Wednesday, March 30, 2011

Conference

Last weekend aku dan boleh dikatakan semua yang dalam satu perkhidmatan dengan aku berkampung di A'Famosa Resort Melaka untuk satu persidangan. Persidangan ni diadakan 2 tahun sekali dan biasanya akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerja.

Aku rasa tak perlulah aku cerita apa intipati persidangan tu tapi secara amnya ada ada perbincangan, ada treasure hunt dan of course la..ada persembahan. Masa hari pertama sampai, kami check in dan boleh dikatakan kami semua dapat condo. Masa register ni tak boleh nak pilih-pilih kawan, sebab pihak jawatankuasa dah aturkan semuanya. Aku tak kisah pun sebab pada aku nilah masanya kita nak berkenal-kenalan dengan pegawai-pegawai negeri lain. Alhamdulillah, aku dapat se"condo" dengan orang yang aku kenal. Heh, tapi dorang tak duduk pun situ sebab nak duduk ikut negeri bertugas sebab nak prepare untuk persembahan. Senior aku ajak aku duduk dengan dorang tapi aku dah malas nak angkut beg. So, i conquer the condo with another 2 officers from Perak..hehehe..

Aktiviti malam pertama adalah BBQ kat Safari Park. After makan-makan, pergi hall kat club house untuk talk. Adoi...penat badan, penat otak. Gitu gini, adalah dah dekat pukul 12 baru settle. Then, next day ada talk lagi, sebelah petang dalam kul 4.30 plak ada treasure hunt and sebelah malamnya ada persembahan. Aku tak join persembahan. I kan pemalu.. heheh..(poodahh!!!)

Hari last tu, ada talk (lagi) and habis lebih kurang pukul 2.30 petang. Penat weh... Masa last session tu aku ngan senior-senior aku dah macam blur and tak boleh nak terima input lagi dah. Nasib baiklah kitorang duduk belakang, so bila dah mengantuk sangat and bersembang-sembang tak la obvious sangat di mata dan telinga bosses hahahah!!

Secara overall nya, banyak benda yang aku belajar masa conference ni. Owh...gosip-gosip hangat pun tak ketinggalan ek...(walaupun aku tak kenal dan tak faham apakah gosip tu hahahaha). And, aku tak banyak sangat ambik picture. Yela, kang orang lain duk dengar talk, aku plak gedik duk bergambar-gambar heheh.. So, apa yang ada ni, bolehlah aku share skit..

 aku duk berangkai dengan senior-senior ni la....

 ni masa treasure hunt, susah gak main ni.

 siap suh jalan zig zag tu...

 ni masa nak jawab soalan dr YAA CJ kami..group kitorang guna "talian hayat" hahahah

 group kami antara yg habis awal! yeay!!

 YEAY!!!

 with our YAA CJ Tun Zaki. He's very sporting that night!

 Another boss yang sangat sporting.. Puan Azimah :-)

me and my BFF-Amy, currently in Batu Pahat
  
The next conference??? Perhaps in another 2 years time..

No comments:

Post a Comment