Friday, February 5, 2010

Kecewa

Kali ni aku nak cerita pasal kecewa. Kecewa tu aku rasa semua orang faham apa maksudnya. Tipulah kalau aa yang cakap dia tak tahu apa tu kecewa. Lagi menipu kalau dia cakap dia tak pernah kecewa. Aku rasa semua orang pernah merasa kecewa. Tak kiralah dari aspek apa pun, hakikatnya setiap insan pernah kecewa.

Bercakap tentang pengalaman aku sendiri, boleh dikatakan hari-hari aku kecewa. Perasaan kecewa tu datang melalui banyak aspek. Rumah tangga, kerja, keluarga, kawan-kawan dan macam-macam lagi. Contohnya, bila balik kerja lambat, penat. Ambil anak di nursery pun dah lambat. Rasa kecewa sangat bila tak dapat luangkan masa dengan anak. Walaupun orang cakap "quality time is better than quantity", aku tetap kecewa.

Persoalannya, apa yang boleh kita buat untuk hilangkan rasa kecewa tu? memang ada banyak cara TAPI mampukah cara yang banyak tu menutup kekecewaan kita? Atau kita hanya perlu pasrah dan biarkan saja perasaan kecewa tu berlalu dengan harapan ia akan terubat sendiri?

Untuk aku, aku percaya kita kena sedaya upaya secepat mungkin hilangkan rasa kecewa tu supaya tak terus hidup dalam mainan perasaan. Masa tu amat berharga. Kalau kita asyik mengenang kekecewaan tu, kita sebenarnya dah buang banyak masa. Bukankah lebih baik kita bangkit semula dan mengukuhkan lagi benteng dalam diri agar kekecewaan yang sama tidak berulang lagi? (tapi janganlah sampai jadi dendam, ok?)

Seseorang pernah menasihati aku agar mengubah kekecewaan itu menjadi pendorong kejayaan. Ubah rasa sakit hati tu menjadi semangat. Aku pernah cuba dan masih mengamalkan hingga sekarang. Keputusannya, berkesan kepada aku. Walaupun adakalanya kecewa akibat sebab yang sama tu masih berulang, sekurang-kurangnya ia taklah sampai melemahkan semangat aku. Alhamdulillah...

Jadi pada anda di luar sana yang mungkin sering kecewa, ingatlah bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya. Macam yang orang selalu cakap "Mula-mula Allah bagi kita panas untuk kita rasai, kemudian DIA turunkan hujan untuk kita nikmati dan akhirnya DIA timbulkan pelangi untuk kita syukuri..."

No comments:

Post a Comment