I was so damn furious for the past few days. Pasal keje la of cos. Kadang-kadang pelik sebab aku rasa aku tak kacau orang, aku kawan dengan semua orang and aku buat keje-keje aku sendiri. Tapi, memandangkan aku memang dilahirkan untuk buat keje *ehem* dengan sungguh-sungguh and talented dalam banyak benda (muahahahaha) mungkin ramai yang rasa tercabar??? So, berlakulah drama sentap, tunjuk kuasa, emo tak bertempat. Serious weh, menyampah and rasa nak maki. Tapi sebab aku seorang yang *ehem* gorgeous, *ehem* elegan, dan sewaktu dengannya, aku simpan je makian tu dalam hati.
Persoalannya sekarang, bila sesuatu benda tu disimpan je, perasaan tak puas hati tu meronta-ronta minta dilepaskan. Sebab tu tajuk aku ni "Melepaskan Pergi". Aku tau setiap di antara kita mempunyai sesuatu yang nak dilepaskan pergi. Pilihan yang ada hanyalah sanggup atau tidak. Risiko yang tertinggal adalah kenangan seumur hidup. Yang mana satu pilihan korang?
Aku pilih sanggup. Tapi hanya masa menentukan secepat mana aku melepaskan pergi, adakah sekaligus atau sedikit demi sedikit, adakah sehari, adakah setahun atau mungkin kadang dah terlewat baru dilepaskan. Biasalah manusia, kadangkala terlewat dalam membuat sesuatu. Konklusinya, aku tetap akan melepaskan pergi. Ingat senangkah nak melepaskan pergi? Heh, not that easy. Aku bagi satu contoh. Aku masih susah nak melepaskan hakikat bahawa my only Nousha dah masuk pre-school. Masih ingat dia adalah baby(ok, sume mak fikir macam ni, kan?). Rasa macam , eh baru semalam dia lahir, kenapa dah masuk sekolah ni?? And tau-tau esok she's getting married!!! Whoaaaa!!!!!
Bagi yang memilih tidak, aku teringin nak tanya, kenapa? Adakah kerana dendam atau tak mampu? Benarkah tak mampu? Aku bagi satu contoh, dalam percintaan. Kadang kala cinta yang diimpikan tak menjadi kenyataan. Jadi korang tak mampu nak lepaskan hakikat bahawa antara kalian tak mampu bersama. Jadi korang terus menerus tutup hati kepada persekitaran dan mungkin tanpa sedar terlupa bahawa masa tak tunggu korang.
Aku masih lagi sedang berusaha melepaskan pergi kemarahan, sakit hati aku dengan incident yang berlaku beberapa hari lepas tu. Tengah bergelut dengan perasaan supaya aku tak buat benda-benda yang nampak tak cool, kurang cerdik ataupun emo tak bertempat. Aku takde pilihan lain sbb bersangkut dengan kerja. Ada kepentingan di situ. Aku tak malu nak mengaku sebab memang itu realitinya. Tapi kebaikannya, secara tak langsung ia akan mengajar aku dalam semua segi.
Ada ketikanya memang aku melepaskan pergi sesuatu pada masa tu jugak. Contohnya, orang yang biadap dengan aku atau kurang concern atau buat lawak tak kena tempat. Nasibla, aku akan buat muka, buat perangai on the spot. Aku buat perangai sendiri-sendiri je. Contohnya, kalau dalam jamuan, mungkin aku akan keluar awal dan tak makan langsung. Tak kacau orang, kan? Yela, daripada aku sindir balik, baik aku senyap, kan??? Oh, bila buat perangai gini, risikonya adalah aku kena marah balik. And of course ini hanya menambahkan dendam (and yes, dendam yang ini aku belum lepaskan pergi lagi).
Jadi, di sebalik bergelut untuk melepaskan pergi sesuatu, aku yakin akan ada hikmah dalam setiap pemergian itu. A point to ponder, perhaps?
No comments:
Post a Comment