Okey, macam poyo bunyinya..aku tau dah ramai yg ke Bandung. And aku tau ramai lg yg dah ke tempat yg lg best. Tapi.. aku tulis ni just utk aku share dgn sesape yg mungkin nk ke Bandung. Aku akan buat entry ni start dari pre-journey sampaila post journey, boleh? Haa.. sape yang rasa muak nak baca, takpe, aku tak marah. So, alkisahnya....
Pre-journey
Aku adalah org yg akan merancang kalau tiba bab nak berjalan. Maksudnya, kalau sekarang tahun 2012, aku dah fikir pasal holiday 2013 and 2014. Almaklumlah, hamba rakyat marhaen ni mana lah mampu kalau tetibe nak buat "wake up" vacation ke tempat-tempat pelancongan di luar Malaysia sesuka hati. So, macam trip ke Bandung ni, aku dah booking tiket murah time Air Asia buat promo last year. Untuk kami 3 bertiga (2 dewasa and 1 children), tiket pergi dan balik dalm lingkungan RM450++. Cost ni dah cover sekali utk luggage 30kg sorang. Masa mula-mula hubby booked aku mcm terkedu jugak sbb buat apa nak luggage sampai 30kg? tapi yelah kata org, beringat sebelum kena bayar kat kaunter luggage nanti (yg costnya sure tinggi).
Bila dah dekat-dekat dengan tarikh nak pergi, aku buat la homework skit. Aku google tempat-tempat menarik kat Bandung and jugak tips yang aku dapat dr blog-blog yang sedia ada. Aku tau ramai yang focus pasal shopping je kat sana. Aku pulak jenis yang nak berjalan tgk tempat dan budaya orang. And of course la, aku tgk jugak kadar pertukaran wang, di mana sesuai nak tukar duit, perlu tak aktifkan ATM card utk international, card credit pulak diterima atau tak, hotel, tempat makan and supir (driver)! So, meh aku listkan satu-satu.
Tips 1
Aku cadangkan korang check in PERGI dan BALIK awal-awal. Air Asia kan boleh buat web check in. Bukan apa sebab kita tak tau nanti time nak bertolak tu orang ramai ke apa ke, tak sempat or terkejar-kejar. Macam aku hari tu, huby dah check in awal-awal. Walaupun kami sampai awal, LCCT tu kan leceh skit. Nak luggage kaunter sini, nak confirm check in tu kaunter lain pulak. Kaunter plak, kadang bukak sikit, kadang bukak banyak, so bila dah check in awal-awal, tak rasa kelam kabut sangat. Kita kena ingat jugak, bukan kita sorang hari tu nak naik kapal terbang. Kadang-kadang kita dah ok, ada pulak orang lain yang bermasalah. And aku cadang td utk check in time balik jugak sebab airport Bandung taklah secanggih airport kita. Aku dengar cerita, ada yang tak check in awal-awal masa nak balik, kat airport sana, ada yang minta "nasi tambah". Konon-konon nak check itu, check ini, yang kita pulak dah cuak sebab takut gate tutup etc. So, bila dah buat awal-awal, peluang tu dah takde.
Tips 2
Passport jgn lupe check ya. Aku rasa korang sume alert yang passport kita tu 6 bulan before expiry dah tak boleh travel lagi. So, double check cos manalah tau kan...
Tips 3
Check PTPTN. Okey, bunyi macam kelakar tapi percayalah, kalau korang peminjam PTPTN tp terlupa nak bayar, baik check dulu. Nanti kat airport kalau tersangkut kan dah malu... Duit g traveling ada, bayar hutang liat.. Boleh check kat website PTPTN or imigresen.
Tips 4
Tukar duit. Aku suggest tukar duit kat sini siap-siap. Kalau tukar kat sana, kita rugi sikit la. Kalau nak activate ATM card kita supaya boleh guna kat sana pun ok jugak. Pengalaman aku sendiri, konon-konon rasanya duit tu dah cukup nak buat belanja. Memang cukup untuk belanja tp aku takut terlebih berat time balik and kena bayar kat extra luggage plak. Kalau tak silap, setiap 1kg kena charge IDR150 000. And aku plak tak activate ATM card utk guna kat sana. Oh ya, aku guna CIMB. Kat sana banyak CIMB. Kalau nak withdraw memang senang sangat la. Tapi sebab aku tak activate, aku tengok je lah dari jauh CIMB tu and cover-cover nak belanja. Bila hari last tu, sebab dah terpaksa, aku call CIMB and tanya kalau-kalau boleh activatekan kat sana. Rupanya boleh activatekan via phone! Oh, ailebiyucimbku!!! Jadi pengajarannya, activate siap-siap kat sini.
Tips 5
Visa dan Master Card boleh digunakan di kebanyakan kedai kat sana. Okey, sape yang takde credit card boleh pegi apply sekarang. Hahahaha..
Tips 6
Dapatkan supir a.k.a driver. Teksi pun ada kat sana, tapi pakai supir lebih mudah. Aku tak pasti lah pengalaman org lain macam mana tapi supir-supir ku sangat bagus! Owh aku ada 2 supir sebab driver yang hari first tu (namanya Angga) bagitau yang hari kedua dan ketiga dia ada hal lain and dia tak sihat. Memang nmpk pun dia tak sihat and pada aku dia jujur bgtau dia terpaksa cover hal lain. Aku tak kesah sebab bayarannya still tak berubah and from time to time Angga ni keep in touch dengan kami. Even hari last tu Angga yang jadi supirnya balik. Kos utk supir ni tak mahal. Dalam RM150 sehari utk kami. Kadar supir ni berubah-ubah ikut jenis kenderaan. Supir ni akan tunggu kita, pastikan kita di bawak ke tempat-tempat yang kita nak pergi, bawak tempat makan yang Insya allah selamat untuk kita makan (tak sakit perut) dan yang paling best, dia akan angkat barang-barang yang kita dah shopping! Aku dapat tau, ada supir yang tetapkan tempoh waktu dorang boleh tggu kita dan ada yang mintak extra charges. Tapi supir kami, alhamdulillah baik dan bagus. Duit yang dibayar tu memang dah cover duit tips utk penjaga parkir, trafik, parking dan tol. Huby ku peramah orangnya, so dia dgn supir-supir ni jadi kawan. Kami dapat few tips yang berguna dan dpt tau ttg budaya org tempatan dgn lebih baik. Superb!
Tips 7
Booking hotel. Aku booked melalui Agoda.com. Kat sana aku stay kat Andelir Hotel,
Hotel ni ok, selesa, dan bersih. Aku cadangkan tak perlu lah hotel yang ada segala macam kat situ sebab biasanya korang akan balik je dah penat. tinggal nak mandi dan rehat. Oh ya, kebanyakan hotel ada spa dan massage. So, lepas dah penat-penat tu, dapat massage, syiok weh... kat hotel ni, bila nak di massage, kita call receptionist dan org tu akan massage kita kat bilik. Heaven. Oh ya, hotel ni dalam 100 meter je ke Cihampelas Street- jalan yang berderet kedai-kedai nak shopping!! Yuhhhuu!! Don't worry, tak bising kat sini.
Tips 8
Buat list duit. Okey, ni utk org yang lemah matematik macam aku. Hahahah.. aku dah siap-siap mintak huby buat list pasal convert duit ni. Start dari IDR50 000 sampailah IDR1 000 000. Lebih dari tu, boleh calculate sendiri. Tapi dont worry la sebab kebanyakan peniaga sana tau kadar tukaran. Cumanya kita hati-hati takut tertipu. Kan rugi...
Tips 9
Tak payah bawak baju banyak. Aku sendiri bawak 2 t-shirt/blouse, 2 pasang baju tidur. Jeans, aku pakai nak traveling tu satu je bawak. Aku memang dah aim nak beli jeans kat sana. Bandung memang gedung pakaian. Tapi kalau korang memang cerewet nak beli blouse atau baju (pompuan la biasanya), boleh la bawak extra. Tapi utk jeans, aku rasa tak perlu sebab rugi jugak kalau tak beli kat sana. Murah dan kualiti yang bagus. Utk budak pun sama.
Tips 10
Bawak iron dan soket utk plug. Kebanyakan hotel kat Bandung takde iron. Kalau mintak dengan housekeeping pun belum tentu dapat. Ada kawan aku dia kena hantar ke dobi utk tudung digosok. Of course kena bayar. Rugi dah kat situ. And soket plak, biasanya dorang ni guna yang bulat tu. Huby dah bawak siap-siap dari KL:. Tapi kalau tak pasti, kadang-kadang hotel ada sediakan. Mungkin kena letak deposit la.
So, aku rasa, cukuplah dulu entry untuk pre journey ke Bandung ni. Kalau ada apa-apa yang tertinggal, aku update later. And kalau ada sesiapa yang terbaca or tersinggah di entry ni, and nak tanya apa-apa, insya allah aku try jawab.
Lepas ni, aku update sepanjang aku di Bandung plak :-)
nk activate cimb via phone camne??alami nasib yg sama...
ReplyDeletevia phone call pun boleh :-)
Delete