Saturday, July 3, 2010

Ayah Nousha

Nousha, ibu tulis ni untuk Nousha baca bila Nousha dah boleh membaca nanti. Kalau blog ni dah tak ada nanti, tak apalah, yang penting ibu dah tuliskan apa yang ibu nak tulis.(nanti ibu buat copy hehehe)

Nousha, ayah Nousha adalah LELAKI TERBAIK YANG BOLEH DIIMPIKAN OLEH IBU.Sejurus ayah Nousha melafazkan aqad nikah, ibulah orang yang paling bahagia dalam dunia ni. Ayah Nousha jaga ibu dengan baik (sangat-sangat-sangat baik) bermula daripada kali pertama ibu sudi terima ayah Nousha sebagai insan istimewa dalam hati ibu. Kisah cinta ibu dengan ayah Nousha? Lain kalilah ibu cerita :-)

Ayah Nousha sabar sangat dengan ibu. Alhamdulillah, walaupun ibu kadang-kadang agak pelik perangainya, ayah Nousha masih boleh terima. Masa mengandungkan Nousha, ayah Nousha layan ibu dengan SANGAT SEMPURNA. Ibu tak ada alahan ataupun mengidam yang bukan-bukan (Alhamdulillah), cuma kadang-kadang ibu manja sangat. Tapi ayah Nousha sabar dan layan ibu dengan SEMPURNA.

Masa ibu sakit nak melahirkan Nousha, ayah Nousha ada disisi ibu dan bagi kata-kata semangat. Alhamdulillah, proses nak melahirkan Nousha pun senang dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Ibu ingat lagi masa mula-mula masuk bilik bersalin, ibu cakap dekat nurse, "mana suami saya? saya nak dia ada sama". Kemudian nurse panggil ayah Nousha masuk,ayah Nousha tercegat depan pintu sebab memang dalam perancangan kami untuk ayah Nousha teman ibu dalam bilik bersalin. Dan, bila ibu nampak je ayah Nousha, separuh rasa sakit tu hilang begitu...Alhamdulillah, ayah Nousha berada di sisi ibu sampailah ibu selamat semuanya.

Kehadiran Nousha dalam hidup kami, sangat membahagiakan. Ayah Nousha sekali lagi membuktikan kepada ibu bahawa dia adalah seorang ayah yang TERHEBAT. Bila ibu tak boleh tidur malam, ayah Nousha akan teman ibu walaupun ibu tahu ayah Nousha penat di tempat kerja. Ada satu masa tu Nousha meragam, ayah Nousha pun turut sama tak tidur sampai pagi jaga Nousha. Ibu ingat lagi bila ayah Nousha sampai pening-pening sebab tak cukup tidur.

Sampailah sekarang, bila ibu ditukarkan jauh daripada ayah Nousha dan Nousha, ayah Nousha yang jaga Nousha sampaikan ibu cemburu bila Nousha lebih manja dengan ayah Nousha. Kalau dulu bila Nousha menangis waktu malam, mesti Nousha cari ibu tapi sekarang Nousha akan cari ayah. Bila ibu cakap dekat ayah Nousha, ayah Nousha akan pujuk ibu dan cakap "tak lah, dia sama je...kadang-kadang time u takde, dia cari u jugak..."

Nousha, kalau nak diceritakan, terlalu banyak untuk dihuraikan. Yang PASTI, Ibu BAHAGIA sangat dengan ayah Nousha. Semoga kebahagiaan ini berpanjangan, sepertimana yang ayah Nousha janjikan kepada ibu "kita bercinta sampai ke syurga..."

No comments:

Post a Comment