Dari hari yang dulu aku nak buat topic ni tapi asyik lupa je. hehehe sebenarnya, nak cerita tentang kenangan buat karipap. Ya, aku memang pencinta karipap (boleh baca dengan nada lagu Pencinta Wanita), hantu karipap (as azie said) dan menggemari segalanya tentang karipap.
Tak taulah kenapa dari dulu tak pernah terfikir nak buat karipap. Yang aku tau, macammana dan dimana nak cari karipap yang sedap dan murah! Bila pergi beli kuih, aku mesti tengok karipap ada atau tak. Kalau ada, nampak sedap tak? kalau nampak sedap, aku akan beli. Kalau rasanya sedap, aku akan senyum dan hanya tinggalkan sedikit sahaja untuk hubby tersayang.
Oh ya, hubby juga seorang penggemar karipap. Dia pun tak taulah kenapa tak pernah tanya saya samada aku pandai (boleh) buat karipap atau tidak, mungkin sebab dia tak pernah tengok aku buat kuih jadi dia beranggap aku tak pandai buat kuih. :-) Eh tapi rasanya aku rajin gak masak bubur and pengat. Bubur ngan pengat tu, kuih ke?
Ok, aku tiba-tiba nak buat karipap selepas kawan pejabat yang baik hati telah membawakan sepeket karipap buatannya sendiri ke pejabat khusus untuk aku. Dan, rasanya adalah sedap walaupun sedikit masin. Oh ya, dia bawakan sepeket karipap adalah kerana dia tahu aku sangat suka karipap :-)
Semasa menikmati karipap-karipap itu, aku terfikir-fikir bagaimanalah rupanya acuan karipap itu. Dan kawan aku itu ketawa sebab aku tak pernah tengok benda itu hehehehe...Ok, ok, maka dipendekkan cerita, pada hujung minggu itu, aku bersemangat buat karipap. Apatah lagi selepas dipinjamkan acuan karipap hati itu, misi pun bermula...
haa..ini proses buat inti, basic ingredients adalah bawang merah, serbuk kari, jintan manis, jintan putih, rempah kurma skit..semuanya di blend...
ini pula sewaktu dimasukkan kentang yang telah direbus terlebih dahulu bersama-sama dengan minced chicken
ini pula selepas masak dan aku masukkan daun sup untuk tambah aroma
doh kulit karipap
haa...inilah hasilnya..tunggu masa nak di goreng..
Dan... maaf lah, tak sempat ambil gambar yang dah siap goreng.. excited nak makan! Alhamdulillah..percubaan pertama ini mendapat pujian huby (the most important person), keluarga, emak mertua, adik ipar dan kawan-kawan sepejabat...
Sehingga saat topic ini ditulis, sudah lebih 3 kali aku buat karipap dan huby pernah membawa satu tupperware penuh ke pejabatnya dan habis!!! Alhamdulillah...
Ada sesiapa nak order karipap? hehehehe...
No comments:
Post a Comment