Wednesday, March 30, 2011

Mengapa Perlu Begitu???

Sepanjang aku berkerja ni, aku sedar ada satu budaya yang aku rasa akan ada di mana-mana je. Budaya mengadu. Aku tetibe nak membebel pasal ni sebab aku teringat satu peristiwa yang berkait dengan apa aku nak cerita ni. Bukanlah nak menyibuk atau ambil kesempatan, aku just nak share dekat sini pandangan aku tentang budaya mengadu ni.

Antara contoh yang aku boleh ingat, bila bos masuk opis pagi-pagi, tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni akan masuk jugak bilik bos and mulalah bercerita panjang and lama-lama dalam bilik bos. Kalau sekali-sekala mungkin betullah dia nak melaporkan sesuatu. Tapi kalau dah hari-hari, tak kan nak bercerita kisah Pak Pandir atau melaporkan sesuatu jugak?  Pelikkan??

Okey, mungkin ada yang akan cakap aku ni negatif sangat bila bagi contoh macam tu. Tapi, dah namanya pun contoh, kan?? Mungkin ada yang lebih teruk, kita pun tak tau, kan? Biasanya orang yang mengadu domba ni senang nak cam, senang nak kenal and senang nak mark! Tak kisahla samada dia buat tu terang-terangan atau senyap-senyap. Confirm orang akan tau!

Aku nak share sikit lah ilmu yang tak seberapa ni. Manalah tau korang nak nasihatkan kat sesiapa yang berkenaan tu kan. Macam ni,  disebutkan dalam satu hadis, yang diriwayatkan dari sahabat  Huzaifah r.a bahawa tatkala dia mendengar ada seorang lelaki yang suka mengadu domba lalu dia berkata saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "tidak akan masuk syurga seseorang yang suka mengadu domba"

Malahan dalam surah Al Hujrat ayat 6 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "wahai orang-orang yang beriman jika datang seorang fasik membawa satu berita maka selidiklah untuk menentukan kebenaran supaya kamu tidak menimpakan suatu kaum dengan perkara yang tidak diingini disebabkan kejahilan kamu sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan"

Jelas kan?? Si pengadu dah terang-terang hukumnya apa, yang menerima cerita pengadu tu pun kena fahamlah tanggungjawab dan peranannya dalam menangani sikap si pengadu ni. Yelah, senang cakap, janganlah korang terima bulat-bulat apa yang diadukan tu.

Aku pun sebenarnya sangat tak faham kenapalah ada orang suka mengadu-ngadu ni. Apa faedah yang dorang dapat. Okey, fine utk yang memang busuk hati tu, mungkin dah tabiat dorang. Tapi..... TAK TAKUT MATI KE ??? Aku saje letak MATI sebab kadangkala kita lagi takut mati dari takut dosa.

Aku sendiri pun pernah ada experience menjadi pendengar orang suka mengadu ni. Seriously, rimas! Jangan harap aku nak layan. Tapi takdelah aku marah-marah dia, kadang-kadang aku dengar je, kadang-kadang aku cakap "iye???" dengan nada perli sebenarnya, and selalunya aku buat-buat busy (taktik paling berkesan adalah bunyikan handphone sendiri konon-konon ada orang call). At the end of the day, lama-lama orang tu fed up nak mengadu dekat aku. Hahahaha!!!

Well, aku rasa setiap daripada kita kena main peranan la supaya budaya ni tak berlarutan. Tapi kalau dah tak boleh sangat, kita biarlah si luncai tu terjun dengan labu-labunya...

No comments:

Post a Comment