Sedar tak sedar Ramadhan dah hampir tiba. Agak berdebar-debar dan sayu hati nak sambut Ramadhan kali ni.Maklumlah, kali ni aku berjauhan dengan family tersayang. Tapi, Ramadhan yang pertama tu memang aku ada dengan mereka kat sana.
Teringat pulak last year punya Ramadhan , kami bertiga celebrate dekat hotel Palace of Golden Horses.Sangat seronok dan memanjakan diri... Petang sebelum malam Terawih tu, kami semua berendam dalam kolam renang puas-puas. My Nousha pun memang suka lah sangat. Lagi best sebab at that time TAK ADA orang (sebab bukan hujung minggu). So, buatlah kolam tu macam kolam sendiri.
Lepas tu untuk sahur, banyak betul makanan.Macam berbuka pulak. Kami memang tak ada masalah bangun pagi tu sebab Nousha pun ikut sama bangun sahur.Jadi tak perlulah sorang turun ke cafe makan dan sorang lagi stay dalam bilik jaga anak.Masa kami sahur tu, ada jugalah dua tiga keluarga Muslim yang sama-sama bersahur.
Untuk tahun ni, aku dah cakap dengan the other half, untuk sahur di rumah je. Yelah, kenalah guna masa yang ada ni sebaik-baiknya.Tak tau lah apa nak masak untuk sahur sebab biasanya kami ni tak rajin sahur (err..sebenarnya aku yang tak suka sahur, setakat makan kurma dan minum air dah cukup). Tapi nantilah, nak tanya the other half apa dia nak makan untuk sahur pertama ni.
Eeee...tak sabarnya nak berpuasa..
No comments:
Post a Comment