Lately ni aku tgk ramai yg insecure dgn diri sdri, lalu cuba menutup perasaan tu dgn bersikap baik, ala-ala nerd, ostad atau ostajah wannabe dan mungkin juga naive. Dalam erti kata lain, kaulah manusia yg terakhir di planet bumi ni yg plg tak kesah atau yg plg bersangka baik dgn sume benda di sekeliling kau. Nak tambah drama skit, ala-ala sinetron Indon tu, kau ni ada ramai yang kagum puji dan sikit demi sikit secara tak langsung kau adalah idola segelintir manusia lain. Setiap apa yang kau buat, ramai yang sokong. Kadang-kadang benda tu tak masuk akal pun, tapi ramai yang kagum.
Aku boleh bg banyak contoh tapi sebab dah aku membebel dalam blog ni, aku bagi contoh dunia blogger. Aku memang suka baca blog, tambah lagi kalau blog tu tak buat aku stress. Kehidupan aku sehari-hari dah makin stress jadi aku cari jalan keluar salah satunya dgn baca blog org. Kadang-kadang aku sedar, blogger tu tulis merepek je, takde isi langsung. Merapu pun ada. Tapi aku continue baca. bukan sebab apa, sebab aku tak payah berfikir bila baca benda tu. Tapi, itu tak bermakna aku minat apa yang aku baca tu. Ataupun aku minat blogger tu. Jadi, Ideologi insecure ni aku mula realized dalam blog yang ada entry "youknowwhoyouare". Everytime aku come across benda ni, aku akan terfikir, "eh, kalau kau dah berani menulis secara terang-terangan dalam alam maya ni, kenapa takut dengan risiko dijadikan topik perbualan?".
Lepas tu, akan keluar entry-entry ala, "actually i tak tau pun pasal benda ni, sampailah ada sorang kawan i tunjuk this one blog...." OMG!!! Like, seriously??? betul kau tak tahu?? Bukan ke kalau orang tu memang ada mengata kau, at firtst, mesti dia ada singgah blog kau. And bukan ke kau boleh detect siapa singgah blog ko? (camne nak buat ni, aku tak tau...). Heh, and betul ke...kawan kau yg tunjuk entry tu??? Aku akan rasa suspicious sebab statement td tu biasanya akan disambung dengan "ala..i tak kesah pun sebab dalam hidup ni tak semua org suka kita..." Alololo...betul ke kau tak kesah?? Dah kalau kau tak kesah, kenapa perlu keluar kata-kata macam tu selepas kau tahu ada orang menjadikan kau topik perbualan?
Pada pendapat aku, ibaratnya macam nilah. Datuk CT tu, kalau dia keluar kat public dia relax je sebab dia dah biasa dengan glamor. Dia dah tak kesah kalau orang nak salam dia, jerit-jerit nama dia. Pasai apa? Pasai dia dah biasa. And dia pun sedar, dah dia memilih utk berada dalam dunia glamor, itu adalah risiko yang dia kena hadapi walaupun kadang-kadang dia pakai "jala ikan" atas kepala. Seingat aku, takde lagi aku baca dalam berita atau gosip tajuk "DATUK CT TAK KESAH DIPANGGIL NELAYAN".
Tipulah kalau memang betul-betul ada yg tak kesah MELAINKAN dia tak terasa. Yelah, dah kalau kau tak terasa kau nak kesah apa, kan? Dan biasanya, kita akan terasa bila benda tu sebenarnya, tak sikit banyak menunjukkan kelemahan sdri. Timbul rasa insecure. Dan kau pilih cara, yang pd pendapat aku, cara yg hipokrit utk mengatasinya. Hanya kerana KAU rasa KAU betul, ramai yang memuji, kagum, tak bermakna satu planet WAJIB setuju dengan kau. Kalau takde kritikan, mcm mana kau nak maju? Ke kau rasa kau adalah maju sehingga tak boleh disentuh? Pathetic.
Aku sendiri admit, aku masih rasa insecure dlm banyak segi.Dan aku mudah terasa kalau tak kena gaya menegur. Tapi, at least aku tau, org tu ikhlas, sayang dan nak tgk aku berubah. Secara jujurnya, aku akan jaga org macam ni. Sebab, direct to the point, tak berbelit atau boleh buat aku terpinga-pinga. Aku bukan budak-budak nak main teka-teka "eh, betul ke aku?". Daripada duk main teka-teka gitu, aku tak sedar, masa dah lama tinggalkan aku. Siapa yang rugi?
So, aku rasa, perasaan insecure tu bagus sebab memberi ruang utk kau berpijak dimuka bumi, berubah jadi lebih baik. Tapi, kalau kau memilih menjadi hipokrit, teruskanlah. Suram dunia ni kalau takde badut macam kau.
No comments:
Post a Comment