Thursday, October 4, 2012

My First Top 5

Aku gedik nak buat ni sebab aku baca blog ni . Tak mau cerita panjang. Jom.

# 1 : First time beli barang Tupperware
Ye, aku memang kedekut, old pesen sebab aku tak faham kenapa nak beli barang Tupperware? Mahal. Aku pakai cap biasa-biasa je. Tapi aku terjebak beli sebab opismate aku promote. And aku dapat harga member. Hahahaha..gila cheapskate. Aku mula beli tahun 2012, tahun ni lah. Hahahaha.. Entahlah, setakat nak simpan ikan, sayur, aku guna je bekas biasa. Beli kat Ikea la, Mydin la, Tesco la. Seru nak menukar kesemua bekas-bekas aku kepada brand Tupperware belum sampai. Eh tapi kalau ada sesapa nak bg hadiah, aku nak bekas beras tu. Ok?


# 2 : First time buat facial
Kalau org lain maybe buat facial tu satu rutin. Tapi aku, buat tu sebab mak aku suruh. Masa tu tgh pregnantkan Nousha and muka aku naik jerawat kecik-kecik. Sebenarnya tak perasan mana pun tapi sebab aku stress muka aku tak smooth macam selalu, maka mak aku bawak aku g facial. Ala, bukannya facial mahal tu, facial kat umah kawan dia. Hahahaha.. kawan dia tu skang ni dah bukak pusat facial, still yg biasa-biasa tapi ok lah kalau nak berfacial.  Perasaan berfacial? Sakit time dia buang jerawat kecik-kecik tu. Tapi takdelah nak pergi selalu sebab dah kata time tu pregnant, hormon je kot... Eh tapi lepas pregnant pun aku tak g buat facial. Aku rasa tak perlu, kot. Hahahahah dasar tak kesah.

# 3 : First time makan Meatball IKEA
Aku ni nama je membesar kat Lembah Klang. Nak harap aku tahu benda-benda best kat sini memang takla. Aku lagi suka memerap kat umah or harap org bawak. Lagi pun aku tak tau yg meatball IKEA tu glemer. Hahahaha.. So first time nya adalah tahun 2010. Opismate lama bawak. Aku pun pelik nape sebelum-sebelum tu kalau aku gi IKEA aku tak penah teringin nak makan meatball tu. Yang aku tau, cafe dia selalu penuh and aku memang cepat rimas kalau nak kena sesak-sesak. Maybe masa tu aku rasa ala..meatball je pun. Beli kat market pastu goreng sendiri pun boleh. Tapi bila aku dah makan tu, sedap. Tak kesah pun kena beratur bila teringin nak makan meatball tu. 

# 4 : First time ada perfume branded
Perfume branded aku yang pertama adalah Envy Perfume by Gucci, tahun 1999. Rasa cun je g skolah. Yela, slalu duk pakai bedak biasa je ngan Sweet Honesty, Avon tu. Kadang-kadang separuh budak pompuan dalam kelas aku berbau sama. Hahahahaha! So bila dpt pakai branded perfume, excited. Tapi aku takdelah nak pakai smp sebatu dah bole bau or tayang-tayang kat budak lain. Aku diam-diam je. Part paling best bila ada cikgu skolah aku tanya, "eh, awak pakai perfume apa ye, best la bau dia". Aku jawab la Gucci. Cikgu tu bole cakap, "ish, skolah-skolah dah pakai gucci. Membazir.". Sambil cakap sambil dia geleng-geleng kepala. Aku senyum jela. Bukan aku beli dengan duit kau pun cikgu.... Ayah aku yang belikan. And aku pun time tu dah skolah menengah, not something very new la cikgu... Org lain dah berkurun kot pakai. Just because namanya Gucci , terus nak kata membazir. Jeles ek cikgu?

# 5 : First time berkayak
First time aku berkayak adalah tahun 1999 kat Pangkor. Masa tu g holiday ngn family. Aku pun tak sure camne ntah aku boleh berani sangat nak kayak kat laut. Aku duk kat Nipah Bay, so aku start berkayak dari situ and ke pulau yang tempat duk snorkelling tu. Memula nampak pulau tu mcm dekat je. Oh ya, aku berkayak ngan adik aku. Hahahahah gila, budak tu tak reti berenang, dia terpengaruh ngn aku la tu. So, berkayak la kami. Sampai tengah laut dah letih. Tgk pulau nak snorkelling tu cam separuh lagi perjalanan. Nak patah balik pun nmpk jauh je. Dah tu takkan nak duduk je tengah laut? Adik aku cakap, kita lambai-lambai kat abg yg jaga kayak ni. Sebab masa nak mula-mula kayak, abg tu cakap, "takpe dik, kalau penat, lambai je, nanti abg tow dgn bot". So, kitorang pun lambai la. Eh eh, tengok-tengok, mak ayah aku lambai balik. Aku ngan adik aku dah gelak gila sebab mesti mak ayah aku ingat anak-anak dia saje nak lambai-lambai bgtau dah smp tengah laut. So, kitorang proceed je berkayak. Then ada few omputih duk berkayak gak. Dorang pun duk senyum-senyum and bg support suruh kayak. At last, berjaya jugakla kitorang berkayak tu walaupun mak aku cakap kitorang berkayak macam org mabuk. Hahahahaha..

So, aku rasa, cukuplah sudah Top 5 aku. Si Rai cakap aku kena tag kawan-kawan aku. Tapi aku tak reti nak tag dorang. So, kalau sesape yang baca ni, korang buat lah ek? Heheheh..

2 comments:

  1. aku baca takkan aku plak nak tag lagi sekali. letih aih buat dua tiga kali. kahkahkah.

    ReplyDelete
  2. teringat lak time 1st time kite berkayak.. giler kentang!! buatnye terbalik kayak tgh2 laut huhu.. ni semua gara2 paksa-rela.. but mmg best cz after dat mmg da berani buat actvt laut even juz tau beranang2 itik je.. jom kite kayak lg nak? hehehe

    ReplyDelete