Owh, setelah melihat kalendar, aku tahu aku makin ke depan (umur dan kadang-kadang perut juga). Hakikat ni tak boleh dinafikan. Jadi, dalam konsep "paksa-rela" ni, aku kenalah mengaku bahawa lagi beberapa tahun aku dah boleh jadi BMW 3 series = Beautiful Mummy With 3 Series @ mencecah umur 30-an..huhuhu... Takpe, takpe, semangat kuatkan hati (sambil bangun sekejap dan pegi belek muka tengok kedut).
Jadi bila memandang semula ke belakang, aku terfikir dah macam-macam benda yang aku lalui. Sikit sebanyak, mengajar aku erti kehidupan. Dan yang lebih penting, buat aku semakin mengenali diri sendiri. Ye, kadang-kadang kita ingat kita tahu diri kita tapi sebenarnya kita tak tahu pun. Macam, kita ingat kita ni Legally Blonde tapi rupanya Pontianak Harum Sundal malam je..heheheh..
Okey, di sini aku nak share 25 perkara... tentang diri sendiri. Ye, yang sebenarnya kena tag dengan Datin Sri Riny untuk buat ini. Inilah dia 25 perkara tentang aku...
PERTAMA = aku anak sulung
KEDUA = adik kedua adalah perempuan. Dulu aku confuse jugak dia lelaki ke perempuan
KETIGA= adik ketiga aku lelaki..handsome, dah ada awek, cun! (tak bole kutuk sebab nanti nak beli Detox tak dapat diskaun)
KEEMPAT = Aku lahir bulan 4, 24 hb. Sila kirim hadiah.
KELIMA = Aku dah kawin. Majlis besar aku berlangsung bulan 5 :-)
KEENAM= Dah lebih 6 bulan aku berjauhan dengan yang tersayang. Emm dah nak setahun pun. T___________________T
KETUJUH = Anak aku lahir bulan 7, 9hb. Sila kirim hadiah juga.
KELAPAN = Aku slalu rasa patriotik lebih bila tiba bulan 8. Sanggup bangun pagi-pagi semata-mata nak tengok perarakan hari kebangsaan. Pernah sekali tu sambutan kat Putrajaya, aku berjaya pujuk satu keluarga bangun pagi pergi Putrajaya tengok perarakan. (kebetulan papa aku kena masuk perbarisan). Kesian nenek aku, pagi-pagi buta dah kena heret pegi tempat ramai orang, sesak-sesak.
KESEMBILAN = Sepanjang yang aku ingat, aku tak penah beli hadiah Birthday kat sesiapa yang lahir bulan 9!
KESEPULUH = Aku start preggy bulan 10 la, sebab anak aku lahir bulan 7, kan. Aku tak tahu aku preggy sampailah dah nak masuk bulan 12 atau dah hujung bulan 12 baru aku tahu aku preggy. Masa dapat tahu, aku dah risau macam-macam sebab sebelum tu aku ada melompat-lompat, berlari-lari. Alhamdulillah, aku dan baby selamat.
KESEBELAS = Masa umur aku 11 tahun i.e darjah 5, aku sedar yang aku ada talent debate yang sangat hebat. Heheheh.. siap sampai wakil negeri. Thanks to Cikgu BM aku masa tu, cikgu Rahim.
KEDUABELAS = Aku tak suka ingat memori di umur 12 tahun. Serious, banyak yang aku dah lupakan.
KETIGABELAS = Aku sangat hodoh semasa waktu umur 13 ni. sekarang pun tak lah cantik, tapi ermm..memang aku rasa aku hodoh sangat masa ni.
KEEMPATBELAS = Aku ada 1st secret admirer masa umur 14 tahun ni lah. Heheheh.. teruja gila dapat surat nak berkenalan. Tapi, of courselah aku tak layan sebab aku takut cikgu marah. (gile ke apa ek, kalau aku sorok, sure cikgu tak tau, kan??)
KELIMABELAS = Aku start polish English aku masa form 3 @ 15 tahun sebab masa tu SUKOM, ramai Mat Salleh. Aku berangan dapat pakwe Mat Salleh so kena "Speaking English". Ye, aku tampal gambar Putera William dalam almari aku. Huhuhuhu..
KEEENAMBELAS= Masuk umur 16 tahun aku dah gelabah nak amik jurusan apa. Last-last, aku amik Science Stream. Ketar lutut masa register sebab tak tau la boleh catch up dengan Add Maths atau tak.
KETUJUHBELAS = Tahun ni serious enjoy tak ingat walaupun SPM just around the corner. Alhamdulillah, berjaya jugak sambung ke IPTA.
KELAPANBELAS = Aku start pakai contact lens full time start umur 18 tahun.
KESEMBILANBELAS = Masa umur 19 tahun ni aku dah memegang title student "U".
KEDUAPULUH = Aku dah mulakan koleksi memborong (ye, borong bukan beli sebab sekali shopping sampai 3-4 pasang)kasut. Me LOVE shoes :-)
KEDUAPULUHSATU= Masa umur 21 ni lah aku baru sedar yang hidup ni kena struggle. And at this age la aku dah start beli make up sendiri.
KEDUAPULUHDUA = Aku tak reti IT. Setakat tahu Words, Internet, check e-mail heheheh.. Dah umur 22 tahun pun masih mengharapkan orang untuk format assignment atau slide show untuk presentation. Sebab tu aku selalu offer diri untuk jadi presenter time belajar dulu heheh..
KEDUAPULUHTIGA = Umur 23 baru aku dapat green light untuk bawak kereta ke "U" sebab parents aku dah tak larat nak amik and hantar aku TIAP-TIAP minggu pergi balik asrama. NAk harap aku balik sendiri? huh, memang tak la..
KEDUAPULUHEMPAT = Selamat menjadi seorang isteri kepada cinta pertama pada umur 24 tahun
KEDUAPULUHLIMA = Selamat memegang title sebagai Advocates & Solicitor pada umur 25 tahun :-)
Fuhh... akhirnya..selesai menjawab. Kesimpulannya, dalam hidup kita ni, macam-macam perkara akan kita lalui. Hargailah setiap perkara yang mendatang tak kisahla yang datang itu baik atau buruk> Yang pasti, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
anummmm....
ReplyDeletebest2...
kagumnye ko siap buat berdasarkan no...
tahniah!!!