Thursday, June 14, 2012

Wednesday, June 13, 2012

QUOTES

"Most people who are ugly in their teens are really hot when they get older"

Masa aku baca quotation ni, my first reaction is "WOW! THIS IS SO SO SO FREAKING TRUE!" Aku dah banyak kali tengok transformasi macam ni. Aku tweet quotes tu and ada member aku ni baca and she likes it! Korang pernah tak melalui transformasi macam ni? Tak kesahla sebagai org yang melihat atau maybe korang la orang yang really hot tu. 

Benda yang aku nak share ni, jadi kat diri aku sendiri. Aku tak la cakap aku ni really hot sekarang tapi at least tak la ugly mcm zaman muda remaja dulu. Hahahahaha kang ada yang kata aku perasan canteq sendiri. Pengalaman aku macam ni tau. Aku ni lahir-lahir agak chubby and kulit memang "tanned" habislah (motif guna perkataan tan????) Kalau ikut mak, memang cerahla sebab mak aku cerah. Tapi sebab aku ikut ayah, so, Vanilla-coklat-mocha skit la kulit aku ni..

Aku tak tau zaman korang tapi sejak aku sekolah rendah, aku beberapa kali experienced dipinggirkan sebab tak berapa nak cantik. Orang kita ni kan asal kulit ko cerah, automatiknya ko cantik. Aku rasa aku ada picture zaman skolah dulu, darjah 6. Aku jumpa kat sini





Aku haruslah yang bertudung putih itu hahahaha... Anyway, aku salute kawan aku a.k.a pemilik blog kat atas tu sebab gigih sungguh dia masukkan picture lama ni. Haaa... cer tengok, ngeri kan aku? kan?kan?

Picture skolah menengah takdelah pulak aku jumpa. Hahahaha..mana ntah. Maybe ada kat umah mak aku tapi korang takyah la imagine yang bukan-bukan. Memang gitu jugakla muka aku. Lagi tan pun ye kot sebab aku adalah suka berpanas hahahaha.. Owh, and aku jugak adalah pengawas then naik jadi ketua pengawas, wakil Selangor dalam Renjer Puteri, dan memang selalulah involve dalam apa-apa yang ada kat skolah tu. So maksud aku adalah, dah la tak cantik tapi haruslah skema (kot?) hahahahaha... Eh, tapi adala jugak benda-benda nakal aku buat macam panjat pokok ceri lepas skolah (hahahah ni rahsia sebenarnya), beli nasik lemak sedap kat luar skolah time belum waktu rehat (guna alasan wat spotcheck) and ada la lagi.. Hahahaha,,, Oh, utk menambahkan nmpk saiko skit, aku duk kelas sains. Hah! pakej dengan nerd la kan... 

Ok, aku taknaklah nampak buruk sangat, sebab aku adala jugak peminat hahahah..(eh tetibe malu nak cite part ni). Aku pun confuse napekah mereka tu minat aku. Sebab salah sorang yang minat aku dr form 2 sampai matrik adalah erm.. aku kategorikan sebagai hensem la jugak..hahahah..Tapi memang takdenya aku nak layan. Busy dengan benda-benda yang lebih happening! Tapi, still aku masih tak hot. 

Lepas tu kat matrik, zaman U, slowly dah pandai nak dress up properly and with style. Time ni, aku rasa tak la horror sangat aku ni. Hahahaha.. And now, as i'm getting older, aku rasa aku sangat berbeza dgn apa yg dalam picture tu. 

muka plain je ye...
Takla hot pun... tapi better kot hahahaah...
 


  

Monday, June 11, 2012

Timbul Lagi

Aku ni asyik tenggelam timbul je kat sini. Nak buat macammana, dah aku memang busy sgt wlp aku rasa aku ada banyak benda nak "selambabebelkan". Okey,utk kali ni aku nak cerita pasal holiday. Kalau korang, korang suka holiday kat tempat macam mana? Aku tak kisah la kat mana-mana tempat pun tapi syaratnya aku tak suka if tempat tu crowded sangat dengan manusia. Aku tau ada yang suka sebab katanya "THE MORE THE MERRIER". Sorry, aku bukan anti sosial tapi if it is too crowded, aku akan serabut, cepat naik darah and nanti defeat the purpose je la aku holiday tu. And biasanya, kalau kita g holiday time ramai org a.k.a peak season, harga barang, bilik sure mahal skit. So, sementara Nousha belum sekolah betul-betul, aku dan husband akan berholiday time tak ramai orang.

Ada yang tanya aku, tak leceh ke pegi holiday bawak anak kecik. Alhamdulillah, sejak dr Nousha kecik, sampailah sekarang, aku tak pernah holiday tak bawak dia. Aku and huby tak sampai hati. Ada jugak beberapa org yang aku tau, boleh pergi holiday berdua dengan pasangan atas alasan anak kecik lagi, leceh and budak tu bukannya ingat pun! Takpelah, setiap org mungkin ada alasannya tersendiri.

Seingat aku, sejak dari pegang title MRS, aku dah plan dengan huby supaya kami dapat bercuti beria setahun sekali (minus short gateway holiday, balik kampung etc). Alhamdulillah, misi masih lagi berterusan. Kami taklah berholiday secara mewah. Biasa-biasa aje sebab yang penting kualiti holiday tu. Tapi kalau dapat yang mewah, lagi best hehehehe.... So, far paling jauh KAMI ke Bandung. (Ye, aku ada "hutang" entry Bandung...). Aku tekankan KAMI, bukan AKU atau DIA, ok?

Betul la kata orang, jauh berjalan banyak pengalaman. lagi-lagi bila berjalan-jalan dengan family, macam-macam cerita dan pengalaman boleh jumpa. Alhamdulillah juga, sebab sepanjang kami berholiday tu, semuanya dipermudahkan :-) Apa yang bole aku share, sebelum kita g holiday tu, buatla preparation betul-betul. Walaupun hanya bercuti dalam negara. Yela, lain tempat mungkin lain cara. And disebabkan aku bawak Nousha, ada beberapa benda yang aku tak kan tinggal ke mana-mana aku pegi travel (walaupun utk balik kampung). Meh aku share skit.

COOL FEVER
(pic : Google)
Benda ni penting la utk anak aku sebab manalah tau, duk traveling naik flight, naik bot, naik kereta lama-lama, sejuk, aircond, Kot-kot badan dia terpanas skit, aku tepek je benda ni kat forehead dia.

FIRST AID

(pic : Google)
Ni pun penting sebab manalah tau tiba-tiba luka ke. And aku punya First Aid kit ada panadol, in case aku atau huby pening-pening... Beli lah satu benda ni. Beli yang travelling pack tu. Berguna time-time emergency. Aku dapat free dr KPJ heheheh...

VICKS

Aku tak sure korang pakai brand mana tapi aku memang pakai brand ni. Bau dia sedap la skit and sesuai utk budak-budak. Kalau Vicks yang biasa tu pun ok,tapi kena careful skit sbb mungkin panas skit dr biasa.

So, overallnya, memang ni la 3 benda yang aku pastikan WAJIB aku bawak bila travelling. Memang la kadang-kadang terlupa tapi aku ngan huby bertekad (heh, ayat tatabahasa) to remind each other. Masa Nousha kecik-kecik dulu, aku akan bawak Gripe Water and Minyak Yu Yi tu ke mana-mana aku g. Penah skali aku tertinggal gripe water, and time tu lah jugak Nousha kembung! Kesian sgt tgk dia menangis sakit perut. Sapu minyak, urut perlahan-lahan pun tak reda. Nousha ni jenis payah burp. Tu yang aku stand by gripe water tu. Maka berpusing-pusing la aku and hubby mencari gripe water tu. Bila dapat, aku bagi dia minum sikit je (satu sudu kecik pun tak sampai), terus dia burp and dah tak nangis! Alhamdulillah. Pointnya kat sini, aku ngan hubby akan make sure and remind each other utk pastikan benda-benda penting macam ni tak tertinggal.

Ermm, kalau nak cerita pasal holiday ni, memang tak kan habis. Tapi, aku memang support and suggest la utk korang semua g holiday. Tak perlu mahal, mahal, tak perlu jauh-jauh, yang penting erti holiday tu kepada kita. Alhamdulillah, aku dah merasa holiday yang mahal, dan aku pun tak kisah holiday yang sempoi. At the end of the day, aku and family seronok!

Jom g holiday!