Ada yang tanya aku, tak leceh ke pegi holiday bawak anak kecik. Alhamdulillah, sejak dr Nousha kecik, sampailah sekarang, aku tak pernah holiday tak bawak dia. Aku and huby tak sampai hati. Ada jugak beberapa org yang aku tau, boleh pergi holiday berdua dengan pasangan atas alasan anak kecik lagi, leceh and budak tu bukannya ingat pun! Takpelah, setiap org mungkin ada alasannya tersendiri.
Seingat aku, sejak dari pegang title MRS, aku dah plan dengan huby supaya kami dapat bercuti beria setahun sekali (minus short gateway holiday, balik kampung etc). Alhamdulillah, misi masih lagi berterusan. Kami taklah berholiday secara mewah. Biasa-biasa aje sebab yang penting kualiti holiday tu. Tapi kalau dapat yang mewah, lagi best hehehehe.... So, far paling jauh KAMI ke Bandung. (Ye, aku ada "hutang" entry Bandung...). Aku tekankan KAMI, bukan AKU atau DIA, ok?
Betul la kata orang, jauh berjalan banyak pengalaman. lagi-lagi bila berjalan-jalan dengan family, macam-macam cerita dan pengalaman boleh jumpa. Alhamdulillah juga, sebab sepanjang kami berholiday tu, semuanya dipermudahkan :-) Apa yang bole aku share, sebelum kita g holiday tu, buatla preparation betul-betul. Walaupun hanya bercuti dalam negara. Yela, lain tempat mungkin lain cara. And disebabkan aku bawak Nousha, ada beberapa benda yang aku tak kan tinggal ke mana-mana aku pegi travel (walaupun utk balik kampung). Meh aku share skit.
COOL FEVER
![]() | ||||
| (pic : Google) |
Benda ni penting la utk anak aku sebab manalah tau, duk traveling naik flight, naik bot, naik kereta lama-lama, sejuk, aircond, Kot-kot badan dia terpanas skit, aku tepek je benda ni kat forehead dia.
FIRST AID
![]() |
| (pic : Google) |
Ni pun penting sebab manalah tau tiba-tiba luka ke. And aku punya First Aid kit ada panadol, in case aku atau huby pening-pening... Beli lah satu benda ni. Beli yang travelling pack tu. Berguna time-time emergency. Aku dapat free dr KPJ heheheh...
VICKS
So, overallnya, memang ni la 3 benda yang aku pastikan WAJIB aku bawak bila travelling. Memang la kadang-kadang terlupa tapi aku ngan huby bertekad (heh, ayat tatabahasa) to remind each other. Masa Nousha kecik-kecik dulu, aku akan bawak Gripe Water and Minyak Yu Yi tu ke mana-mana aku g. Penah skali aku tertinggal gripe water, and time tu lah jugak Nousha kembung! Kesian sgt tgk dia menangis sakit perut. Sapu minyak, urut perlahan-lahan pun tak reda. Nousha ni jenis payah burp. Tu yang aku stand by gripe water tu. Maka berpusing-pusing la aku and hubby mencari gripe water tu. Bila dapat, aku bagi dia minum sikit je (satu sudu kecik pun tak sampai), terus dia burp and dah tak nangis! Alhamdulillah. Pointnya kat sini, aku ngan hubby akan make sure and remind each other utk pastikan benda-benda penting macam ni tak tertinggal.
Ermm, kalau nak cerita pasal holiday ni, memang tak kan habis. Tapi, aku memang support and suggest la utk korang semua g holiday. Tak perlu mahal, mahal, tak perlu jauh-jauh, yang penting erti holiday tu kepada kita. Alhamdulillah, aku dah merasa holiday yang mahal, dan aku pun tak kisah holiday yang sempoi. At the end of the day, aku and family seronok!
Jom g holiday!


No comments:
Post a Comment