Okey, sangat meluat bila ada orang tak boleh terima keadaan seadanya. Aku cerita direct la. Apa lagi kalau bukan pasal keje. Sangat meluat bila orang lain punya salah, aku pulak yang kena. Alkisahnya, minggu depan ada Full trial dan kes tu agak ramai pihak-pihak yang terlibat. Arahan dah diberikan utk pihak-pihak failkan apa-apa yang patut sebelum tarikh sekian-sekian. So, hari Isnin lepas (19.3.2012), ladyship tu tanyalah pasal kes minggu depan ni. Aku bgtau lah, pihak -pihak masih ada yang tak comply dgn arahan lg. Si ladyship ni ok la, dia cuma kata kalau boleh compilekan semua dokumen yang ada supaya senang dia nak rujuk nanti. Adalah contoh yang dia bagi (contoh tu pun sebab kebetulan ada satu kes ni buat mcm tu, takde maknanya dia nak buat sendiri) utk kami (aku ngn partner) ikut.
So, hari ni mcm biasa, pagi-pagi dah mengadap ladyship ni and brief pasal cases today. Dah habis semua tu, dia tanya lagi pasal case next week. Aku jawablah mengikut apa yang ada. Tiba-tiba dia nak tengok semua dokumen. Fine, aku ambil sume tunjuk dekat dia. Bila si ladyship ni tengok tak lengkap, meroyan lah. Siap boleh cakap kat aku "Dont make me shout at u for this!". Aku blur skejap. Eh pesal plak nak shout kat aku? ko marahlah pihak-pihak yang tak ikut arahan tu. Pastu tetibe tanya aku, aku ada buat list tak utk check apa document yang ada dan takde. Aku cakap la takde. Aku rasa tak perlu pun sebab tu benda yang common dalam bidang kerja ni. Nak checklist bagai. Alih-alih dia boleh bg statement kat aku lebih kurang mcm ni "use your brain!". Amboih...ada jugak aku santau kang. Dasar pemalas.
Aku tak nampak pun keperluan checklist tu. In fact, ko suruh aku compilekan semua utk mudah kan ko baca, itu pun aku tak perlu buat. Kalau dah pihak-pihak yang nak buat kes tu tak dengar arahan kau, kau sound je la. Kalau aku buat research utk ko pun, dah tentu aku highlight, letak tag utk ko. Masalahnya ni bukan aku punya. Biul. Pastu sesedap rasa suruh aku call pihak-pihak utk suruh dorang cepat-cepat hantar sume yang takde tu. Wahhhh senang la cakap, kan? apa kau ingat pagi-pagi ni mereka tu ada ke kat opis?? Sah-sah semua pergi court. Pastu suruh aku refer balik kat dia at 10 am. Senang je kan??? Aku pun ada cases nak dengar pagi ni. EEEEEEE!!!! Meluat!
Cepat-cepatla aku kuar dr tempat ni. Amin.
No comments:
Post a Comment