Tiba - tiba teringat menu ni, Kerabu Jantung Pisang. Hari tu buat kerabu ni rasa mcm tak cukup (echewah, konon - konon sedap sangat la tu!!!). Alhamdulillah, sebiji jantung pisang tu, habis dimakan kami bertiga (me, the other half and sis in law).
So, ni nak tulis lah resepinya dalam cara yang paling mudah. So, kalau-kalau terlupa cara nak masaknya lepas ni, boleh lah refer balik kat blog sendiri. Hahahaha...
Okey, presenting...
~KERABU JANTUNG WARISAN MOK~
Bahan-bahan:
Jantung Pisang (dicelur selepas kulit luar yang keras dibuang)
Bawang merah (dikisar)
Serai (dikisar)
Lada Hitam (dikisar)
Ikan kembung/Selar (direbus dan kemudiannya diambil isinya)
Kerisik
Santan (agak-agak mencukupi untuk di gaul sebati dengan jantung tu)
Gula
Garam
Limau nipis
Cara-cara :
1. Jantung pisang yang dicelur tu kemudiannya dihiris halus-halus dan ramas-ramas agar air kesan daripada celuran tadi keluar.
2. Santan kemudiannya dimasak dalam periuk, atas api yang perlahan dan sambil itu masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, kerisik dan ikan rebus.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Bila dah masak, tutup api dan gaulkan dengan jantung tadi.
5. Perahkan sedikit limau nipis dan gaul rata.
Okey, untuk amaun bahan-bahan yang digunakan, aku sengaja tak letak sebab kena berdasarkan jumlah jantung pisang yang hendak dibuat kerabu. TETAPI, lada hitam dan serai tu janganlah banyak sangat sebab nanti lain pula rasanya.
Sorry, takde gambar sebab teruja nak makan sampai lupa ambil gambar!!
Happy cooking :-)
No comments:
Post a Comment