Tuesday, February 28, 2012

KISAH HATI

Dah lama rasanya tak bercerita pasal cinta. Hari ni aku rasa aku nak cerita pasal "kisah hati". Err, ni bukan kisah hati lagu Alyah tu. Ni kisah hati tentang cinta, tentang rasa. Kalau ada sesape yang rasa tertipu sebab ingatkan ni lagu Alyah, sorry ya...

Pada pendapat aku, dalam hidup ni adakalanya kita akan jatuh cinta at a wrong time with a wrong person. Maksud aku, di saat kita sudah ada cinta hati tiba-tiba boleh jatuh cinta pulak dengan orang lain. Err, bunyinya macam curang, kan? Bukan, ni bukan curang. Bukan juga nak "test market". Ni lebih kepada rasa yang timbul secara tiba-tiba. Contohnya, tiba-tiba ada orang hantar sms kat korang bgtau korang yang dia ni sebenarnya suka kat korang. And dalam hati korang, korang rasa teruja. Ha... aku rasa, dari sinilah kisah hati ni bermula...

Aku tak nak elaborate tentang apa yang berlaku atau kesannya sebab aku rasa dah banyak artikel pasal ni. Tapi aku tertarik nak share kadang kala perkara seumpama ini ada bagusnya. Heh, apa yang bagus? Sebab dari sini kita boleh nilai dan kita akan sedar bahawa cinta yang kita ada sekarang MUNGKIN sudah kurang rencahnya...And kalau betul ini yg terjadi, tak payah la nak main blaming game. Kau salahkan aku, aku salahkan kau, kalau mcm ni, sampai sudah tak jadi apa...

Jadi apa kata kita nilai balik sama-sama CINTA kita dan kalau terasa dah ada kurang rencahnya, kita cari balik magisnya...

No comments:

Post a Comment