Sunday, June 20, 2010

Pengalaman Hidup

Dalam kehidupan ni, aku percaya kita semua akan menempuh pelbagai peristiwa. Tak kiralah samada peristiwa tu menarik, pahit, manis atau pun masam..hehehe.. Yang penting bagaimana kita menangani setiap peristiwa yang mendatang tu.

Sekarang ni pun aku sedang menjalani satu peristiwa yang aku rasa sedikit sebanyak mematangkan aku dalam meniti perjalanan sebagai seorang ibu. Tanpa disangka-sangka, Nousha kena demam campak. Kesian dia. Mula-mula naik satu bintik kat bawah mulut dia, and kami ingatkan bintik tu bintik kena gigit nyamuk. Bila hari kedua, nampaknya macam membesar and terkopek. Jadi aku letakla creobic cream sebab ingatkan it was an infection. Selain tu, dia pun asyik meragam je. Badan pun panas sikit. Aku and hubby dah mula risau, tapi ingatkan dia saja meragam. Tambah lagi, kalau ikut bulan Islam, dia masuk umur 2 tahun (huhuhu...cepatnya besar). Yelah, orang cakap kadang-kadang bila budak ni nak masuk umur baru akan ada perangai-perangai baru. Tapi, naluri keibuan ni memang tak menipu...Malam semalam jugak aku and hubby bawa dia pergi clinic and doctor tu cakap, tanda-tanda campak tu memang kena lah dengan dia. Especially, aku tengok kat peha dia macam ada rashes sikit.

So, after check up sume, and bila dah sampai umah, pujuk dia makan ubat. Alhamdulillah, Nousha ni tak susah makan ubat. So, not a big problem kat situ. Lepas tu, pujuk dia suruh tido. Bila dia dah tido, aku pun memulakan operasi menyapu ubat (macam bedak sejuk berkapur je aku tengok) ke seluruh badan dia.

Well, bila dah sapu ubat tu, ingatkan bolehlah aku rest and buat assignment induksi, tapi...tak jadi juga sebab aku duduk je sebelah dia. Aku perhatikan dia tido cos takut dia tak selesa or garu tempat yang rashes tu. Bila dia berkalih sikit je pun cepat-cepat aku tengok kalau-kalau dia tak selesa. Kalau dia dah nampak tak selesa di tempat yang ada rashes tu, aku gosok perlahan-lahan and kipas. Kesiannya dia. Mas tu dalam hati duk cakap, kalau lah boleh ganti dengan aku, aku tak kisah aku yang sakit...

Emm, bila difikir balik, aku rasa pengalaman yang ni amat berharga untuk aku. Agaknya, macam nilah mak-mak kita dulu jaga kita... Dan yang pastinya, aku insaf dalam hati bila mana kuasa ALLAH SWT yang mendatangkan demam campak ni sewaktu aku ada di KL...

No comments:

Post a Comment