Wednesday, March 30, 2011

Teruja lagi!!!

Okey, aku adalah sangat suka membaca. Sangat. TAPI...kalau suruh baca Akta, cases, aku belum sampai tahap rela nak baca..selalunya PAKSA RELA... Okey cut it short. Sangat happy sebab hubby tersayang belikan hadiah ini...

Okey, takde motif politik. Hanya bacaan semata-mata.

 sila abaikan meja yang bersepah tu.. 

konon-konon nak pose yang sama hahahah...

Aku dah start baca buku ni dan dah masuk chapter 4. So far, so good!! Yeah!! Thanks again hubby :-)

Mengapa Perlu Begitu???

Sepanjang aku berkerja ni, aku sedar ada satu budaya yang aku rasa akan ada di mana-mana je. Budaya mengadu. Aku tetibe nak membebel pasal ni sebab aku teringat satu peristiwa yang berkait dengan apa aku nak cerita ni. Bukanlah nak menyibuk atau ambil kesempatan, aku just nak share dekat sini pandangan aku tentang budaya mengadu ni.

Antara contoh yang aku boleh ingat, bila bos masuk opis pagi-pagi, tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni akan masuk jugak bilik bos and mulalah bercerita panjang and lama-lama dalam bilik bos. Kalau sekali-sekala mungkin betullah dia nak melaporkan sesuatu. Tapi kalau dah hari-hari, tak kan nak bercerita kisah Pak Pandir atau melaporkan sesuatu jugak?  Pelikkan??

Okey, mungkin ada yang akan cakap aku ni negatif sangat bila bagi contoh macam tu. Tapi, dah namanya pun contoh, kan?? Mungkin ada yang lebih teruk, kita pun tak tau, kan? Biasanya orang yang mengadu domba ni senang nak cam, senang nak kenal and senang nak mark! Tak kisahla samada dia buat tu terang-terangan atau senyap-senyap. Confirm orang akan tau!

Aku nak share sikit lah ilmu yang tak seberapa ni. Manalah tau korang nak nasihatkan kat sesiapa yang berkenaan tu kan. Macam ni,  disebutkan dalam satu hadis, yang diriwayatkan dari sahabat  Huzaifah r.a bahawa tatkala dia mendengar ada seorang lelaki yang suka mengadu domba lalu dia berkata saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "tidak akan masuk syurga seseorang yang suka mengadu domba"

Malahan dalam surah Al Hujrat ayat 6 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "wahai orang-orang yang beriman jika datang seorang fasik membawa satu berita maka selidiklah untuk menentukan kebenaran supaya kamu tidak menimpakan suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini disebabkan kejahilan kamu sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan"

Jelas kan?? Si pengadu dah terang-terang hukumnya apa, yang menerima cerita pengadu tu pun kena fahamlah tanggungjawab dan peranannya dalam menangani sikap si pengadu ni. Yelah, senang cakap, janganlah korang terima bulat-bulat apa yang diadukan tu.

Aku pun sebenarnya sangat tak faham kenapalah ada orang suka mengadu-ngadu ni. Apa faedah yang dorang dapat. Okey, fine utk yang memang busuk hati tu, mungkin dah tabiat dorang. Tapi..... TAK TAKUT MATI KE ??? Aku saje letak MATI sebab kadangkala kita lagi takut mati dari takut dosa.

Aku sendiri pun pernah ada experience menjadi pendengar orang suka mengadu ni. Seriously, rimas! Jangan harap aku nak layan. Tapi takdelah aku marah-marah dia, kadang-kadang aku dengar je, kadang-kadang aku cakap "iye???" dengan nada perli sebenarnya, and selalunya aku buat-buat busy (taktik paling berkesan adalah bunyikan handphone sendiri konon-konon ada orang call). At the end of the day, lama-lama orang tu fed up nak mengadu dekat aku. Hahahaha!!!

Well, aku rasa setiap daripada kita kena main peranan la supaya budaya ni tak berlarutan. Tapi kalau dah tak boleh sangat, kita biarlah si luncai tu terjun dengan labu-labunya...

Conference

Last weekend aku dan boleh dikatakan semua yang dalam satu perkhidmatan dengan aku berkampung di A'Famosa Resort Melaka untuk satu persidangan. Persidangan ni diadakan 2 tahun sekali dan biasanya akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerja.

Aku rasa tak perlulah aku cerita apa intipati persidangan tu tapi secara amnya ada ada perbincangan, ada treasure hunt dan of course la..ada persembahan. Masa hari pertama sampai, kami check in dan boleh dikatakan kami semua dapat condo. Masa register ni tak boleh nak pilih-pilih kawan, sebab pihak jawatankuasa dah aturkan semuanya. Aku tak kisah pun sebab pada aku nilah masanya kita nak berkenal-kenalan dengan pegawai-pegawai negeri lain. Alhamdulillah, aku dapat se"condo" dengan orang yang aku kenal. Heh, tapi dorang tak duduk pun situ sebab nak duduk ikut negeri bertugas sebab nak prepare untuk persembahan. Senior aku ajak aku duduk dengan dorang tapi aku dah malas nak angkut beg. So, i conquer the condo with another 2 officers from Perak..hehehe..

Aktiviti malam pertama adalah BBQ kat Safari Park. After makan-makan, pergi hall kat club house untuk talk. Adoi...penat badan, penat otak. Gitu gini, adalah dah dekat pukul 12 baru settle. Then, next day ada talk lagi, sebelah petang dalam kul 4.30 plak ada treasure hunt and sebelah malamnya ada persembahan. Aku tak join persembahan. I kan pemalu.. heheh..(poodahh!!!)

Hari last tu, ada talk (lagi) and habis lebih kurang pukul 2.30 petang. Penat weh... Masa last session tu aku ngan senior-senior aku dah macam blur and tak boleh nak terima input lagi dah. Nasib baiklah kitorang duduk belakang, so bila dah mengantuk sangat and bersembang-sembang tak la obvious sangat di mata dan telinga bosses hahahah!!

Secara overall nya, banyak benda yang aku belajar masa conference ni. Owh...gosip-gosip hangat pun tak ketinggalan ek...(walaupun aku tak kenal dan tak faham apakah gosip tu hahahaha). And, aku tak banyak sangat ambik picture. Yela, kang orang lain duk dengar talk, aku plak gedik duk bergambar-gambar heheh.. So, apa yang ada ni, bolehlah aku share skit..

 aku duk berangkai dengan senior-senior ni la....

 ni masa treasure hunt, susah gak main ni.

 siap suh jalan zig zag tu...

 ni masa nak jawab soalan dr YAA CJ kami..group kitorang guna "talian hayat" hahahah

 group kami antara yg habis awal! yeay!!

 YEAY!!!

 with our YAA CJ Tun Zaki. He's very sporting that night!

 Another boss yang sangat sporting.. Puan Azimah :-)

me and my BFF-Amy, currently in Batu Pahat
  
The next conference??? Perhaps in another 2 years time..

Tuesday, March 29, 2011

Hati Yang Kau Sakiti...


Hanya dengan lagu..mampu menyatakan segalanya...

Tuesday, March 22, 2011

Express entry!

Okey, ini adalah express entry. Please, can someone explain to me, WHAT IS THIS?? Aku tak faham kenapa nak pakai tudung macam ni. Well, ada yang cakap ini style Afrika la, Gadaffi la, tapi kenapa nak ikut??? Style tu style la tp kalau dh nampak leher macam tu, apa ertinya bertudung??

Well, tak nak cakap banyak, have a look sendiri!
 Yuna dear, please tukar balik imej kepada gaya bertudung yang dulu, lebih sopan dan manis. You are so talented so tak perlu gaya yang pelik untuk publisiti. :-)

Monday, March 21, 2011

Apakah ini??



Okey, can someone tell me WTH is this?? Adakah ini satu revolusi muzik yang aku tertinggal? My ears hurt...

Cantik, Cun, Handsome, Kacak ???

Sape nak cantik??????????? Sape nak handsome?? Dalam dunia ni aku rasa semua orang nak cantik, handsome, bergaya dan kata-kata yang sewaktu dengannya. Buktinya? Huh, berlambak produk-produk untuk menuju ke arah tu dalam pasaran sekarang. Tinggal nak pilih je.

Aku tak nafikan, aku suka kepada kecantikan. Yelah, sape tak suka tengok benda cantik, kan? Kalau dapat tengok mamat handsome, mesti otak aku macam terfikir "mak bapak dia sure handsome, lawa" :-) Tapi setakat tengok je lah. Kalau lebih - lebih nanti jadi benda lain pulak.

Aku rasa kalau nak cerita pasal cantik ni, luas sangat topiknya. Cantik fizikal, cantik mental, cantik budi bahasa dan cantik macam-macam la. Untuk entri ni, aku nak cerita tentang cantik fizikal dulu. Bukan apa, memang tak dapat dinafikan yang fizikal tu akan menjadi tarikan pertama bila kita jumpa seseorang tu.

Cantik fizikal ni pun susah juga nak describe sebab lain orang lain definition dia tentang cantik. So, aku fokus secara am ajelah. Pada pendapat aku, semua manusia di muka bumi ni dilahirkan cantik. Kalau ada yang kata dia tak sempurna (contohnya buta atau sumbing), sebab tu dia tak cantik, aku menafikan sekeras-kerasnya. Mungkin bahagian tu dia tak cantik, tapi mungkin mata dia cantik? mungkin hidung dia mancung? Jadi, AKU TETAP MEMPERTAHANKAN BAHAWA SEMUA MANUSIA DI MUKA BUMI NI CANTIK!

Apa guna kalau hidung mancung, mata bulat, bibir merah TAPI mulut berbau? Apa guna kalau bangga sangat hidung mancung TAPI gigi berkarat sebab merokok? Kalau dah macam tu, memang tenggelamlah cantiknya. Jadi pada aku, biarlah mata sepet, dahi jendul, bibir tebal, asalkan kesemua bahagian tu dijaga dengan elok. Okey, saja nak share satu perkara. Aku pernah tengok orang hidung mancung TAPI bulu hidung terkeluar! Sangat loya okey... nightmare! Dalam keadaan macam tu, dah tak nampak dah hidung yang mancung tu. Percayalah!!!

Itu baru bab muka, belum lagi anggota-anggota badan yang lain. Untuk kaum hawa aku confirm ada 3 bahagian yang sangat bermasalah terutamanya kalau dah bersalin. Yup, perut, paha, punggung atau dalam erti kata lain "3P". Bahagian-bahagian ni memang sukar diuruskan. Dan aku sendiri mengalamai masalah yang sama. Yelah, korang imagine, kadang-kadang bila nak beli seluar, pinggang dah okey, punggung pulak masalah. Kalau nak beli blaus, part lain semua dah cantik kat badan tapi kat perut nampak bump sikit. Dilema tau!

Kadang-kadang aku hangin sangat sebab susah nak dapat seluar yang sedap dan selesa di pakai. Contohnya, kebanyakan jeans yang dijual sekarang low cut and mesti nak ketat-ketat kat punggung. Kalau masuk Levi's ke, Zara ke, memang susahla nak dapat size yang sesuai. Okey, mungkin aku jelah yang bermasalah macam ni, tapi it is still an issue, kan?

That's why aku rasa ramai orang yang obses dengan kecantikan sampai sanggup buat apa saja untuk nampak cantik. Aku rasa ramai yang pernah dengar cerita ada orang sanggup ambil kad kredit semata-mata nak sign up kat slimming centre! Adoi...ni memang penyakit. Elok-elok takde komitmen, dah terikat satu. Belum lagi yang sanggup buat pembedahan plastik TANPA ambil berat tentang risiko yang bakal dihadapi. Okey, aku tak cakap pembedahan plastik tu tak bagus. Aku pun tak anti sesiapa yang nak buat pembedahan plastik. Tapi, aku percaya setiap orang ada impian dan pegangan hidup masing-masing. Cuma tolonglah jangan sampai merisikokan diri sendiri!

Aku percaya ada banyak alternatif lain untuk dapatkan tubuh yang diidamkan. Contoh paling senang, bersenam dan kawal makan. Oh, jangan ingat bila kurus tu takde penyakit ye! Dah banyak contoh orang kurus kena serangan jantung! Jadi, berhati-hatilah dengan pilihan yang kita ambil, ok?

So, cukup dulu untuk entry pertama pasal cantik ni. Nanti kita cerita lagi, okey!

Thursday, March 17, 2011

bosan

Masa aku taip entry ni aku dlm bas dr AS ke umah aku. Penat and bosan sangat. Tapi bila diingat balik, memang inilah rutin aku setiap minggu sejak hampir setahun yang lepas. Sampai bila aku bole bertahan, aku pun tak pasti. Memang kalau diikutkan hati, orang gile je kot yang bertahan buat macam aku ???

Perjalanan jauuuuhhhhh lagi and aku duk tengok jam pukul berapa la nak sampai... Emm, kalau ada pil cepatkan masa, kan best?? Can someone help me??? Please???

Wednesday, March 16, 2011

Alkisah....

Maka diceritakanlah oleh orang penglipur, akan sebuah hikayat adanya yang gah dicanangkan ke seantero benua Tanah Melayu ini. Di khabarkannya telah ada satu ceritera yang gah buatannya, molek tayangannya, gempita bunyinya dan sudah pastilah kacak pemain utamanya.

Hikayat Merong Mahawangsa judul diberi. Lain sekali dari yang ada disini. Dengan ilmu yang tinggi dari tok dalangnya, kagumlah bila mendengar khabar dibisik sang bayu. Dan seperti jelata yang lain, hati terpanggil melihat sendiri. Kekanda tersayang menurutkan hati, menemani adinda yang teringin sekali. Setelah janji terpatri, setelah tenggelam cahaya mentari, maka keluarlah kami tersenyum di hati.

Setelah usai menonton tayangan,hati ini tersenyum sendiri. Berkata diri kepada si jantung hati, berbangga sekali rasa dihati, adanya anak bumi ini berani mencipta sejarah sendiri. Dan kekandanya juga tersenyum berseri, setuju dengan kekasih hati. Kata kekanda kepada diri, kenapa harus di tohmah tok dalang ini, yang pastinya ada misi sendiri.

Walau apa tohmahan diberi, aku tetap melihat yang indah. Kenapa perlu mencari salah, atas usaha yang telah dikerah? Tidak ada yang sempurna dalam hidup ini, melainkan DIA yang satu. Mampukah kita seperti dia, berani mencuba setiap sisi, berani berjuang menghabis keringat? Buat tok dalang tayangan ini, teruskan usaha mencapai yang tertinggi. Usah diambil apa yang keji, jadikan ia sempadan diri.

Sekian...









(huh, apakah motif aku menulis camni? tapi, susah gak nak susun bahasa lama macam ni. maaf lah kalau ada yang sakit hati baca tatabahasa yang mungkin tak betul ni. so far, aku enjoy tengok movie ni :-) )

Yuuhuuuuuuuuuuuuuu!!!! I'm Back!!

Oh Em Gee!!! Lama sangat tak update. Emm, to be honest, it"s not due to busy but I'm having this "melancholic" phase where I'm not in a stability mind to pour out what do I have inside it. Memang ada singgah sini tapi seriously aku tak tahu macam mana nak bebel (huh???)

Okey, kalau disusunkan semula kronologi hidup aku dari kali terakhir aku stop membebel adalah sebelum aku pergi bercuti. Yup, minggu tu memang agak busy dengan tiba-tiba kena buat statistik (bukan aku punya), then my father came here, then ada teater Puteri Saadong yang mana aku kenal dengan ahli-ahli group teater ni. So, of course lah harus turun menonton memberi sokongan, kan??

In the same time di opis, siapkan kerja-kerja sebelum bercuti. As usual, dalam setahun sure akan ada sekali yang aku akan ambik cuti lama (selain cuti yang khas mcm raya tu). This time, aku ambik cuti dalam 7 hari untuk bercuti dengan my small little family :-) Herm.. kalau dikenang kan semula, memang tak nak naik kerja. Sangat best bila dapat bercuti!!!

Then, naik kerja, adalah sangat busy untuk cover balik kerja yang tertinggal. Oh ya, sebenarnya bila dah masuk bulan March ni, aku memang dah takde mood nak kerja. Hari-hari kena pujuk hati untuk kerja. Please, don't ask me the reasons behind of this melancholic moment. All I need now is an extra dose of strength to face the blurry future.

Oh, dalam tempoh melancholic ni jugak aku terima berita sedih. First, pasal kematian salah seorang kawan di UIA yang aku tak lah rapat tapi aku kenal dan pernah bersembang-sembang dengan dia. He's a nice person and I feel very comfortable whenever we'd a chatting or discussion. My other half and I remembered him as a nice, polite and joyful person to be around with. And I believe my friend  Ed would agree with me. My dear friend, may Allah bless your soul...Amin.

My second grieve goes to the Tsunami's victim in Japan. Please people, do pray for their safety. Kita kat Malaysia ni patut bersykur sangat kita secara geografinya tidak terdedah kepada Tsunami atau gempa bumi macam yang Jepun hadapi tu (tapi Allah jua yang menentukan segalanya). Aku rasa malu dan kecewa sangat dengan orang yang buat lawak tak cerdik pasal Tsunami ni. And to make it worse, some of our leaders keep talking about the economic impact in stead of thinking about humanism! Shame on you, people!

Well, I believe I'll stop here for a while. Take care, readers!