So, sekarang ni, aku memang berusaha la menjaga makan dan bersenam tiap-tiap malam! tak tipu weh! Memang la tak jadi supermodel tapi so far aku rasa bila berpeluh ni, badan jadi ringan dan tak mudah nak penat walaupun traveling tiap-tiap minggu Utara-Kajang adalah sangat memenatkan! kalau tak percaya, sila try buat macam aku tiap-tiap minggu selama setahun.
Sebelum ni bukannya tak exercise, tapi tak kerap. Makan pun tak la control sangat. Kalau dah makan roti, makan lagi nasi, mee...Waaa...banyak betul karbohidrat rupanya..
Kalau korang ada idea yang best untuk bersenam, meh la share dengan aku. Aku?? aku suka follow Paul Eugene. BEST! korang try je cari dia kat youtube, confirm jumpa! Steps dia tak susah, instruction clear and yang paling best, TAK BOSAN! Si Paul ni pun happening je time ngajar. Okey, meh aku share salah satu VC dia yang aku duk follow.
Ha..try la. Sure berpeluh! Mari kita bersihat -sihat bersama :-)
p.s korang try ikut makcik sebelah kiri video ni, semangat weh!
No comments:
Post a Comment