Thursday, July 21, 2011

PJJ 143!

Heh, tajuk entry dah macam plet kenderaan. Ok, sebelum jadi apa-apa, meh aku terangkan. PJJ a.k.a Perhubungan Jarak Jauh. 143 tu refer to I Love You :-) Aku terasa nak citer pasal ni sebab masa last entry tu ada la beberapa pembacanya yang sentuh bab PJJ ni.

Seriously, aku tak pernah ada pengalaman PJJ SEBELUM NI. Tapi... sekarang, memang aku sedang mengalami PJJ! Wa... tak suka tau! Complicated je perasaan ni. Tu baru perasaan sendiri, perasaan si dia yang nak dijaga kat sana tu?? Yelah, kadang-kadang aku sendiri confuse dengan perasaan sendiri, blur dengan perasaan sendiri, apatah lagi la nak memahami perasaan si dia yang jauh tu kan? kan? Ala.. tak payah la nak cover - cover.. Ngaku je korang yang pernah or sedang mengalami PJJ pun ada perasaan complicated macam ni, kan? kan? kan?

Memang tak dapat dinafikan, kalau dah berjauhan tu, benda yang paling penting ialah TRUST. Kenapa? Yelah, dah korang tak nampak si dia depan mata, tak tau apa yang si dia buat masa berjauhan, kalau tak betul-betul sayang memang sure akan goyah! Pada pendapat aku, nak bina kepercayaan ni memang bukan keje senang. Kalau tak sebab sayang, tak terbinanya kepercayaan tu. Yelah, contohnya, kita kat sini punyalah menepis godaan-godaan yang datang, dugaan-dugaan yang melanda, dengan harapan si dia akan buat benda yang sama. Kena ingat ye, bila kita berada dalam fasa perhubungan, automatik dah sign surat perjanjian yang masalah tu akan jadi salah satu perencahnya. Suka or tak suka, itulah hakikatnya!
Next, selepas Trust ialah CONFIDENCE.

Korang mungkin rasa, eh nape plak nak confident-confident ni? bukan nak buat presentation ke apa.. Tapi percayalah cakap aku. Korang kena ada rasa confident ni sbb KALAU KORANG SENDIRI TAK CONFIDENT PADA PERHUBUNGAN KORANG TU SAPE LAGI???? Aku ada la jugak terbaca keluhan-keluhan "peserta-peserta" PJJ ni. Antaranya macam "ermm..aku tak sure la, dia camne dekat Penang tu" ataupun "Biasala duk jauh ni, kalau hati tersuka kat orang yang dekat nak buat camne" dan banyak la lagi contoh-contoh yang ada depan mata.

Kalau ada sesapa yang datang depan aku and cakap macam tu, silap-silap aku sekeh-sekeh je. Ko ingat soal hati dan perasaan ni boleh datang pergi macam tu je ke? Kalau spesis buaya darat or mata ke-ranjang or getis or gedik, tu lainlah. Jangan kata PJJ, sama-sama kat PJ tu pun boleh curang! Memang la orang cakap "Kita merancang tapi Tuhan menentukan". Cumanya, adakah untuk tidak yakin tu pun termasuk dalam perancangan korang?

Pada pendapat aku, kalau korang confident dengan perhubungan korang tu, dengan sendirinya korang akan berusaha untuk jadikan ia yang terbaik. Sekarang zaman teknologi ok. 3G, YM, SKYPE, FB etc..sume ada! Guanakanlah sebaik mungkin. And bila dalam PJJ bukan bermakna korang tak jumpa langsung, kan? Mesti ada masanya korang berjumpa. So, manfaatkanlah masa yang ada bila berjumpa tu. Janganla bila berjumpa tu nak ungkit-ungkit hal sms la, pakai baju tak match la, potong rambut huduh la...Buang karen je...

So, ingat ye.. CONFIDENCE..TAPI, jangan over... heheheh...

And last sekali.. DOA.

Tak perlu aku elaborate panjang kot. Sume orang tau apa itu doa, cara berdoa dan segala-gala yang berkaitan dengan doa. Cuma mungkin terlupa untuk menggunakannya. So, DOA, ya?

Well, finally dari aku.. kepada peserta-peserta PJJ, SELAMAT BERCINTA dengan indah!!!

1 comment: