EEE.... aku memang sangat menyampah bila ada orang suka nak menyebok hal orang lain. Kalau mendatangkan faedah tak pe jugak, tapi ni mendatangkan huru hara. Nak kata muda lagi, tak cukup pengalaman hidup, rasa-rasanya kalau ikut hukum alam kau tu tunggu masa je nak "balik".
Aku memang tak faham kenapa ada orang yang suka berperangai macam ni. Kalau iya pun nak concern, ada cara yang betul. Ada saluran yang lebih berbudi bahasa. Aku tidak lah menidakkan sepenuhnya sikap sesetengah orang kita yang "busy body" ni kerana kadang-kadang sikap ni membawa kepada kebaikan. Contohnya, kalau orang tu "busy body" tengok jiran-jiran bujang yang kononnnya berstatus anak dara (kalau dara lagila...) keluar rumah dan balik pukul berapa. Bukan apa, siap ada cik abang sayang yang temankan. Kalau balik malam, esok pagilah baru cik abang tu balik... (ye, ini contoh di apartment aku, tunggu masa je nak report JAIS sebab takde bukti kukuh. Manalah tau kot-kot tu abang or adik dia kan. Jiran-jiran yang lain akan terus memantau huhuu...)
Tapi, kalau "busybody" menghasut, memfitnah, menyakitkan hati... Kau tanggunglah dosa tu sampai mati. Sorry lah ye, dengan kau, aku takde masa nak berlembut or cakap baik-baik. Semoga kau insaf sebelum aku hadiahkan kain putih buat baju :-)
No comments:
Post a Comment