau sedikit demi sedikit, adakah sehari, adakah setahun atau mungkin kadang dah terlewat baru dilepaskan. Biasalah manusia, kadangkala terlewat dalam membuat sesuatu. Konklusinya, aku tetap akan melepaskan pergi. Ingat senangkah nak melepaskan pergi? Heh, not that easy. Aku bagi satu contoh. Aku masih susah nak melepaskan hakikat bahawa my only Nousha dah masuk pre-school. Masih ingat dia adalah baby(ok, sume mak fikir macam ni, kan?). Rasa macam , eh baru semalam dia lahir, kenapa dah masuk sekolah ni?? And tau-tau esok she's getting married!!! Whoaaaa!!!!!

Bagi yang memilih tidak, aku teringin nak tanya, kenapa? Adakah kerana dendam atau tak mampu? Benarkah tak mampu? Aku bagi satu contoh, dalam percintaan. Kadang kala cinta yang diimpikan tak menjadi kenyataan. Jadi korang tak mampu nak lepaskan hakikat bahawa antara kalian tak mampu bersama. Jadi korang terus menerus tutup hati kepada persekitaran dan mungkin tanpa sedar terlupa bahawa masa tak tunggu korang.

Aku masih lagi sedang berusaha melepaskan pergi kemarahan, sakit hati aku dengan incident yang berlaku beberapa hari lepas tu. Tengah  bergelut dengan perasaan supaya aku tak buat benda-benda yang nampak tak cool, kurang cerdik ataupun emo tak bertempat. Aku takde pilihan lain sbb bersangkut dengan kerja. Ada kepentingan di situ. Aku tak malu nak mengaku sebab memang itu realitinya. Tapi kebaikannya, secara tak langsung ia akan mengajar aku dalam semua segi.

Ada ketikanya memang aku melepaskan pergi sesuatu pada masa tu jugak. Contohnya, orang yang biadap dengan aku atau kurang concern atau buat lawak tak kena tempat. Nasibla, aku akan buat muka, buat perangai on the spot. Aku buat perangai sendiri-sendiri je. Contohnya, kalau dalam jamuan, mungkin aku akan keluar awal dan tak makan langsung. Tak kacau orang, kan? Yela, daripada aku sindir balik, baik aku senyap, kan??? Oh, bila buat perangai gini, risikonya adalah aku kena marah balik. And of course ini hanya menambahkan dendam (and yes, dendam yang ini aku belum lepaskan pergi lagi).

Jadi, di sebalik bergelut untuk melepaskan pergi sesuatu, aku yakin akan ada hikmah dalam setiap pemergian itu. A point to ponder, perhaps?

Monday, September 3, 2012

Kini

Dah lama sgt tak bertandang kat sini. Bukan dah kering idea, tapi kadang-kadang bila dah type, fikir balik semula, perlu tak nak publish? Wlp nama blog ni "selambabebel" , aku tak boleh nak selamba sangat membebel kat sini.

Aku sekarang dah terlepas dr cengkaman (Huh??) her ladyship yang aku pernah story dulu. Sekarang buat portfolio lain. Aku ok je dgn portfolio ni wlp aku rasa MACAM aku ditindas je kat sini. Jgn ada yg salah sangka ye, aku kata MACAM, bukan 100% ditindas. Hakikat mengendalikan 2 sessi adalah sangat letih. Tapi takpe, aku ok. At least aku dgn dunia aku  sdri dan tak ganggu org, tak perlu dgr org nak memerintah mcm sawan.

Aspek lain? Aku masih mcm ni. Nousha is still alone and I guess I'm still the only wife in this marriage. Heh, manalah tau rupanya bermadu... Dunia sekarang mcm2, always always always be prepared for the worst and doa for the best. Simple.

Bosan, kan?