Thursday, March 29, 2012

Pangkat

Dalam hidup ni salah satu benda yang org pandang adalah pangkat. Kalau korang banyak duit pun, tapi takde pangkat, takde kedudukan, takde sape pandang. Yelah, kalau tak takkan sampai ada kes beli title, kan? Or paling hampes pun, org menyamar polis. Sebab apa? sebab nak kan pangkat polis tu, and konon-konon rasa hebat boleh takut-takutkan orang or pau duit orang sesuka hati.

Dalam dunia kerja, bila sebut pasal naik pangkat ni, mesti ramai yang kepochi. Pastu nanti keluarla drama "Ku Tikam Belakangmu Untuk Menang". Ada yang kata orang keje gomen yang plg banyak tikam belakang. Kalau swasta tak banyak sangat. Heh, loser weh sape cakap macam tu sebab aku rasa benda ni ada kat mana-mana. MUNGKIN, nampak banyak dalam keje gomen sebab ia sektor terbesar dalam dunia keje.

Apa agaknya perasaan orang yg tikam belakang ni ye? Puas hati ye dapat jatuhkan orang? Entahla, aku pun tak tau nak cakap. Aku memang simpati sangat kalau ada yang pernah jd mangsa tikaman ni. Okey, simpati tak sama dgn menyebelahi, ye? Bukan apa, kadang kala manusia ni lupa. Bila kita simpati dgn org, tendency nak di label penyokong kuat tu adalah tinggi.

Kenapa ye, bila kita kerja, kita tak boleh ikhlas? Okey, aku manusia biasa. Bukan baik mana pun. Still HAMBA Allah. Memangla bila berkerja aku harapkan aku dapat yang terbaik sebagai balasan. Aku yakin, ramai antara kita pun macam ni. Tapi, kenapa ye bila kita tak dapat naik pangkat, tak dapat naik gaji, tercicir sikit dari orang lain, kita akan terus cuba untuk salahkan sesuatu atau seseorang. Kenapa kita tak boleh fikir yang mungkin ITU adalah yang terbaik untuk kita? Aku yakin, dalam apa-apa agama pun, ia tak mengajar Tuhan itu zalim. So, takkanlah Tuhan sewenang-wenangnya membiarkan manusia ni sengsara?

Cakap memang senang, kan? Cuba kena kat diri sdri...Aku pernah juga dalam beberapa situasi yang aku rasa "WHY ME??? WHY???" Rasa nak brenti keje tu memang selalu. Tapi, last-last, aku fikir, takpela. Mungkin ini je yang terbaik untuk aku. Mungkin aku tak dapat dari aspek ni, tapi aku bahagia dalam aspek lain. Believe me, bila aku dah bole adjust diri utk fikir macam tu, aku lebih tenang.

So, conclusionnya, yes, AKU NAK NAIK PANGKAT AND AKU MEMANG BUAT YANG TERBAIK, TAPI KALAU DAH NAMANYA BUKAN REZEKI AKU, AKU FAHAM ITU YANG TERBAIK UNTUK AKU...

Wednesday, March 28, 2012

CINTA 5 TAHUN

Aku termasuk dlm kategori yang berkahwin awal. Umur 24 aku dah carry title MRS. Aku tak kisah sebab aku bahagia ;-) Ala, aku tau ada yg mulut "baik" akan keluarkan ayat-ayat yang "sopan" bila org kawin awal.
"eh, dia tu kawin awal tu mesti sebab ada apa-apa"
"eee..gatalnya, muda-muda dah nak kawin"
"nape kawin awal, tak bole nak enjoy la"
And the list goes on...

Aku kawin tahun 2007 and tahun ni masuk 5 tahun kami stay as husband and wife. Whoaa... mcm lama, kan? Yes, mmg lama! Dgn zaman skrg ni, mcm-mcm cerita pasal org kawin-cerai, ada yg bercinta bertahun-tahun tapi kawin tak sampai setahun. Alhamdulillah, jodoh aku masih panjang. Aku tak minat nak share bape lama kami kenal, couple etc. Tapi, satu je aku bole share, tak sampai setahun pun kami couple. Bukan dah gatal sgt ye cik kiah-cik kiah sekalian, tapi sebab dalam hati aku tau "HE . IS . THE . ONE".

Perasaan cinta dalam tempoh 5 tahun ni? Aku masih berdebar bila DIA pegang tangan aku. Faham kan maksud aku? Perasaan DIA ? Entah, aku tak tahu. Tapi, dari layanan, kasih syg yg ditunjukkan, aku tau takde apa yg kurang. Sgt berlebih-lebih and mewah. ALHAMDULILLAH. 

Untuk DIA, terima kasih di atas cinta 5 tahun ini. 

 
 

Friday, March 23, 2012

Bisnes yuk?

Okey, aku tau aku adalah saaannngggaaaatttttt lambat. Org lain dah berlumba-lumba buat bisnes. Aku je yg terkial-kial baru nak usha. Ok, maksud aku biz online la. Aku mmg minat nak ber bisnes ni tapi aku takut nak make a move. Takut rugi, takut takde org beli, takut mcm-mcm la. Tapi, lately ni encik huby byk bg kata-kata semangat suruh aku slowly biz. So, bila org tersayang bg support, aku rasa, why not??? And ada kawan aku sorang ni (kadang-kadang dia singgah jugak baca blog bosan ni) dia pun nak bg support jugak :-) Weee sayang kamu bebeh!

Well, semangat dah ada, apa nak biz nya? Ok, aku ada few biz yg aku nak cerita and share. Utk kali ni aku share kat sini ialah biz HANDBAG. So, rasa-rasanya ada market tak utk biz handbag ni? Aku tau ramai yg dah buat biz ni tapi tak salah kan kalau aku nak tumpang sekaki, kan? Aku takde intention utk jual handbag yang ada jenama tu. Yela, mcm Coach, Gucci, Prada etc. Aku nak focus pada handbag biasa dan yang plg penting IN TREND. Aku dah survey skit and aku rasa aku boleh jual handbag jenis mcm ni. 

Harga? Of course lah yang tak mahal dan mampu milik. Adatlah kaum perempuan ni, handbag kalau dpt yang murah dan cantik, berkenan plak di hati, memang nak beli. Aku sendiri macam tu. Kadang-kadang nak sangat handbag tapi kewangan agak budget. So, aku terfikir, aku nak yang biasa-biasa tapi cantik dan tahan lama.

Aku harap, impian ni akan jd kenyataan. Doa-doakanlah aku...

Wednesday, March 21, 2012

Meluat

Okey, sangat meluat bila ada orang tak boleh terima keadaan seadanya. Aku cerita direct la. Apa lagi kalau bukan pasal keje. Sangat meluat bila orang lain punya salah, aku pulak yang kena. Alkisahnya, minggu depan ada Full trial dan kes tu agak ramai pihak-pihak yang terlibat. Arahan dah diberikan utk pihak-pihak failkan apa-apa yang patut sebelum tarikh sekian-sekian. So, hari Isnin lepas (19.3.2012), ladyship tu tanyalah pasal kes minggu depan ni. Aku bgtau lah, pihak -pihak masih ada yang tak comply dgn arahan lg. Si ladyship ni ok la, dia cuma kata kalau boleh compilekan semua dokumen yang ada supaya senang dia nak rujuk nanti. Adalah contoh yang dia bagi (contoh tu pun sebab kebetulan ada satu kes ni buat mcm tu, takde maknanya dia nak buat sendiri) utk kami (aku ngn partner) ikut.

So, hari ni mcm biasa, pagi-pagi dah mengadap ladyship ni and brief pasal cases today. Dah habis semua tu, dia tanya lagi pasal case next week. Aku jawablah mengikut apa yang ada. Tiba-tiba dia nak tengok semua dokumen. Fine, aku ambil sume tunjuk dekat dia. Bila si ladyship ni tengok tak lengkap, meroyan lah. Siap boleh cakap kat aku "Dont make me shout at u for this!". Aku blur skejap. Eh pesal plak nak shout kat aku? ko marahlah pihak-pihak yang tak ikut arahan tu. Pastu tetibe tanya aku, aku ada buat list tak utk check apa document yang ada dan takde. Aku cakap la takde. Aku rasa tak perlu pun sebab tu benda yang common dalam bidang kerja ni. Nak checklist bagai. Alih-alih dia boleh bg statement kat aku lebih kurang mcm ni "use your brain!". Amboih...ada jugak aku santau kang. Dasar pemalas.

Aku tak nampak pun keperluan checklist tu. In fact, ko suruh aku compilekan semua utk mudah kan ko baca, itu pun aku tak perlu buat. Kalau dah pihak-pihak yang nak buat kes tu tak dengar arahan kau, kau sound je la. Kalau aku buat research utk ko pun, dah tentu aku highlight, letak tag utk ko. Masalahnya ni bukan aku punya. Biul. Pastu sesedap rasa suruh aku call pihak-pihak utk suruh dorang cepat-cepat hantar sume yang takde tu. Wahhhh senang la cakap, kan? apa kau ingat pagi-pagi ni mereka tu ada ke kat opis?? Sah-sah semua pergi court. Pastu suruh aku refer balik kat dia at 10 am. Senang je kan??? Aku pun ada cases nak dengar pagi ni. EEEEEEE!!!! Meluat!

Cepat-cepatla aku kuar dr tempat ni. Amin.