Monday, January 3, 2011

TOP 10 :-D

Okay, jom kita buat satu top ten list yang POSITIF yang telah berlaku dalam hidup kita untuk sepanjang tahun 2010. Motif buat list ni? Supaya kita bersyukur dan menghargai apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Aku rasa, perkara yang negatif tak wajar dikenang-kenang sangat sebab nanti sukar untuk kita memulakan perkara baru dengan POSITIF! Okay, berhenti membebel, start it now!

My TOP 10 list in year 2010

10. Program 1 percutian dalam 1 tahun berjaya dilaksanakan. Maksud aku, pergi bercuti yang kena bermalam kat satu-satu tempat tu and of course kena keluar dari kawasan umah. Kalau setakat pegi tido hotel depan umah semalaman, itu bukan bercuti ye :-)

9. Berjaya membuat karipap yang hubby kata SEDAP!!! hehehe..pujian dari hubby sungguh bermakna :-) and dia siap bawa pg opis bagi kawan-kawan dia makan..alhamdulillah, komennya, POSITIF!

8. Berjaya membuat TEPUNG PELITA yang adik and mak aku cakap "SEDAP la kak long, macam mana kak long tau buat kuih ni???".. huhuhu.. bangga kot :-p

7. Walaupun tak buat open house for Raya, setiap kawan-kawan yang datang ke rumah mesti dijamu makanan yang berat-berat. Signature dishes? Nasi Impit, Kuah Lodeh, Sambal Udang...yummy!!

6. Walaupun kesedihan tahap maksimum menguasai diri sebab kena transfer, aku sekarang dah ada kemahiran (tak la mahir sangat pun) dalam bidang Sivil...

5. Di saat aku kejauhan dengan hubby, Alhamdulillah aku masih lagi dapat meluangkan masa berdating berduaan dengan hubby seperti waktu kami berdekatan.

4. My Lil Nousha semakin memahami yang ibu dia adalah "subject to be transferred". Alhamdulillah.

3. Kerajinan menulis blog sedikit bertambah (macam mana aku bole lupa aku ada blog sblm ni??)

2. Hasrat memiliki rumah sendiri semakin tercapai (by the time publish entry ni, sebelah kaki dah masuk dalam rumah tu) Alhamdulillah...

1. Aku masih lagi mengenal erti SYUKUR kepada YANG MAHA ESA...INSYA ALLAH... ALHAMDULILLAH...

Ermm.. harapan aku supaya hidup di tahun 2011 ni semakin indah, seindah bila kita tengok statistik kerja kita semakin positif!

Aku nak tag, ermm sape ye.. Hah tag orang-orang ni :-

DATIN SRI RINY
ADIK
ED
YippiE!!!

4 comments:

  1. hahahhahah...
    mung tag aku yer...

    baikkkk nnt aku wat etek k!

    hihihi

    ReplyDelete
  2. tahniah berjaya lakukan semua itu.. hehehe... diz year apa lak azam baru? tulis kat sini siap2 nanti end of the year boleh cek balik tercapai atau tak.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. bab karipap ngan ngan tepung pelita tu aku nak try tahun ni ye...sila lah buat disaat kepulangan ku..hihi

    ReplyDelete
  4. datin sri riny, buat, jangan tak buat!!

    weh mek tok', buat la.. azam baru?? mmg takderla nak citer kat org!

    Ed, I duk jauh..camne nak buat di saat menyambut kepulangan U tu??

    ReplyDelete