Monday, June 27, 2011

Sabar Tanpa Mengharap

Dalam hidup ni mudah untuk kita cakap "sabar..sabar...NANTI..." Aku pun selalu jugak guna perkataan sabar and lepas tu ada perkataan "NANTI" tu. Macam "sabar lah hati, NANTI okey lah tu". Dan biasanya selepas tu dalam hati akan ada sedikit perasaan mengharap. Okey, mungkin kadang - kadang bukan sedikit, tapi MEMANG mengharap. Huh, tapi aku realized, bila aku berperasaan macam tu, kalau tak seperti yang diharapkan, aku sure down, emo, sakit hati...

lama-lama, aku cam terfikir, kenapa aku nak mengharap? kenapa aku nak frust? kenapa aku nak patah hati? Maksud aku kat sini bukanlah BERHENTI BERHARAP macam berhenti doa, usaha tu.. Maksud aku kat sini dalam mengharap yang takde kaitan dengan usaha atau doa.. ermm macam BALASAN, faham? Contohnya, dalam bercouple, and pastu gaduh mulalah keluar ayat "huh, aku tak nak call sampailah dia call aku!" Sejam, 2 jam, sehari, 2 hari, bolehlah sabar, kan? TAPI jangan tipulah kalau korang tak tertunggu-tunggu. Mesti ada yang sekejap-sekejap check handphone, check SMS, status FB, tweet ke..manalah tau ada tanda-tanda peninggalan si dia tu, kan?? kan? kan? Haa.. nilah yang aku cuba sampaikan..ada harapan, kat situ.

So, pada aku perasaan mengharap tu memang seksa. Itu baru bagi contoh dalam bercouple, kalau dalam kerja? persahabatan? Ha.. memang goyah jugak.. Kalau tahap kesabaran korang TINGGI, lamalah bertahan, kan? Kalau yang tak berapa TINGGI tu? That's why aku rasa, sabar tanpa mengharap tu lebih indah.

Yelah, kalau ikut contoh yang aku bagi tadi, korang dah tau yang korang tak boleh tahan, sudah-sudah la MOGOK tu. Samada korang yang take the first move atau korang pun ikut je flow... Camne pulak kalau kita dah "surrender" dulu, tapi si dia masih buat tak tau? Heheheh.. kalau dah camtu, tanyalah hati, cari dimana cinta itu bersembunyi :-)

Kalau dalam hal-hal lain, aku YAKIN, sabar TANPA mengharap tu adalah manis.. sebab kadang-kadang kita tak sedar kita akan dapat "WAKE UP" call di tengah-tengah perjalanan hidup...


2 comments:

  1. suke entry ni! =D
    baru jugak realized selama ni tak praktikkan
    SABAR dgn betul, last2 diri sendiri makan hati
    ok ! SABAR TANPA MENGHARAP!

    ReplyDelete