Tuesday, March 30, 2010

~triest moment, لحظة حزينة , trauriger moment, θλιβερή στιγμή , sad moment ~

Huhuhuhu...I'm sad. Last Friday, 26 Mac 2010, adalah hari terakhir aku di tempat kerja sekarang ni. Tak tahulah kenapa, tapi aku sayang sangat dengan tempat ni. Disini tempat aku belajar banyak perkara dan aku rasakan hubungan aku dengan semua yang di sini adalah sangat rapat.

Di sini, aku nak kongsi sedikit gambar-gambar hari terakhir aku...


Punch card terakhir di sini, WP1


Bilik yang penuh memori, dari hari pertama lapor diri, di sinilah aku duduk


White board luahan hati


Bersama Hanim (nama yang hampir sama) di sebelah kenderaan yang setia membawa kami ke destinasi tujuan...cermin gelap tu....hehehe

Ermm...gambar-gambar lain tak dapat lah aku letakkan kerana kurang sesuai. Bukan apa, tempatnya tak sesuai. Tapi apa yang jelas, aku memang sangat terasa dengan perpisahan ini...


Punch card terakhir di sini. Bye :-(

Thursday, March 25, 2010

Gedik

"ala, i tak boleh panasla, nanti ketiak i basah..."
"AAA...sandal ni cute..pink lagi..AAA.."
"OMG!!dia senyum kat aku tau tadi...OMG..OMG..."

Biasa dengar tak ayat-ayat kat atas tu? Eee... aku tiap kali dengar orang cakap macam tu, rasa nak keluar anak tekak. Perlu ke kau cakap ayat macam tu dengan penuh gaya gedik? Pastu tangan ala-ala patah? Lentok-lentok..Wekk!! Menyampah I...(dengan gaya aziz satar dalam cerita seniman bujang lapok)

Kenapa ye, boleh ada orang yang sanggup jadi sotong? Nak lembik-lembik badan, lentok-lentok macam ulat? Dah elok-elok jadi manusia... Aku nampak perangai GEDIK ni, satu penyakit. Dari penyakit jadi virus. Lepas tu, semua orang pakat ikut sampai jadi trend. Masalah betul.

Kenapa aku rasa GEDIK ni macam penyakit? Haaa...sebab, penyakit tu kan benda yang tak elok. Samalah macam GEDIK tu. Mula-mula gedik-gedik bercakap. Lepas tu, perbuatan. Kalau yang perempuan, nampak sangat murah. Lagi murah dari baju kat pasar malam. Kalau lelaki gedik, err..err..BAPUK namanya tu...

Selalunya, kalau korang tengok, jumpa atau kena kerja sekali ngan orang yang gedik ni apa korang buat? Nak jugak tahu sebab mungkin ada tips-tips yang berguna. Boleh lah kita praktis sama-sama. Kalau aku, biasanya aku akan cepat-cepat beredar dari tempat tu, tapi kalau dah terpaksa melayan juga orang yang gedik tu... aku akan uasaha supaya cepatlah urusan tu selesai. Bukan apa, takut nanti aku terikut gedik tu and orang tu akan terasa pulak..hahahaha...

Jadi, jangan gedik, ok ;-p

~tgk wayang, jom!!!~

Anda pernah tengok wayang? Mungkin dalam 10 orang, hanya 3 yang tak pernah tengok wayang. Sekarang ni, boleh dikatakan tengok wayang tu sesuatu yang normal. Especially kepada muda mudi kat luar tu. Kalau kita tengok, waktu cuti-cuti sekolah, panggung wayang tu penuh dengan diorang je...

Kali ni, aku bukan nak cerita pasal apa-apa movie yang tengah tayang tu tapi aku nak cerita pasal ragam orang yang pergi menonton wayang ni. Macam-macam gelagat boleh tengok,ada yang kelakar, meluat, menyampah dan kadang-kadang rasa nak lempang jugak.

Ok, aku mulakan dengan time nak beli tiket wayang. Bayangkan suasana kita kena beratur panjang nak beli tiket. Di depan kita tu ada la sorang dua budak-budak yang baru nak membesar. Msing-masing dengan pasangan @ couple masing-masing. Aku malaslah nak cerita kalau aksi-aksi yang biasa, tapi yang rasa meluat adalah apabila diorang ni berpeluk-peluk pinggang, yang perempuannya macam baru dapat kaki dan takde tulang belakang. Meliuk lentok dekat si lelaki. Yang lelaki tu plak konon-kononnya macho la, pegangla awek yang patah pinggang tu kemas-kemas. Ye lah, takut awek tu jatuh kat situ. Tak cukup dengan peluk-peluk, cakap pun bisik-bisik. Wekkkkk!!!! nak muntah tau tengok!

Lagi satu hal bila sampai depan kaunter. Dahla penat, letih mata tengok aksi "patah pinggang" tu, alih-alih orang kat depan kita tu terpinga-pinga tak tau nak tengok cerita apa. Ya Tuhan!!!! Apa masalah kau ni siput, dari tadi beratur kau tak fikir apa nak tengok? Aku sekeh jugak..macam-macam hal la...

Ha, tapi yang satu ni...paling aku tak boleh tahan. Ok, korang bayangkan, korang tgh khusyuk tengok cerita ni..nak bagi dramatik lagi, tengah tengok cerita yang ala-ala romantik gitu.. "aaa..aaa..a..kabhi khusi kabhi gam....awie, sampai hati kau tipu aku..oh jack, u jump, i jump.." Tiba-tiba, satu bau yang aneh mula masuk dalam hidung. Bukan, bukan bau pop corn, bukan bau twisties, bukan bau kaki orang sebelah (wekk!!)...tapi bau KENTUT!!! Wek!!! geli tau!!!

Eee...ada jugak orang macam ni..DISGUSTING. Nak lagi sadis, bau yang keluar tu bau petai campur telor busuk..ok, ok..tak perlu cerita lebih-lebih. Aku tak nak dipersalahkan jika ada yang muntah baca ni..heee...

So, secara kesimpulannya, ingatla bahawa apa jua perbuatan kita ni, akan ada kesannya kepada orang sekeliling kita...

Sunday, March 21, 2010

Kenangan :-)

Alhamdulillah... hari ini dah semakin memberansangkan untuk diri aku. Dah ada selera makan (yang sebenarnya dah boleh makan tanpa risau akan muntah balik), dah larat bangun pergi jalan-jalan dan sudah mula berpeluh seperti biasa.

Dari hari yang dulu aku nak buat topic ni tapi asyik lupa je. hehehe sebenarnya, nak cerita tentang kenangan buat karipap. Ya, aku memang pencinta karipap (boleh baca dengan nada lagu Pencinta Wanita), hantu karipap (as azie said) dan menggemari segalanya tentang karipap.

Tak taulah kenapa dari dulu tak pernah terfikir nak buat karipap. Yang aku tau, macammana dan dimana nak cari karipap yang sedap dan murah! Bila pergi beli kuih, aku mesti tengok karipap ada atau tak. Kalau ada, nampak sedap tak? kalau nampak sedap, aku akan beli. Kalau rasanya sedap, aku akan senyum dan hanya tinggalkan sedikit sahaja untuk hubby tersayang.

Oh ya, hubby juga seorang penggemar karipap. Dia pun tak taulah kenapa tak pernah tanya saya samada aku pandai (boleh) buat karipap atau tidak, mungkin sebab dia tak pernah tengok aku buat kuih jadi dia beranggap aku tak pandai buat kuih. :-) Eh tapi rasanya aku rajin gak masak bubur and pengat. Bubur ngan pengat tu, kuih ke?

Ok, aku tiba-tiba nak buat karipap selepas kawan pejabat yang baik hati telah membawakan sepeket karipap buatannya sendiri ke pejabat khusus untuk aku. Dan, rasanya adalah sedap walaupun sedikit masin. Oh ya, dia bawakan sepeket karipap adalah kerana dia tahu aku sangat suka karipap :-)

Semasa menikmati karipap-karipap itu, aku terfikir-fikir bagaimanalah rupanya acuan karipap itu. Dan kawan aku itu ketawa sebab aku tak pernah tengok benda itu hehehehe...Ok, ok, maka dipendekkan cerita, pada hujung minggu itu, aku bersemangat buat karipap. Apatah lagi selepas dipinjamkan acuan karipap hati itu, misi pun bermula...


haa..ini proses buat inti, basic ingredients adalah bawang merah, serbuk kari, jintan manis, jintan putih, rempah kurma skit..semuanya di blend...



ini pula sewaktu dimasukkan kentang yang telah direbus terlebih dahulu bersama-sama dengan minced chicken



ini pula selepas masak dan aku masukkan daun sup untuk tambah aroma



doh kulit karipap



haa...inilah hasilnya..tunggu masa nak di goreng..

Dan... maaf lah, tak sempat ambil gambar yang dah siap goreng.. excited nak makan! Alhamdulillah..percubaan pertama ini mendapat pujian huby (the most important person), keluarga, emak mertua, adik ipar dan kawan-kawan sepejabat...

Sehingga saat topic ini ditulis, sudah lebih 3 kali aku buat karipap dan huby pernah membawa satu tupperware penuh ke pejabatnya dan habis!!! Alhamdulillah...

Ada sesiapa nak order karipap? hehehehe...

Bila MATA terang

Malam ini panas dan hangat. Macam nak hujan, tapi tak pula basah bumi ni. Nak layan TV pun takde mood. Tekak sakit, badan panas, mata berair, adoi... badan ini sungguh sensitif dengan perubahan cuaca yang tak menentu ni.

Ermm... sedar tak sedar, next week dah minggu terakhir aku di Kl ni. After that, tak tau lah ke mana akan di hantar.Sedih juga bila terfikir tentang benda ni sebab aku dah sangat selesa dengan tempat sekarang. tapi bak kata orang la, kita memang tak boleh biarkan diri kita sampai terlalu selesa di satu-satu tempat. Nanti, dah tak rasa cabaran dalam meneruskan kehidupan.

Harap-harap, dipermudahkan lah segalanya...

Thursday, March 18, 2010

Go Away DEMAM :-(

It's been 2 days I'm not feeling well. Pity my huby who have to do all the house chores alone. I am soooo blessed that he's so understanding, helpful and CARING! Sometimes, huby will say to Nousha "Nousha, peluk ibu, ibu sakit..." huhuhu terharu sangat-sangat..

Please...Go Away DEMAM ...

Tuesday, March 9, 2010

princess demam ;-(

hari ini sedey... nousha demam. kesian betul dgn dia. smp muntah-muntah...