Semalam aku dan 3 orang staff pergi ke Padang Besar, Perlis. Tujuan?? Mestilah shopping, kan?? Hubby awal-awal dah pesan minta dapatkan jersi MU yang terbaru dan musim lepas punya sebab dia nak buat koleksi. Aku pula, lebih kepada nak meninjau-ninjau dan mungkin membeli brooch untuk di beri kepada family sempena raya ni.
So, perjalanan kami bermula awal pagi (7.30pagi dari rumah,jumpa 2 orang satff kat opis, stop amik staff kat Jitra pukul 8.30 pagi) sebab tak mahu sampai tengahari, bersesak dengan orang dan nanti tak larat terus nak berbuka puasa. Sepanjang perjalanan tu, okey and bila dah masuk je kawasan ladang tebu tempat shooting KL Menjerit tu, cantiknya... Luas betulladang tebu tu. Dan aku ada nampak dekat satu roundabout tu yang ada tulis kawasan tu adalah kawasan paling panas di Malaysia dengan suhu maksimum pernah dicatatkan adalah 41 darjah celcius. Kawasan tu jugak diiktiraf sebagai kawasan ladang tebu terbesar di Malaysia. Malangnya aku tak dapat berhenti nak bergambar kat situ.
Kami sampai dalam pukul 9.45, dan kedai-kedai masih banyak yang belum dibuka, sedang dibuka dan adalah sikit yang dah dibuka.So, selepas mencari tempat parking yang strategik, kami memulakan misi berjalan merayau-rayau mensurvey apa yang best.
Okey, dekat sini memang banya barang-barang yang pirated dan yang dari Siam. Daripada makanan sampailah kepada Pakaian. Mula-mula tu kami berjalan bersama-sama, tapi lepas tu semua dah membawa langkah sendiri sebab terlalu leka dengan apa yang nak dibeli.
Barang pertama yang aku beli adalah cincin suasa dan gelang celup emas untuk Nousha. Alah, budak-budak, mana boleh pakai emas yang betul-betul sebab nanti hilang rugi je. Tambah-tambah lagi Nousha tu buasnya...adoi!!! pening jugak melayannya. Tapi jangan pulak ada yang gatal mulut nak kata semua barang kemas yang di badan Nousha (dan aku sekalilah) semunya yang celup emas!! Ermm.. okey, berbalik kepada cerita Padang Besar ni. Lepas beli tu, aku pula menjalankan misi mencari jersi untuk suami tersayang. Staff - staff aku entah ke mana dah menghilangnya. Jadi aku pun berjalanlah dari satu kedai ke satu kedai.
Sepanjang misi aku mencari jersi untuk hubby, aku perhatikan memang banyak kedai yang jual barang-barang kemas, tak kiralah saduran emas atau emas putih atau silver ataupun kristal-kristal yang mengerlip tu. Yang bagusnya, barang-barang kemas ni nampak sangat ekslusif, design yang terkini dan nampak sangat ORI!! Yelah, dari segi kehalusan, ketelitian dan ketebalan tu, memang tak ada beza sangat dengan yang original. Dan rata-rata yang jual barang-barang ni bagitahu bahawa barang-barang ni boleh dicelup balik di mana-mana kedai emas sekiranya saduran tu dah luntur. Pada pendapat aku, bagus juga sebab tidak semua orang mampu nak beli yang original tapi teringin sangat nak pakai. Dan satu lagi, kalaulah kena ragut, kecurian atau kehilangan, tak lah ralat sangat sebab harganya sangatlah murah. Bila aku tengok barang-barang kemas ni, aku teringat juga kat barangan Zhullian yang menawarkan konsep serupa tapi dengan harga yang jauh lebih tinggi. Aku rasa, kalau macam ni lah gayanya, aku lebih prefer yang murah, hehehehe...
Aku pun dalam masa yang sama mencari-cari jersi untuk hubby. tapi malangnya kualiti yang ada (sebenarnya tak banyak choice pun T-T) tak berapa bagus kalau nak dibandingkan dengan yang aku pernah tengok di Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur atau at least wakaf Che Yeh. Setelah berpusing-pusing keluar masuk kedai, aku pun belilah satu jersey MU yang design terbaru (wek tak cantik!!) untuk hubby.Gred A tapi kualiti?? Tak bagus sangat, tapi at least ada la. Kalau di belah Kelantan, boleh dapat sampai gred AAA. Sorry sayang, I dah cube cari and that's the best I jumpa. Takpe, nanti kita pergi Al'Ikhsan ok?
At the end of the day, aku tak la membeli banyak sangat. Just a few item for my family. As a conclusion, aku rasa Padang Besar, tu ok lah... :-)
p.s : next time aku cerita pasal handbag yang dorang jual kat sini :-0
No comments:
Post a Comment