Sape nak cantik??????????? Sape nak handsome?? Dalam dunia ni aku rasa semua orang nak cantik, handsome, bergaya dan kata-kata yang sewaktu dengannya. Buktinya? Huh, berlambak produk-produk untuk menuju ke arah tu dalam pasaran sekarang. Tinggal nak pilih je.
Aku tak nafikan, aku suka kepada kecantikan. Yelah, sape tak suka tengok benda cantik, kan? Kalau dapat tengok mamat handsome, mesti otak aku macam terfikir "mak bapak dia sure handsome, lawa" :-) Tapi setakat tengok je lah. Kalau lebih - lebih nanti jadi benda lain pulak.
Aku rasa kalau nak cerita pasal cantik ni, luas sangat topiknya. Cantik fizikal, cantik mental, cantik budi bahasa dan cantik macam-macam la. Untuk entri ni, aku nak cerita tentang cantik fizikal dulu. Bukan apa, memang tak dapat dinafikan yang fizikal tu akan menjadi tarikan pertama bila kita jumpa seseorang tu.
Cantik fizikal ni pun susah juga nak describe sebab lain orang lain definition dia tentang cantik. So, aku fokus secara am ajelah. Pada pendapat aku, semua manusia di muka bumi ni dilahirkan cantik. Kalau ada yang kata dia tak sempurna (contohnya buta atau sumbing), sebab tu dia tak cantik, aku menafikan sekeras-kerasnya. Mungkin bahagian tu dia tak cantik, tapi mungkin mata dia cantik? mungkin hidung dia mancung? Jadi, AKU TETAP MEMPERTAHANKAN BAHAWA SEMUA MANUSIA DI MUKA BUMI NI CANTIK!
Apa guna kalau hidung mancung, mata bulat, bibir merah TAPI mulut berbau? Apa guna kalau bangga sangat hidung mancung TAPI gigi berkarat sebab merokok? Kalau dah macam tu, memang tenggelamlah cantiknya. Jadi pada aku, biarlah mata sepet, dahi jendul, bibir tebal, asalkan kesemua bahagian tu dijaga dengan elok. Okey, saja nak share satu perkara. Aku pernah tengok orang hidung mancung TAPI bulu hidung terkeluar! Sangat loya okey... nightmare! Dalam keadaan macam tu, dah tak nampak dah hidung yang mancung tu. Percayalah!!!
Itu baru bab muka, belum lagi anggota-anggota badan yang lain. Untuk kaum hawa aku confirm ada 3 bahagian yang sangat bermasalah terutamanya kalau dah bersalin. Yup, perut, paha, punggung atau dalam erti kata lain "3P". Bahagian-bahagian ni memang sukar diuruskan. Dan aku sendiri mengalamai masalah yang sama. Yelah, korang imagine, kadang-kadang bila nak beli seluar, pinggang dah okey, punggung pulak masalah. Kalau nak beli blaus, part lain semua dah cantik kat badan tapi kat perut nampak bump sikit. Dilema tau!
Kadang-kadang aku hangin sangat sebab susah nak dapat seluar yang sedap dan selesa di pakai. Contohnya, kebanyakan jeans yang dijual sekarang low cut and mesti nak ketat-ketat kat punggung. Kalau masuk Levi's ke, Zara ke, memang susahla nak dapat size yang sesuai. Okey, mungkin aku jelah yang bermasalah macam ni, tapi it is still an issue, kan?
That's why aku rasa ramai orang yang obses dengan kecantikan sampai sanggup buat apa saja untuk nampak cantik. Aku rasa ramai yang pernah dengar cerita ada orang sanggup ambil kad kredit semata-mata nak sign up kat slimming centre! Adoi...ni memang penyakit. Elok-elok takde komitmen, dah terikat satu. Belum lagi yang sanggup buat pembedahan plastik TANPA ambil berat tentang risiko yang bakal dihadapi. Okey, aku tak cakap pembedahan plastik tu tak bagus. Aku pun tak anti sesiapa yang nak buat pembedahan plastik. Tapi, aku percaya setiap orang ada impian dan pegangan hidup masing-masing. Cuma tolonglah jangan sampai merisikokan diri sendiri!
Aku percaya ada banyak alternatif lain untuk dapatkan tubuh yang diidamkan. Contoh paling senang, bersenam dan kawal makan. Oh, jangan ingat bila kurus tu takde penyakit ye! Dah banyak contoh orang kurus kena serangan jantung! Jadi, berhati-hatilah dengan pilihan yang kita ambil, ok?
So, cukup dulu untuk entry pertama pasal cantik ni. Nanti kita cerita lagi, okey!
No comments:
Post a Comment