Tuesday, June 28, 2011

"KITA TAK SERASI"

Dalam sesuatu perhubungan nak tak nak, suka tak suka, sure akan timbul isu "SERASI". And aku berani cakap la, banyak couple yang berantakan sebab isu serasi ni. Ala-ala, aku suka singkong, kau suka keju hehehe..
Tapi, pernah tak korang fikir dalam-dalam, memang betul korang tak serasi atau korang hanya gagal untuk memahami? Heh, bunyik cam serius, kan? Serasi dengan memahami memang berbeza sangat. Aku tak payah cerita pun korang tau. Aku rasa, kebanyakan dari kita sebenarnya bukan tak serasi tapi kita gagal untuk memahami. 

Contohnya, sorang ni workaholic, yang sorang ni family type. Confirm cara korang uruskan perhubungan korang berbeza. Antara jamuan pejabat dengan birthday party anak sepupu pasangan korang, si workaholic sure akan nak pergi jamuan pejabat dulu, baru pergi birthday party anak sepupu pasangannya. Yela, nanti tak tunjuk muka di jamuan pejabat, boss kata apa pulak, kan? Sekali, 2 kali, boleh la pasangannya yang family type ni tahan, TAPI lama-lama? Benda ni BOLEH atau AKAN diungkit menjadi satu alasan yang bunyinya "Awak... kita tak serasi la..."

Sayang la weh kalau perhubungan yang korang semai tu sangkut macam tu je. Yelah, maksud aku kalau korang boleh dikatakan happy, ceria, and bahagia bila berdua TAPI hanya kerana satu, dua, or maybe tiga benda yang macam ni, korang terlepas satu perhubungan yang mungkin ia adalah cinta sejati korang. Kalau pun bukan cinta sejati, kalau pun bukan jodoh korang, kenapa nak rosakkan hati dengan perasaan yang negatif, kan?

Fine, fine, cakap or tulis memang senang. Cuba buat? heheh.. Aku admit, bukan senang nak praktikkan. Tapi, tak salah kita cuba, kan? Aku pun manusia biasa. Slowly and surely aku akan cuba serasikan diri aku dengan semua orang or benda or persekitaran aku. Hidup ni singkat. Lebih-lebih lagi dengan orang yang aku sayang, aku nak cuba untuk serasi dengan dia.

Macam mana nak serasi? Masing-masing ada cara sendiri nak memahami pasangannya. Kalau aku, aku pilih untuk bertolak ansur dan timbang tara guna hati.

Kenapa guna hati? Sebab soal perasaan, hanya hati yang faham. Kenapa combine dengan tolak ansur? Kerana untuk bertolak ansur kena guna akal. JADI, ibaratnya aku guna HATI dan AKAL untuk memahami insan - insan yang aku sayang. 

Mungkin jugak ada antara korang yang guna cara SABAR dan LIHAT untuk memahami, DENGAR dan FIKIR atau pun TRY and DECIDE. Tak kisah la, apa methods yang korang guna. As long boleh mencapai pemahaman korang terhadap pasangan korang tu, kira okaylah. CUMA, kena ingatlah, masa tu bergerak ke depan, bukan ke belakang. Pandai-pandailah nikmati masa yang ada, ok?

So, rasa-rasanya, korang ni betul-betul tak serasi atau kurang memahami?

2 comments: