Tuesday, February 23, 2010

aPa NAK bUaT ?

apa nak buat bila orang yang kita tak suka minta tolong dengan kita?

Monday, February 22, 2010

Happy BESTDAY luv :-)


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan syg sexy ku
Allah selamatkan kamu :-)

Hari ni birthday suami tersayang. Semoga dia mendapat rahmat yang melimpah ruah dari ALLAH SWT. Semoga dia berbahagia di dunia dan akhirat. Semoga semua yang baik dan positif mengikuti dirinya.

Utk sayang, i love you so much.

Friday, February 19, 2010

Wednesday, February 10, 2010

BunTu

ermm.. dah beberapa hari aku tak menulis di dalam ni.Terlalu banyak benda yang difikirkan dan tak mampu nak focus semuanya. Tak tahulah, mungkin sebab mood swing atau benda lain, tapi macam ada sesuatu yang menyekat aku daripada terus menulis dalam ni.

2-3 hari ni, life agak busy tapi aku ada terfikirkan sesuatu ni. Apa yang korang akan buat bila perasaan sayang membawa kepada kesakitan? Aku selalu terfikir ni bila tengok ada yang sanggup membiarkan diri disakiti (tak kiralah samada secara fizikal atau emosi)oleh orang yang disayangi?

Contohnya, ibu bapa yang sanggup jamin anak keluar penjara walaupun tahu anak tu kaki rempit. Mungkin ada yang kata,adalah biasa untuk ibu bapa sayangkan anak. Tapi, zaman sekarang ni, macam-macam hal boleh jadi.

So, apa pendapat korang?

Friday, February 5, 2010

~Paus atas Langit~

Minggu lepas masa pergi Melaka, rupa-rupanya ada Kite Festival. Bersungguh-sungguh aku mengajak hubby dan adik (konon-konon jadi tourist guide) ke tempat festival tu. So, dipendekkan cerita, kami pun pergi ke tempat tu.

Mula-mula adik aku cakap Festival tu di dataran Pahlawan, tapi bila pergi sana, tak ada pula. Ohh..dah kecewa rasanya. So, konon-konon tak dapat la pergi cari festival tu and kami pun bergerak nak ke Pantai Klebang dan Pantai Puteri. Dalam perjalanan ke sana, lalu lah kawasan Eye on Malaysia tu dan dari jauh aku nampak ada paus besar atas langit.Yeay!!! seronoknya, itulah yang kami cari!!!

Bila dah sampai sana, apa lagi, mulalah aksi-aksi posing yang over hahahaha... eh tapi rupa-rupanya Nousha cuak dengan benda pelik yang kali pertama dia tengok selama seumur hidup 19 bulan dia. Melekat dan bergantung dengan aku macam anak koala.

So, ni lah sikit gambar-gambar kami di sana...



~Menyokong Malaysia~



~kagum, kagum~





~nampak tak Marry Go Round besar kat blakang tu?~



~K.A.M.I~



~mary poppin'~



~teka, apa benda yang kami tarik tu? ~



~adik yang budget boleh terbang~



~konon-konon part of the team~



~eleh...~



~kalau jumpa makcik comel ni di mana-mana, lari jauh-jauh! eh jangan, tipu jer. Kalau jumpa dia, minta elok-elok nak bergambar atau autograph dia. Kenapa? dia ni genius tau. Satu-satunya orang dalam dunia ni yang boleh buat layang-layang terbang setinggi almost satu kilometer!!! Hebat tak??? huh, jeles tak, kami dapat bergambar dgn dia? (kembang kempis hidung ku ketika menaip ayat tadi, huhuhu)

Oh ya, kenapa dalam picture yang tak seberapa aku donwload ni takde pula Paus yang aku tulis kat Title tu? ada la.. nah!! nanti korang cakap aku gila publisiti murahan pula.



~ha..nampak?? tak tipu kan???~

So, overall, HAPPY!!!

JALSOA

Oh tidak...terasa kelakar bila kawan ofis di tgkt 15 call aku dan tanya 'ko nak main netball tak? HQ call aku and dorang ckp kita jer yg tak hantar wakil untuk sume games. At least hantarlah untuk netbal. Football dah ada orang main". Wah wah wah... nak suruh aku yang macam Teletubbies Kuning ni main netball? Oh tidak..mimpi ngeri tu...

Kenapa la ye, bila ada persidangan ke, karnival ke, mesti nak buat sukan-sukan macam netball, volley ball, ping pong..kalau menang, bukan boleh pergi Olimpik pun...(uish...ni memang statement anti sukan ni)Sesekali buatla kelainan. Tak payah buat sukan lagi bagus. Kita buat perkhidmatan manicure padicure, threading, massage, foot reflexology, kan best. Dah la event hari minggu, kita yang dah penat-penat kerja dari Isnin sampai Jumaat, tiba-tiba hari minggu kena sakit-sakit badan main sukan. Oh tak rela...

Ish, ni nak kena jadi committee ni, mungkin mereka yang lebih power di atas sana setuju dengan idea aku...

Funny Myspace Comments
MyNiceProfile.com

Kecewa

Kali ni aku nak cerita pasal kecewa. Kecewa tu aku rasa semua orang faham apa maksudnya. Tipulah kalau aa yang cakap dia tak tahu apa tu kecewa. Lagi menipu kalau dia cakap dia tak pernah kecewa. Aku rasa semua orang pernah merasa kecewa. Tak kiralah dari aspek apa pun, hakikatnya setiap insan pernah kecewa.

Bercakap tentang pengalaman aku sendiri, boleh dikatakan hari-hari aku kecewa. Perasaan kecewa tu datang melalui banyak aspek. Rumah tangga, kerja, keluarga, kawan-kawan dan macam-macam lagi. Contohnya, bila balik kerja lambat, penat. Ambil anak di nursery pun dah lambat. Rasa kecewa sangat bila tak dapat luangkan masa dengan anak. Walaupun orang cakap "quality time is better than quantity", aku tetap kecewa.

Persoalannya, apa yang boleh kita buat untuk hilangkan rasa kecewa tu? memang ada banyak cara TAPI mampukah cara yang banyak tu menutup kekecewaan kita? Atau kita hanya perlu pasrah dan biarkan saja perasaan kecewa tu berlalu dengan harapan ia akan terubat sendiri?

Untuk aku, aku percaya kita kena sedaya upaya secepat mungkin hilangkan rasa kecewa tu supaya tak terus hidup dalam mainan perasaan. Masa tu amat berharga. Kalau kita asyik mengenang kekecewaan tu, kita sebenarnya dah buang banyak masa. Bukankah lebih baik kita bangkit semula dan mengukuhkan lagi benteng dalam diri agar kekecewaan yang sama tidak berulang lagi? (tapi janganlah sampai jadi dendam, ok?)

Seseorang pernah menasihati aku agar mengubah kekecewaan itu menjadi pendorong kejayaan. Ubah rasa sakit hati tu menjadi semangat. Aku pernah cuba dan masih mengamalkan hingga sekarang. Keputusannya, berkesan kepada aku. Walaupun adakalanya kecewa akibat sebab yang sama tu masih berulang, sekurang-kurangnya ia taklah sampai melemahkan semangat aku. Alhamdulillah...

Jadi pada anda di luar sana yang mungkin sering kecewa, ingatlah bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya. Macam yang orang selalu cakap "Mula-mula Allah bagi kita panas untuk kita rasai, kemudian DIA turunkan hujan untuk kita nikmati dan akhirnya DIA timbulkan pelangi untuk kita syukuri..."

~craving~



I want to eat this.
~K.A.C.A.N.G.P.O.O.L~

Kaleed LURVE Weda :-)



"mereka ni sahabat aku dan hubby yang best
mereka ni sahabat aku dan hubby yang baik
mereka ni sahabat aku dan hubby selamanya "

Alhamdulillah...

Thank you so much to both of you. Cepat-cepat sikit bagi Nousha kawan.

Friends Myspace Comments
MyNiceProfile.com

LuV oF yEsTeRDay :-)

I believe that all of us ever heard the “Twinkle-twinkle Little Star” song. It’s a simple yet nice song with an easy rhyme to be followed. I used to sing this nursery song to my lil’ Nousha and she will smile and laugh at me, followed by clapping from her tiny hands.

Well, last night before we slept, my hubby asked me to listen to Nousha. At first I couldn’t get the wording uttered. However, after listening carefully, I realized that she’s actually singing the “Twinkle-twinkle Little Star” song! Sooooooo cute and adorable!!! She’s just 19 months old and already can sing a song? Hehehehe… I don’t know what about other kids but I’m so blessed that she’s a fast learner.

Ermm..There’s a lot to tell about her ability at a very young age, but I chose not to reveal all here (humble is the best investment, hehehe).
Dear Nousha, Ibu HEART you. Be a good girl, okey? 





*kindly don’t misunderstand my post, I just want to pour out my happiness here 

Thursday, February 4, 2010

ibu HEART nousha



My dear princess,
IBU LOVE YOU VERY-VERY MUCH!!! muaacchhhssss!!!!

L~I~K~E*I*C~A~R~E


Hari ni telah berlaku suatu peristiwa yg buat aku sangat sakit hati. Rasa macam nak cekik-cekik je orang tu. Hello MR BULU, aku tahulah ko tu dah dikira orang lama dalam bidang ni. Tapi, tak perlulah kau nak jerit-jerit ,marah orang menegakkan maggie yang kembang! kalau kau dah tak sedia, cakap je, tak payahla kau nak buat drama hindi kat situ!!! Eee...sengal betul!!!

Kalau korang la berhadapan situasi mcm ni, apa korang buat? kadang-kadang aku fikir, tak bole layan orang mcm ni. Tapi kalaulah tak dilayan, makin menjadi-jadi pulak.Kadang-kadang fikir, susah sangat ke nak cakap elok-elok? Rugi ke? Duit kau kena curi toyol ke? Or nanti kau kena sawan tarik? tak pun nanti bulu kau semua gugur?

Aku harap sangat nanti orang kurang adab macam ni, bertemu buku dengan ruas. Biar dia rasa.Tak rugi satu sen pun kalau kita berbudi bahasa. Memangla, kadang-kadang malas nak ambil kisah hal-hal macam ni. Tapi, kadang-kadang terfikir juga tentang tanggungjawab sosial aku kepada masyarakat. Takut juga nanti bila aku buat tak kisah je, boleh jadi syer ke neraka. Ohhhh...

TAPI KEPADA ENCIK BULU ITU, AKU TAK KISAH PASAL KAU, KALAU KAU JATUH TERGOLEK DOG KAT DEPAN AKU PUN, AKU BIAR KAU MATI FROG!!!(marah ni..marah...)

~Spare an attitude ladies!~

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi "ee...pompuan tu, nampak innocent je, tapi perangai...wekkk!!!" atau pun " aku ingatkan dia tu ok, senyap je, tak sangka plak dia tu sengal..." pernah tak? pernah? tak pernah?



ha..bagi yang pernah, mesti tau apa rasanya dalam hati kan? kan? kan? rasa macam nak jer pergi kat orang tu and cakap "hey, kau ni, berhentilah jadi pompuan! buat malu kaum je". Paling tidak pun rasa nak cakap "eee kau ni perempuan ke apa hah???"



bagi yang tak pernah mengalami situasi ni, meh aku nak share skit apa sebenarnya cerita ni. Okey, kita ambil contoh situasi kat tempat kerja. Dekat tempat kerja korang tu konon-konon ada sorang perempuan ni, dia nampak innocent je, diam je, cakap pun ala-ala lemah lembik je, mesti korang dalam hati cakap "eee..baik nya perempuan ni, ayu jer...". Lepas tu, one fine day, korang dapat tahu kerja dia tak menepati dateline and dia pun kenalah paksa rela jumpa bos. So, dia pun pergi lah jumpa bos TAPI dia pergi cakap "saya bukannya sengaja tak siapkan bos, saya minggu ni kena cover si dot dot dot sebab dia cuti nenek kawin lagi, ala lagipun bukannya saya tak siapkan langsung, ada sikit je lagi..." Apa perasaan korang?? lagi-lagi sebelum tu dia yang beria-ia nak tolong cover kawan yang cuti tu (ni konon-konon nak up kan saham supaya disenangi ramai) atau paling teruk lagi....DIA CUMA TOLONG SIKKIIIIITTTTT JER, TAK SAMPAI 1% pun....!



Eh hello, awak tu perempuan tau. Janganlah berpura-pura jadi innocent tapi hati lagi busuk dari lori sampah!! Jaga lah sikit attitude tu. Sorry to say la, kalau ada lelaki yang buat macam ni, ada dua jenis je. Pertama BAPUK DAYUS. Kedua, lelaki tu memang jenis yang bermasalah. TAPI, masalahnya dengan perempuan ni, dah la, mula-mula kau budget ayu, innocent, lemah lembik, lepas tu, ko create masalah. Eeeee....rasa nak cekik je (ni jangan buat ok, nanti kalau dia report boleh kena charge kat court)



So, moral of the story, sebagai perempuan yang dilahirkan sejak azali untuk bersopan santun, kekalkanlah adab sopan santun tu sampai mati... :-) PEACE

Wednesday, February 3, 2010

~After A Year ???~

OMG??!!! only after a year that i remembered i've created my own blog?? hahaha it's funny cos when i read back what i've wrote before this, ouccchhh!! Is it me???

Nevermind, let me keep blogging..hehehe..

Well, my life never change much since last year. My lil' princess is becoming the QUEEN of the house, my hubby Alhamdulillah getting bigger (hahaha don't get angry sexy!!) and my career blossoming like a jasmine (is that correct? I think it sound nice, that's why i pour it out hahaha). Thanks and Praise to ALLAH S.W.T :-)