Kadang kala
Aku bingung dengan ini
Kadang kala
Aku curiga dengan ini
Kadang kala
Aku keliru dengan ini
Ku tanya hati
Hati membisu
Ku tanya akal
Akal pun buntu
Ku tanya jiwa
Jiwa derita
Kata mata
Aku mahu keluarkan air ini
Kata mulut
Aku mahu laungkan sekuat-kuatnya
Kata yang mendengar pula
Aku mahu mendengarnya lagi
Jasadku inginkan ini
Jiwaku menolak ini
Aku jua yang tersepit sendiri
Apa lagi yang tinggal untuk ku?
Wah bole bg dato ct nih wat lagu..anum kalo nk nangis kamu nangis jek!
ReplyDelete