Sunday, August 22, 2010

Saya Naik Bas Baru, Yeay!!

Actually, citer ni dah basi, tapi tak tertulis dalam blog ni sebab tak ingat kat mana aku letak gambar-gambar yang diambil. Memandangkan sekarang dah ingat bolehlah aku tulis dalam blog ni.

Nak dijadikan cerita, aku tak tahupun pada hari aku nak balik KL tu ada perasmian bas Shamisha. Tapi yang aku perasan, "wakil-wakil" penjual tiket yang selalu berlonggok depan tangga tu tak seramai biasa. Lepas tu aku ternampak ada 2 biji bas Shamisha yang cantik, siap ada belon lagi. Wah, teruja sakan tengok belon kat bas cantik.

So, aku pun pergilah dekat terminal and rupa-rupanya ada perasmian Kempen Membeli sambil Menderma. Kiranya, sambil membeli tiket bas Shamisha tu, dapatlah pakej menderma sekali.

Majlis tu menjemput YB Kedah sebagai tetamu kehormatnya. Pertama kali sebenarnya aku tengok satu majlis rasmi dibuat di stesen bas. Sampaikan dalam ucapan perasmian ada dinyatakan "selalu saya berucap depan manusia, tapi hari ni berucap depan bas". Hehehe... comel je ayat itu.

Majlis berlangsung lebih kurang 15 minit dan lepas tu, aku boleh naik bas tu nak balik KL. Okey, sangat teruja sebab dapat naik bas yang sangat baru dan duduk tingkat atas DEPAN SEKALI!! Oh ya, bas Shamisha ni, kebanyakannya bas baru. Ada yang setingkat dan ada yang 2 tingkat. That's why tadi aku tulis bas yang sangat baru. Lepas tu, masa dah duduk tu, ada pula wakil dari syarikat Shamisha tu naik atas bas dan bagi-bagikan kuih (satu polisterin) dan air mineral. Best weh, dapat makanan free :-)



Bas baru...


Berucap


ada banner lagi..

Kesimpulannya, ini pengalaman baru aku yang tengok satu majlis perasmian di stesen bas. :-)

No comments:

Post a Comment