Wednesday, November 3, 2010

Dalam ketenangan jangan cari masalah

Apa jugalah tajuk entry kali ni. Tapi sebab aku tak tahu macam mana nak describe, kira tajuk tu macam okaylah dengan apa yang aku nak bebelkan kat sini. Ermm, secara amnya aku nak cerita tentang sesuatu yang dah lama jugak aku diamkan tapi rasanya kalau tahan lama-lama takut meletus pulak.

Nak dijadikan cerita, ada sorang hamba Allah ni suka nak mengatur-ngatur jadual orang lain. Contohnya, hari ni nak masak apa, nak buat apa, nak bayar berapa etc. Aku ni jenis yang takkan senang-senang nak biarkan orang buat macam tu pada aku. Pada aku, communication and toleration are two main things that is very important in our life. Tak kisahlah apa jawatan kau, apa pangkat kau, berapa umur kau etc. Kalau 2 benda ni pun kau tak boleh manage, tak tahulah aku.

Memanglah aku faham bahawa setiap orang akan ada "hari" dia. Tapi pada aku itu tak jadi alasan untuk kita cuba mengatur hidup orang, tak kisahlah walau sekecil manapun bendanya. Nak dijadikan cerita, benda ni yang berlaku dalam hidup aku 2-3 hari yang lepas. Ada salah sorang housemate aku plan nak masak-masak. Aku tak kisah dia nak masak-masak and ajak kitorang yang lain masak sama. Tapi, bila mana kau pandai-pandai mengatur orang ni masak apa, orang ni masak apa, tak ke namanya kau tak pandai respect orang? Mungkin ada yang cakap hal masak pun nak jadi isu ke???

Hellooo!!!! Ni bukan pasal masak okay, ni pasal perbuatan mengatur orang untuk masak tu. Apa lah salahnya kau tanya dulu orang tu, okay ke kalau nak masak ni, larat tak? Kau tak boleh nak samakan orang lain dengan orang sedarah sedaging kau. Walaupun orang tu tak travel jauh (akulah tu), tak semestinya orang yang tak travel jauh tu tak penat. So, back to the basic rule, respect!

So, nak dijadikan cerita, aku pun sindir-sindir lah dekat wall fb member ni (ye, dia mengatur jadual orang lain menggunakan komen di wall fb kawan yang lain ni). Ayat aku antaranya berbunyi "I don't know what will happen when people fix their interest without thinking about others..." Aku memang sengaja leave comment macam tu so that kalau dia baca biar dia tahu yang dia tak boleh nak control jadual orang sesuka anak laki dia.

Huh, guess what?? Boleh plak dia reply, ayat yang lebih kurang " X and X, both of you are my sweetest housemates bla..bla..bla..yang tak pernah menyinggung hati..." Mula-mula aku baca tu, aku macam terkedu jap, tapi lepas tu aku gelak je. Yelah, now I know what kind of person are you. Aku tak heran pun dengan apa yang kau tulis tu. Aku tak tahu apa niat dia tulis macam tu. Tapi, seriously aku rasa kau ni tak sedar diri. Aku malas nak cerita apa yang kau dah buat sebab aku tahu yang lain-lain dalam rumah tu pun tahu perangai kau yang tak reti nak respect orang. Lagipun aku pun dah nak keluar daripada rumah tu. Kau pun dah nak keluar. So, takde lah aku nak jumpa kau lagi. Good for me :-)

Well, aku nak ingatkan diri sendiri, bahawa RESPECT ni adalah sesuatu yang kita kena pegang sampai mati...

No comments:

Post a Comment