Thursday, January 20, 2011

Mari Hilangkan Stress :-D

Entry ni keluar sebab aku nampak Post oleh sedara aku yang sekarang ni mengajar. Post dia tu sekali baca memang dah taulah dia stress. Kesian pulak bila aku try membayangkan dia yang dengan suara lembutnya nak bagi kesedaran sivik pada segelintir students dia yang takde kurang sivik. Haish...

Aku pun selalu gak stress dengan kerja, lebih-lebih lagi aku duk jauh ngan hubby and anak. Hurmmm, malas nak citer lebih, nanti stress pulak aku nak menaip.

Okey, ni ada sikit Tips yang aku rasa boleh di share sekiranya stress. Chekidout!
  •  TIDUR
Aku tak la sesuka hati nak tidur waktu kerja. Aku tidur time aku free. TV memang aku tak tengok sangat. Selalunya kalau dah pukul 10 malam tu, aku mesti dah siap-siap nak tidur.
  • KETAWA
Staff aku ada jugak tanya kenapa aku ketawa sorang-sorang.. Heheheh aku cakap la "saya tengah stress ni, so saya ingat la benda-benda kelakar yang jadi pastu ketawa". Aku tak tipu, ketawa memang boleh hilangkan stress.

  • BERJALAN/TUKAR POSISI
Maksud aku kat sini, kalau kita duk terperap je dalam bilik, ataupun duduk je tak bangun-bangun dari tempat duduk kita, memang boleh menambahkan stress. Jadi aku biasanya akan bangun dan jadi MEM BESAR jalan sambil kacau tengok staff buat kerja. Tapi jangan pulak buat lama-lama, takut nanti orang lain pulak stress dengan korang.

  • MENYANYI
Tak kisah la suara sumbang ke, sedap ke, lagu dangdut ke, lagu jerit-jerit ke, yang penting korang boleh menyanyi. Adik rumah sewa aku, malam-malam time buat assignment depan TV dia suka nyanyi lagu Iklan. Korang sure pernah tengok iklan yang lirik dia lebih kurang camni "ku bermain penuh minat, melompat berlari bla..bla.." (aku lupa iklan apa tapi iklan ni ada senikata sekali untuk korang follow nyanyi). Hah, kalau keluar je iklan ni, adik umah aku ni boleh berenti buat kerja and ikut nyanyi sama. KELAKAR SGT tgk dia. Tapi aku tau, tu cara dia hilangkan stress dia.

  • SOLAT, DOA, TAFAKUR
Ini cara yang aku rasa WAJIB di gunapakai oleh setiap manusia yang mengalami Stress. Tak kisahlah apa kepercayaan korang, tapi mengadu atau meluahkan apa yang kita stress tu memang boleh buat kita rasa lega sangat. Yelah, kadang-kadang nak mengadu ngan orang lain, malu, takut,, segan, ego sume ada. Jadi mengadu dalam cara yang aku sebut kat atas tu, Insya allah lega sebab aku percaya DIA MAHA MENDENGAR.


So, sikit sebanyak, nilah cara aku untuk hilang kan stress. Hopefully boleh bagi manfaat kepada sesiapa yang baca entry ni. Dah, tak mau stress-stress tau!






1 comment:

  1. wahhhlike2 this entry..
    iklan hoclik la...saya pun suka ikot kalo lagu tu kuar..thnx share..amat2 berguna pada saya

    ReplyDelete