Tuesday, June 28, 2011

"KITA TAK SERASI"

Dalam sesuatu perhubungan nak tak nak, suka tak suka, sure akan timbul isu "SERASI". And aku berani cakap la, banyak couple yang berantakan sebab isu serasi ni. Ala-ala, aku suka singkong, kau suka keju hehehe..
Tapi, pernah tak korang fikir dalam-dalam, memang betul korang tak serasi atau korang hanya gagal untuk memahami? Heh, bunyik cam serius, kan? Serasi dengan memahami memang berbeza sangat. Aku tak payah cerita pun korang tau. Aku rasa, kebanyakan dari kita sebenarnya bukan tak serasi tapi kita gagal untuk memahami. 

Contohnya, sorang ni workaholic, yang sorang ni family type. Confirm cara korang uruskan perhubungan korang berbeza. Antara jamuan pejabat dengan birthday party anak sepupu pasangan korang, si workaholic sure akan nak pergi jamuan pejabat dulu, baru pergi birthday party anak sepupu pasangannya. Yela, nanti tak tunjuk muka di jamuan pejabat, boss kata apa pulak, kan? Sekali, 2 kali, boleh la pasangannya yang family type ni tahan, TAPI lama-lama? Benda ni BOLEH atau AKAN diungkit menjadi satu alasan yang bunyinya "Awak... kita tak serasi la..."

Sayang la weh kalau perhubungan yang korang semai tu sangkut macam tu je. Yelah, maksud aku kalau korang boleh dikatakan happy, ceria, and bahagia bila berdua TAPI hanya kerana satu, dua, or maybe tiga benda yang macam ni, korang terlepas satu perhubungan yang mungkin ia adalah cinta sejati korang. Kalau pun bukan cinta sejati, kalau pun bukan jodoh korang, kenapa nak rosakkan hati dengan perasaan yang negatif, kan?

Fine, fine, cakap or tulis memang senang. Cuba buat? heheh.. Aku admit, bukan senang nak praktikkan. Tapi, tak salah kita cuba, kan? Aku pun manusia biasa. Slowly and surely aku akan cuba serasikan diri aku dengan semua orang or benda or persekitaran aku. Hidup ni singkat. Lebih-lebih lagi dengan orang yang aku sayang, aku nak cuba untuk serasi dengan dia.

Macam mana nak serasi? Masing-masing ada cara sendiri nak memahami pasangannya. Kalau aku, aku pilih untuk bertolak ansur dan timbang tara guna hati.

Kenapa guna hati? Sebab soal perasaan, hanya hati yang faham. Kenapa combine dengan tolak ansur? Kerana untuk bertolak ansur kena guna akal. JADI, ibaratnya aku guna HATI dan AKAL untuk memahami insan - insan yang aku sayang. 

Mungkin jugak ada antara korang yang guna cara SABAR dan LIHAT untuk memahami, DENGAR dan FIKIR atau pun TRY and DECIDE. Tak kisah la, apa methods yang korang guna. As long boleh mencapai pemahaman korang terhadap pasangan korang tu, kira okaylah. CUMA, kena ingatlah, masa tu bergerak ke depan, bukan ke belakang. Pandai-pandailah nikmati masa yang ada, ok?

So, rasa-rasanya, korang ni betul-betul tak serasi atau kurang memahami?

Apa Untuk Aku?

Kadang kala
Aku bingung dengan ini
Kadang kala
Aku curiga dengan ini
Kadang kala
Aku keliru dengan ini
Ku tanya hati
Hati membisu
Ku tanya akal
Akal pun buntu
Ku tanya jiwa
Jiwa derita
Kata mata
Aku mahu keluarkan air ini
Kata mulut
Aku mahu laungkan sekuat-kuatnya
Kata yang mendengar pula
Aku mahu mendengarnya lagi
Jasadku inginkan ini
Jiwaku menolak ini
Aku jua yang tersepit sendiri
Apa lagi yang tinggal untuk ku?

Monday, June 27, 2011

Sabar Tanpa Mengharap

Dalam hidup ni mudah untuk kita cakap "sabar..sabar...NANTI..." Aku pun selalu jugak guna perkataan sabar and lepas tu ada perkataan "NANTI" tu. Macam "sabar lah hati, NANTI okey lah tu". Dan biasanya selepas tu dalam hati akan ada sedikit perasaan mengharap. Okey, mungkin kadang - kadang bukan sedikit, tapi MEMANG mengharap. Huh, tapi aku realized, bila aku berperasaan macam tu, kalau tak seperti yang diharapkan, aku sure down, emo, sakit hati...

lama-lama, aku cam terfikir, kenapa aku nak mengharap? kenapa aku nak frust? kenapa aku nak patah hati? Maksud aku kat sini bukanlah BERHENTI BERHARAP macam berhenti doa, usaha tu.. Maksud aku kat sini dalam mengharap yang takde kaitan dengan usaha atau doa.. ermm macam BALASAN, faham? Contohnya, dalam bercouple, and pastu gaduh mulalah keluar ayat "huh, aku tak nak call sampailah dia call aku!" Sejam, 2 jam, sehari, 2 hari, bolehlah sabar, kan? TAPI jangan tipulah kalau korang tak tertunggu-tunggu. Mesti ada yang sekejap-sekejap check handphone, check SMS, status FB, tweet ke..manalah tau ada tanda-tanda peninggalan si dia tu, kan?? kan? kan? Haa.. nilah yang aku cuba sampaikan..ada harapan, kat situ.

So, pada aku perasaan mengharap tu memang seksa. Itu baru bagi contoh dalam bercouple, kalau dalam kerja? persahabatan? Ha.. memang goyah jugak.. Kalau tahap kesabaran korang TINGGI, lamalah bertahan, kan? Kalau yang tak berapa TINGGI tu? That's why aku rasa, sabar tanpa mengharap tu lebih indah.

Yelah, kalau ikut contoh yang aku bagi tadi, korang dah tau yang korang tak boleh tahan, sudah-sudah la MOGOK tu. Samada korang yang take the first move atau korang pun ikut je flow... Camne pulak kalau kita dah "surrender" dulu, tapi si dia masih buat tak tau? Heheheh.. kalau dah camtu, tanyalah hati, cari dimana cinta itu bersembunyi :-)

Kalau dalam hal-hal lain, aku YAKIN, sabar TANPA mengharap tu adalah manis.. sebab kadang-kadang kita tak sedar kita akan dapat "WAKE UP" call di tengah-tengah perjalanan hidup...


Thursday, June 23, 2011

Kepercayaan Yang Hilang

Tajuk cam serius, kan? heh, don't worry, masih boleh difahami secara ringan. Aku sedar ramai yang pernah mengalami benda macam ni. Tak kisahla, samada kau hilang kepercayaan terhadap orang atau pun benda. Heh, benda pun ada tau, cam kau dah tak percaya kat henpon sebab pernah "makan" sume sms-sms best ko.. Hahahah..bole? Tapi untuk entry ni, aku rasa aku akan lebih "human" kalau aku sentuh pasal hilang kepercayaan terhadap orang.

Aku tak nak cerita benda yang dah lepas. Maksudnya, tak nak dragging cerita kenapa kau boleh hilang kepercayaan terhadap seseorang ataupun apa yang kau dah buat sampai orang tak percaya kat kau lagi. Aku nak cerita pasal apa jadi lepas tu. Dalam hal ni, aku nak fokus pada MANGSA. Mangsa kat sini refer kepada "kau - adalah -  yang -  tidak -  dipercayai - lagi"

Kadang-kadang susah kita nak explain kenapa kita buat sesuatu benda tu. Kenapa kita boleh merosakkan kepercayaan tu. Yang agak sadis sikit, bila kita tak pasal-pasal diragui atas sebab anasir orang lain. Haih, kalau kena macam ni, memang dugaan untuk kita la kan. Nangislah sampai jadi Kasim Selamat pun, kalau dah itu hakikatnya, kau kena telan lah jugak walaupun pahit.

Dalam pandangan aku, mudah je. Memang akan sakit dan sengsara. Tapi, sampai bila kau nak meratap? Sampai bila kau nak bersedih hati? Kau pun ada hidup yang perlu diteruskan, kan? kau pun ada kawan-kawan yang masih setia dengan kau, kan? At least, kau kena ingat, kau masih ada family yang perlukan perhatian, kan? So, MOVE ON!


Sampai bila kau nak berharap? Aku selalu remind diri aku. Tak semua orang akan sependapat dengan kita. Tak semua orang akan suka kita. Tak semua orang akan faham kita. Sebab, kita pun ada ketika-ketikanya tak sependapat dengan orang, suka semua orang dan faham semua orang. So, adil la kat situ. Kalau kau dah bagi explanation, dah cuba berbaik, dan masih dihiraukan, itu bermaksud, masanya belum sesuai untuk kau mendapatkan semula kepercayaan orang meragui kau tu.

Apa yang patut korang buat? SABAR. Itu ubat yang terbaik. Dan, ya, TIDAK MENGHARAP. Baca elok -elok, TIDAK MENGHARAP, bukan BERHENTI BERHARAP! Lain maknanya tu. Faham?

Good. Aku tinggalkan korang dengan lagu ni.. hah, siap dengan lyric aku letak ;-)

Move On Up - Curtis Mayfield

"Kita Couple?"

Wah..wah.. tetibe dapat suggestion pulak mintak aku citer lagi hal-hal lelaki dengan perempuan. Ermm, aku tak la pandai sangat tapi setakat nak sharing-sharing tu boleh la. Sharing is caring, kan??
Ok la, aku pun tak tau nak mula dengan apa. Tapi aku rasa aku nak share pasal "RELATIONSHIP" atau dalam bahasa mudahnya "PERHUBUNGAN".

Semua orang tau relationship tu apa, kan? Tapi persoalannya berapa ramai yang nak tau tanggungjawab dalam perhubungan tu? Ibaratnya macam, ajak couple tapi pastu terpinga-pinga bila gaduh. Ok, aku bagi satu scenario :

A : you sudi jadi girlfriend i?
H : emm.. memang i suka you, suka style u tapi i tak sure..
A : takpe, kita cuba dulu, boleh kan? 
H : ok, we'll see..

after a few weeks...

A : Kenapa you nak marah? Kan I dah cakap kalau I free I call you
H : What?? mudahnya? 3-4 hari you tak call I, tak sms I, and bila I tanya, you tanya I balik? 
     Mesti lah I marah! 
A : Please la, cuba faham. I pun busy. Takkan la hari-hari nak call you
H : Shut Up!!

Ha... nampak tak? Masa ajak couple, wah.. kemain lagi! pastu time gaduh, dua-dua lupe diri. Dalam scenario kat atas ni, yang Adam (A) tu kenapalah kau tak call Hawa (H) tu? Dalam perhubungan, komunikasi tu penting. Kalau tak berkomunikasi, macam mana nak berkembang? Tak kisah la apa pun alasan, kena lah pastikan dua-dua ada komunikasi. Aku tak tau korang jenis yang macam mana. Ada orang tak kisah tak call hari-hari, tak sms hari-hari. Tapi dalam komunikasi antara kedua-duanya, kena lah jelaskan betul-betul. Contohnya, mungkin si Adam ni kenalah bagitau Si Hawa ni yang dia bukan jenis orang yang akan call hari-hari atau SMS hari-hari. Mungkin sebab  kredit tepon sangat limited atau pun sebab kerja yang busy ataupun mungkin sebab cinta korang tu cinta terlarang! Apapun, komunikasi, ok?


Next is si Hawa (H) tadi. Tak perlulah marah-marah. Tanya dulu. Well, memang cakap senang tapi biasanya bila dah di control oleh emosi, heheheh nada suara sure akan lain sikit. So, aku rasa cara paling mudah, DIAM. Ayat last yang di keluarkan "SHUT UP" tu hanya buat masing-masing bertambah moody. Biasanya bila DIAM, pasangan gaduh tadi akan lebih melt sebab dia mesti macam.."err..diam je, alamak, aku over ke tadi?" And bila dah cool down sikit nada suara tu, bolehla berkomunikasi dengan lebih tenang, kan?

So, hanya berdasarkan scenario mudah tadi, kita dah nampak yang tanggungjawab dalam perhubungan ni bukan mudah. Lagi-lagi kalau dah ada ikatan. Aku rasa sesiapa pun dalam dunia ni tak nak berada dalam perhubungan yang menyakitkan , kan? Semua nak disayangi. Semua nak bahagia. Tapi, kadang kala kita ni lupa, adakah kita turut memainkan peranan dalam mendapatkan perhubungan yang diingini?

Bukan main-main bila dalam perhubungan tu, kena jaga hati DIA, kena jaga perasaan DIA, kena mengalah dengan DIA, kena macam-macam lah lagi bila melibatkan DIA.. dan bila kita dah meletakkan harapan ataupun komitmen untuk buat semua tu, confirm, kita pun nak dibalas dengan benda yang sama, kan? Sebab tu lah namanya PERHUBUNGAN.

So, Kita Couple?


Celarunya Lelaki..Adusss...

Ok, aku tergerak hati nak buat entry ni sebab aku baca blog DR-CKP-AFZAL-CUTE yang tajuknya "RUMITNYA WANITA" tu.. Heheheh... ok, aku faham view tu datang dari seorang lelaki. And, aku pun faham memang kebanyakan lelaki fikir macam tu. Well, entry aku ni bukan nak membalas-balas, just nak share dari view aku pulak, seorang wanita :-)

Sebenarnya secara umumnya memang wanita ni rumit! Aku tak nafikan. Tapi, sebab tu lah wanita ni istimewa. Kena jaga dengan penuh kasih sayang. Kenapa kasih sayang? sebab, apabila ada kasih sayang, mudahlah untuk kita memahami sesuatu. Aku tak nak ulas pasal pompuan yang tengok jiran dia beli kepala paip bilik air baru pun dia sibuk nak beli jugak, sebab aku rasa ada jugak spesis lelaki yang "eh, dia ada 2 awek, aku pun kena ada jugak". Itu attitude ikut kata syaitonnnnn!!!! Akku just nak elaborate sikit pasal apa yang "rumit" tu.

Aku rasa, kebanyakan perempuan akan setuju kalau aku cakap "memahami kami adalah yang terbaik!". Kenapa? sebab bila kaum ADAM boleh memahami sifat kami, kami tak akan melawan sesuka hati. Contoh, segelintir lelaki selalu cakap yang " wanita ni aku tegur salah, tak tegur, laaagggiii salah. Habis camne? Hurmm, kalau dah merajuk tu, aku call tak angkat, sms tak reply...Lantak kau lah. Nanti dah sejuk tu ok la."

Well, bukan macam tu sebenarnya. Kadang-kadang, kami ni nak ditegur dengan cara hormat, bukan dengan lawak-lawak kasar ataupun dengan gaya buaya...meluat tau! Itu yang kalau ditegur tu kami buat derkkk je. Lagi-lagi kalau dah si ADAM ni kesayangan si HAWA, tegur tu cube tegur dengan cara paling diplomasi and sabar...A BIG MISTAKE la kalau korang langsung tak tegur! Sebab, si HAWA akan rasa macam "eh, dia ni tak kesah ke dengan aku? tak prihatin ke perasaan aku?"

Kalau bab merajuk, memang wanita champion! Itu memang hak ekslusif seorang wanita. Aku rasa, ini yang segelintir lelaki sukar nak faham. Kalau lah kaum ADAM ni boleh faham dan berusaha untuk faham, memang senanglah hidup dorang. Ada wanita bila merajuk dia hanya nak kan kata-kata pujuk, ada wanita pulak, dia hanya nak bersendiri sekejap, ada wanita pulak mungkin boleh dipujuk hanya dengan MILO ais yang si ADAM buat ! Kata kuncinya disini, cubalah untuk faham.

Yang sebenarnya, aku rasa lelaki juga boleh buat wanita pening. Contoh, ada lelaki akan terang-terangan cakap kat wanita tu yang dia tertarik dengan wanita tu. Tapi lepas tu macam main tarik tali. Kadang-kadang si wanita ni tertunggu-tunggu bilalah si lelaki ni call, bila nak sms, kata tertarik tapi sekarang buat tak tau. Nanti bila si wanita dah agak tawar or keras hati, tiba-tiba si lelaki muncul dengan kata-kata manisnya, bergayut berjam-jam and tiba-tiba next day or untuk 3-4 hari berikutnya..senyap je! Haih!! Pening jugak, kan?

So, apa yang boleh aku simpulkan di sini, lelaki dan wanita memang tak sama. Fizikal tu dah sah la, tapi dari soal hatinya, masing-masing kena belajar dan berusaha untuk memahami dan berusaha untuk lebih difahami. Nampak mudah, sukar nak laksana TAPI worth it dicuba!

Wednesday, June 22, 2011

Kerja kerja lalalala!!

Lately ni banyak betul benda yang aku kena fikir and kena buat. Of course lah pasal kerja, kan? Entah kenapa la aku secara tiba-tiba ada banyak benda nak diputuskan dalam 2 minggu ni. Dokumen nak semak and sign tu tak payah cakap la. Kalau aku buat tak nampak je masa staff hantar masuk bilik, masuk 3 jam sure dah tak nampak aku kat dalam bilik tu. Emm, aku rasa aku ada simpan picture files yang aku kena tengok hari-hari.. Mana ekk...
Ok, ni picture lama and files yang warna biru tu files bicara. Yang atas rak tu, files yang dah sign. Basically, lebih kurang mcm tu lah yang aku hadapi setiap hari. Owh, untuk sign files ni, bukan boleh sign je terus.. Kena semak and amend kalau perlu. Tapi aku syukur sebab satff aku cekap. Dorang dah buat the first checking and highlight mana-mana yang tak betul. Then, aku tinggal semak balik especially berkenaan isu undang-undang.

Selalunya kalau aku nak kena buat keputusan untuk sesuatu kes, aku akan mula buat petang-petang start dari 3.30 petang. Kenapa? sebab biasanya time tu aku dah habis dengar kes. And kadang-kadang staff aku buat air untuk minum petang heheheh...

Tapi, nak dapat mood nak buat keputusan tu...susah jugakla untuk aku. Lagi-lagi bila tau kes tu complicated, banyak document and bosan.. Mati kutu aku nak cari mood nak mula! Nak baca memang senang, nak putuskan memang suffer sikit la. Kadang-kadang straight forward sangat pun aku keliru. Ye la, macam "eh, benda camni pun korang nak Court decide?".. Tu yang penyudahnya, aku kena baca berulang kali sebab manalah tau ada miss something...

Well, aku tak mengeluh, aku syukur sebab aku ada kerja nak dibuat... :-)

Thursday, June 16, 2011

Tetibe Suke...Awwww!

Ok, malas nak mukadimah panjang-panjang. Malam semalam aku pegi tengok "KL GANGSTER" .Sape nak gelak,sila gelakkan.Gelakkanlah aku, gelak..gelak..gelak...! Cis! Tak baik tau. Aku tau aku tak tengok cerita Melayu sangat, apatah lagi la filem Melayu.. Tapi, ada la jugak yang aku layan sebab aku nak tau kenapa filem cam ni boleh kaut juta-juta? Mesti ada sesuatu,kan? So, atas dasar tu, aku pegilah tengok KL Gangster tu..

OMG!!! AKU SUKA CITER DIA!!!  Action dia best, bunyi pun best and watak-watak dia Pergghhh!!Boleh buat korang nak sign borang join jd gangster gak la kalau ada muka-muka camtu hahahah... Fine, aku tau akan ada yang cakap "eleh, apa sangat la,action penipu tak hengat??" Well, aku tak kisah sebab aku tau tak semua cerita perfect. Tapi, yang ini boleh dibanggakan. Meh, aku tunjuk skit watak-watak dalam KL Gangster ni.

  Nah, kasi satu poster dulu utk dilayan. Walaupun Aaron Aziz a.k.a Malik hero utama dlam citer ni, aku lagi suka Ady Putra a.k.a Jai a.k.a adik Malik. Hot weh.. 
And aku suka gak watak mamat yg pakai baju hijau kuning belah dalam tu. Watak Ajib kot namanya. Sempoi. Ayat dia suka guna "sengat". Ada part akhir tu, aku ingat dia mati dah, rupanya hidup lagi. Siap bole kuar ayat lawak lagi hahahaha !! Si Ajib ni baik, slalu back up Malik.

 "Malik" (picture from limauais.com)
Aku tau ramai yang cair dengan dia since Nora Elena kuar. Tapi, sorry ek, aku tak tgk Nora Elena. Kecairan aku pada dia sbb dia cam cool je dlm filem ni and lawan pun macho. Cuma, muka dia mmg tak bole jd jahat la. Tak sampai feel jahat tu kat aku.

 Aww... tak mampu nak kata apa dah.. melt mcm chocolate M&M dalam mulut..

 Yup, pujaan hati aku semenjak malam tadi selepas nonton wayang ini. Pada aku, aku boleh rasa la ke"saiko"an dia. Giler tapi hot.Body Best. Gaduh-gaduh tak takut mati. Ada ayat dia "wa tak takut mati,tapi wa tak nak mati lagi" Kellas!!! Ada satu part tu, dia jalan-jalan kat kaki lima, pastu ada 2 budak tido kat kali lima tu. Memula dia jalan terus je, pastu dia patah balik, tengok budak tu, bagi duit dalam RM100 kot(masukkan kat poket budak tu sebab budak tu tgh tido) and selimutkan badan budak tu betul-betul. Huh, GUA TERHARU...

 Hah, asal mamat ni kuar je aku gelak. "abang Long Dil hahahahahah!!!" Lu memang terbaik la Zizan! 

 Emm ni kira watak paling jahat la. AKu tak tau nak komen apa ngan watak dia ni. Agak menyampah dengan cara dia bercakap tp tatu dia cool dalam citer ni.

Overall, aku rasa puas hati la dengan cerita ni. Di sebalik Gangster dia tu, ada motif yang cuba di sampaikan. Dan semuanya atas penerimaan kita. Kalau kau dah memang tak gemar cerita Melayu, tak payah la tengok. Tapi, kalau mcm aku yang jenis nak tahu dan tak salah rasanya untuk aku bg sokongan, aku tak rasa rugi bayar tiket wayang :-)

Aku tinggalkan korang dengan watak kegemaran aku:-)
 

Monday, June 13, 2011

Entry Bosan

Apa perasaan korang kalau korang baru dpt tahu sesuatu yang menyakitkan hati TAPI tak boleh nak buat apa-apa?



Sesape ada jawapan, tolonglah jawapkan.

Sunday, June 5, 2011

Meruntun Jiwa



Enough Said...

Semangat! Semangat! Semangat!

Okey, itu adalah kata-kata semangat untuk diri sendiri supaya menulis dalam blog ni. Aku ni ADA banyak benda nak ditulis tapi masa menulis tu sangatlah terhad. Okey, i know bunyinya sangat POOOYYOOOOOO, kan?? Tapi, itu realitinya! Well, tak mau cakap banyak, sekarang ni aku nak cerita pasal CINTA :-)

Dalam hidup ni aku rasa benda yang paling dekat dengan diri, jiwa, minda kita adalah CINTA. So, topic CINTA aku ni aku nak share beberapa perkara kreatif yang kita boleh buat sebagai tanda CINTA kita kepada seseorang yang kita CINTAkan tu. Aku buat secara general je, so mana yang boleh pakai tu, pakai la ye..

Tulis Nota
Hah, ni bukan tulis nota nak exam ke apa. Ni tulis nota kecik-kecik untuk diberi kepada orang tu. Contohnya, korang buat la kata-kata puitis ke, kata-kata cute-comel ke or kata-kata apa-apalah yang BEST dan yang paling PENTING IKHLAS dari dalam hati. Buatlah untuk seminggu or sebulan and bagi kat dia ikut hari. Faham tak?Camni, katalah korang start dari 1hb hingga 7hb, korang tulislah kat luar nota tu tarikhnya. So that biar dia baca ikut tarikh. Camne nak bagi hari-hari kalau berjauhan? heheh itu atas kreativiti sdri. Salah satu caranya korang pos sume tu sekaligus tapi suruh dia bukak ikut hari. Tak pun korang upah Pos Malaysia je la :-)

Call/SMS/MMS
Okey aku tahu ramai yang buat benda ni TAPI apa yang aku maksudkan kat sini adalah something yang diluar kebiasaan. Katalah korang slalu call dia pukul 8.30 pagi, apa kata sesekali call waktu lain. YES!! SURPRISE kan dia :-) Hah, kalau SMS pulak, sesekali tu SMS la kata-kata motivasi or yang comel-comel and yang boleh buat dia rasa terharu or happy. Kalau boleh MMS lagi suwiiitttt!!!

HADIAH
No no no no.. ni bukan bagi hadiah harijadi or anniversary ke 30 hari or yang sewaktu dengannya. And bukan jugak hadiah yang mahal-mahal (kalau korang mampu, tak salah la..). Ini lebih kepada yang akan keluar reaksi "eh, you bagi hadiah sempena apa ni? (dengan muka blush)" hehehe.. Ala tak perlu yang mahal.. Yang penting ingatan dan ikhlas. Contohnya korang tau dia suka tudung selendang, so belikan dia (bukan mahal pun, yang RM10 pun belambak yang cantikk!) tudung selendang tu and pos laju ke tempat dia. Sure dia senyum sampai ke belakang kepala hari tu :-)

KELEBIHAN DIRI
Katalah korang pandai bermadah pujangga, pandai main gitar ke, pandai nyanyi ke, pandai masak ke...Haaa... inilah masanya. Gunakan kelebihan korang tu untuk menyemai perasaan CINTA korang tu. Sesekali call dia malam-malam tu and mainkan lagu yang dia suka dengan gitar korang tu, sure dia cair.. Atau kalau rasa berani terlebih, korang rekod and upload ke YOUTUBE!!

KELAINAN
Kalau selalu korang keluar makan and tengok wayang, apa kata sesekali korang ajak dia pergi rumah anak yatim ke, joging kat taman ke (AKU CAKAP JOGING YE! KALAU JADI BENDA LAIN, AKU TAK NAK TANGGUNG.)  atau ajak dia pergi dengar ceramah-ceramah keagamaan atau motivasi. Motif?? Supaya korang berdua lebih kenal antara satu sama lain and realize bahawa dalam perhubungan ni korang adalah serius dan nak share semua benda dengan dia. Bukan hanya setakat bersuka-ria. Faham???
    
So far aku rasa, inilah benda yang aku boleh share dengan korang. Cukuplah dulu. Nanti kalau ada tips-tips lagi, aku share kat sini :-)