Tuesday, February 22, 2011

Untuk Cinta Hatiku, Syurgaku di Dunia dan Akhirat...

Sayang...entry kali ni I buat khas untuk sayang... 

Kita begini di saat ini
Kita begini di ketika ini
 Kita berjauhan semasa hari lahir sayang
Hati ini sedih
Hati ini pilu
Hati ini terguris
Hati ini menangis

I nak sayang tahu
I harap sayang faham
I harap sayang mengerti
Jarak yang jauh ini bukan kemahuan kita
Jarak jauh ini bukan kehendak kita
Kita terpisah kerana takdir
Kita terpisah kerana inilah cabarannya...

Untuk pertama kalinya kita tak mampu
Untuk pertama kalinya kita tak bisa
Bersama mensyukuri ulang tahun ini
Bersama menghargai ulang tahun ini
Bersama bergembira di atas rezeki umur ini...

Sayang
Semoga yang terbaik menjadi milik sayang
Semoga yang indah sentiasa bersama sayang
Semoga yang diimpikan termakbul untuk sayang

Sayang
I akan sentiasa ada untuk sayang
I akan sentiasa setia kepada sayang
Rindu ini
Kasih ini
Cinta ini
Hanya untuk sayang
Dulu
Kini
Hingga selamanya
Ini janji I
Ini jawapan I
Terhadap janji yang sayang lafazkan
Saat terpatri ijab dan kabul
Saat tersimpul jiwa dan raga
Saat bersatu kasih dan cinta
Kita bercinta sampai ke syurga...

Sayang belahan jiwaku, sahabat, kekasih, suami tercinta..
Selamat Ulang Tahun
buat kesekian kalinya...

Anum sayangkan abang...

Monday, February 21, 2011

Mari Bersenam!

Okey, aku tau bila sebut pasal bersenam, ramai yang cakap sebab nak kurus. Hei, walaupun aku ni kategori 3G a.k.a Gebu, Gebus, Gebuss muahahahah... tak semestinya bila aku nak bersenam tu sebab nak kurus tau! Aku bersenam sebab aku takut. Takut apa?? Yelah sekarang macam dah satu trend yang mereka dah masuk 3 series age ada sakit jantung, kencing manis, strok etc... Takut weh..takut.. anak aku baru sorang. Tu pun kecik lagi.

So, sekarang ni, aku memang berusaha la menjaga makan dan bersenam tiap-tiap malam! tak tipu weh! Memang la tak jadi supermodel tapi so far aku rasa bila berpeluh ni, badan jadi ringan dan tak mudah nak penat walaupun traveling tiap-tiap minggu Utara-Kajang adalah sangat memenatkan! kalau tak percaya, sila try buat macam aku tiap-tiap minggu selama setahun.

Sebelum ni bukannya tak exercise, tapi tak kerap. Makan pun tak la control sangat. Kalau dah makan roti, makan lagi nasi, mee...Waaa...banyak betul karbohidrat rupanya..

Kalau korang ada idea yang best untuk bersenam, meh la share dengan aku. Aku?? aku suka follow Paul Eugene. BEST! korang try je cari dia kat youtube, confirm jumpa! Steps dia tak susah, instruction clear and yang paling best, TAK BOSAN! Si Paul ni pun happening je time ngajar. Okey, meh aku share salah satu VC dia yang aku duk follow.

 

Ha..try la. Sure berpeluh! Mari kita bersihat -sihat bersama :-)

p.s korang try ikut makcik sebelah kiri video ni, semangat weh!

Monday, February 7, 2011

Bagilah saya menang...please..please..please..kamu memang comel.. :-D

Hari tu aku belek-belek satu magazine ni. Konon-konon nak cari ilham untuk bergaya ke majlis kahwin housemate aku kat Baling. Dia dah pesan suruh pakai tema colour purple. So, aku ni konon-konon nak matchkan dengan perhiasan yang tak seberapa nak ada ni. Mula-mula plan nak pakai rantai labuh yang bling-bling tu. Ala yang macam ni...

Tapi... bila dah diganding-gandingkan dengan baju yang nak di pakai tu..Tak VOUGE la pulak...Dah la tetibe dari baju purple terus tukar ke baju PINK! Masa tengah cuba-cuba matchkan baju dengan aksesori tu, BB aku blink-blink tanda ada notification kat FB aku. So, aku check and...YES!!! Pucuk di cita, dapat sekali dengan ulam la kan...Kawan seblogger aku Datin Seri Riny telah men"TAG" aku untuk contest ini... Awww.... SUKA SANGAT!!!!!

Okey, walaupun aku adalah blur + first time nak join benda-benda macam ni... aku adalah SANGAT EXCITED!!! Yelah, korang tengok picture ni dulu...



ha..nampak tak..nampak tak?? nampak tak perkataan warna merah bertulis PEARL tu??? Confirm sangat match dengan apa-apa baju pun! 

Okey, aku mula-mula blur tak tau nak buat apa tapi setelah mem"blogwalking" ke blog Cik Moon ni, barulah aku faham apa nak kena buat. So, inilah hasilnya...

KENAPA AKU JOIN GIVE AWAY NI?
  • Sebab nak cuba nasib untuk menang PEARL tu.Kalau lah dapat...boleh buat apa-apa aksesori yang berasaskan PEARL
  • Sebab PEARL ni aksesori yang takkan expired. Kalau 50 tahun akan datang pun PEARL still "in"
  • Sebab nak feeling artis yang selalu dapat tajaan pakai PEARL @ Rafflesia time ada award atau anugerah apa-apa. Nak tunggu orang taja aku memang tak la kan...So, kalau menang ni, bolehla perasan skit. Yela, bergaya tanpa keluarkan duit hehehe..I LOIKE!!!!
  • sebab kalau aku tak menang pun, tapi Datin Seri Riny yang menang, aku boleh cube-cube pinjam dengan dia kalau kitorang jumpa kat mana-mana event (bulan 3 ni ada conference heheh..) sambil cakap "Datin Sri Riny, pinjamla..aku pun join gak" :-)

SAYA NAK PEARL COLOUR PUTIH, BOLEH?
  • saya nak colour putih sebab banyak baju kerja saya colour hitam dan kelabu
  • baju tak kerja pun banyak yang bercolour-colour warna warni dan sangat match dengan PEARL putih
  • putih nampak classic di mata saya
  • saya berharap seri warna putih di PEARL itu sikit sebanyak membantu muka saya yang tak berapa nak putih ni berseri-seri dan nampakla cerah sikit...
Ermm... masa menaip entry ni pun memang dah terbayang-bayang PEARL tu. Tapi, aku ni tak la buruk perangai. Aku nak la bagi peluang kat orang lain juga untuk cuba nasib. So, dengan ini aku akan men"tag" insan-insan ini :-


Jadi, jomlah kita ramai-ramai memeriahkan Give Away ni. Ala, kalau tak menang pun, kita boleh menambah kenalan, kan???

Tapi Cik Moon , bagilah saya menang... ;-)