Thursday, May 20, 2010

Kau Yang Berubah

Semalam aku telefon seorang kawan yang sama satu pejabat sewaktu bertugas di KL. Perbualan kami biasa je, masih lagi tentang hal-hal pejabat dan juga warga pejabat tersebut. And of course, cerita-cerita tentang "nature" kerja tu jadi topik utama. Nak dijadikan cerita, keluarlah cerita tentang seseorang yang dahulunya pernah menjadi "tanggungan" aku. Well, let me begin the story...

Orang ni pada awalnya nampak pendiam dan lembik. Dia mungkin pendiam sebab dia orang baru ataupun nature dia memang macam tu aku tak taula. And sisi lemah - lembik dia jelas kelihatan dari segi cara berjalan, berdiri dan bercakap. Aku pada asalnya tak mahu meletakkan sebarang prejudis antara kami sebab dia akan jadi tanggunganku dan aku takut nanti prejudis tu jadi kudis pulak...kan susah nanti...

Maka, setelah secara rasminya dia menjadi tanggunganku, maka bermulalah peranan ku dalam mencorak dan melakarkan cara merwarnai hidup di alam yang penuh dugaan ni. Ditambah dengan "nature" kerja yang "sebegini-sebegitu", aku cuba ubah dia menjadi seorang yang lebih aktif dan positif. Memang tak dinafikan bahawa dia ini slow dan lemah tapi aku berpendapat bahawa tak semua orang dilahirkan dengan kebolehan yang serupa.

Secara jujurnya, memang aku dapat merasakan bahawa orang ini ada satu sisi negatif yang BESAR dan sedang dilindunginya. Apatah lagi dengan cerita hidupnya yang aku ketahui sikit-sikit (daripada dia sendiri), seolah-olah sebagai satu petanda bahawa aku kena berhati-hati dengan dia ni. Dan aku memang percayakan naluri hati ini yang jarang-jarang sekali terkhilaf.

Setelah agak lama menjadi tanggunganku, maka sedikit demi sedikit aku melepaskan dia kerana aku berpendapat dia tidak boleh selama-lamanya berselindung di sebalik dasar "orang baru". Dan, aku ada juga mendapat komen-komen dari orang sekeliling bahawa dia cuba menjadi aku (yang sudah pastinya membuatkan orang MUAK DAN MENYAMPAH dengan dia). Aku tak tahu apa motifnya, mungkin cuba nak tunjukkan pada dunia bahawa dia lebih hebat dari aku? oh...please...aku tak kesah ok...

Dan kini, selepas aku secara sahnya tidak lagi menjadi penanggungnya, maka taring yang disorok didalam mulut yang berbau itu(ye, nafas kau memang ada berbau sikit) semakin terjuih keluar. Bermula dengan episod awal "merampas tahta di tempat yang aku mulakan" (walaupun aku masih ada disitu, kau guna alasan senang nak berurusan sebab kau akan kendalikan bahagian itu), angan-angan tinggi yang kau akan dapat "territory" sendiri (kau tau tak aku pun share territory dengan orang lain dekat setahun? and kau tu baru er...3 bulan..??) sehinggalah sekarang yang paling aku rasa nak ketawa kuat-kuat, bila kau PAMERKAN NAMA DAN SESUATU YANG KAU KERJAKAN UNTUK DIEDARKAN KEPADA ORANG...

Kesian aku tengok dia ni. Cuba untuk menjadi hebat dengan cara yang salah. Dia yang sepatutnya berubahlah jadi lebih positif, telah memilih sisi gelap dalam meneruskan langkah di tempat itu. Walaupun aku tahu bahawa dia tahu dirinya dalam PERHATIAN,masih juga tiada perubahan. Malahan, sekarang dia makin hebat dan lantang menimbulkan cakaran dengan orang lain di sekelilingnya.

Kesian. Kau yang berubah, semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih ini.

No comments:

Post a Comment