Thursday, July 14, 2011

So, apa perasaan korang?

"Errmm i ada benda nak cakap dengan u"
"Cakaplah"
"I rasa, i dah tak boleh nak stay dalam relationship ni"
~D.I.A.M~
"I rasa, kita makin jauh. Keep in touch pun jarang-jarang. I jadi confuse. Memang i suka kat u, tapi bila tiba-tiba u senyap, i blur"
"U kena faham. Kita ni macam mana. Masing-masing ada komitmen. Jarak jauh memang macam ni la."
"I faham part komitmen tu tapi sekarang ada telefon, YM, e-mail, skejap pun tak bole call? sms?"
"Ada masa-masanya memang macam ni. Time i busy, i  tak bole nak keep in touch dengan u"
"sorry, i sayang u tapi i tak bole terima cara u"
~D.I.A.M~
"Yup, this is the ending for us.Thanks sebab pernah sayang i"

Mesti ada yang pernah melalui situasi macam ni, kan? Aku tak nak cerita pasal overcome break up, aku nak focus pada perasaan semasa melalui saat macam ni. Okey, soalannya, apa perasaan korang time melalui saat macam ni? Blur? Marah? Sedih?

Pada pandangan aku, kalau blur, mesti sebab korang rasa sebenarnya relationship korang ok tapi tiba-tiba kena putus. Kena tinggal. Padahal kalau nak ikutkan, korang dah cuba jadi yang terbaik untuk pasangan korang tu. Padahal everytime korang cakap tepon, sms, ym, jumpa, pasangan korang tu happy je. Ok je. Tapi takde angin, takde ribut, break up.

Marah? Part marah ni aku maksudkan korang marah time conversation tu. Bukan marah after sedih-sedih ya. Hah, yang ni aku rasa mesti sebab ego. Mungkin sebelum ni tak pernah ada orang minta break dengan korang. Selalunya korang yang putuskan. Tapi bila tiba-tiba diputuskan, korang terpukul sendiri.

Sedih, ni aku rasa normal untuk yang betul-betul sayangkan perhubungan tu. Yang betul-betul komited dan mengambil risiko dalam perhubungan tu. Sedih ni pun, datang dalam pelbagai cara. Ada yang terus nangis (pompuan la biasanya) and ada yang diam (lelaki la biasanya, takkan nak nangis depan awek, tak macho der...). Tapi pointnya, sedih. 
Pada pandangan aku, kalau sape yang rasa sedih tu, memang dia benar-benar mengharapkan perhubungan tu berkekalan. Memang dia dah curahkan komitmen dalam perhubungan tu. Tapi, mungkin ia bukan yang terbaik, atau usaha tu tak cukup untuk menjaga perhubungan tu.

So, apa perasaan korang?

2 comments:

  1. xnak pikir...boleh kn??huhu

    ReplyDelete
  2. bole...sebab benda ni tak payah fikir. Rasa dlm hati je.

    ReplyDelete